Cerita Suatu Petang:
Seorang wanita bersama-sama 2 anak lelakinya yang berumur 5 tahun dan 3 tahun masuk ke kedai runcit yang kerap dikunjunginya (dalam kawasan kediaman apartmennya). Setiap kali masuk ke kedai runcit tersebut, penjual kedai tu, memang suka mengusik2 kedua-dua kanak-kanak yang agresif dan ceria itu.
Kedua-dua beradik itu berlari-lari dalam kedai tu. Si ibu pula, tak henti2 mengingatkan anak2nya agar berhati2 dlm kedai itu-kan jatuh botol2 kaca, naya la mok mu nak mengganti weih. Tetapi anak-anak tetap juga berlari-lari. Kemudian, penjual kedai itu berkata sambil tersenyum, “Adik, abang, duduk depan, jangan lari-lari....”
Kemudian, anak yang berumur 5 tahun tu yang berada betul2 depan pak cik penjual tu, dengan nada selamba berkata, “Uncle ni memang PENYIBUK la!” Dush-dush-dush, hui, laser betul mulut budok tu! Terkesima wanita itu mendengar kata-kata anaknya sambil menahan malu kat pak cik penjual tu. Perasaan wanita itu mahu menyorok bawah meja atau mahu tutup muka dgn tudung. Muka pak cik penjual tu? Biasa aje, siap gelak2 lagi, tak tahu lah, pak cik tu terasa ke tidak, dgn budak 5 tahun tu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Uncle ni memang PENYIBUK la” =^__^=
Ketika Iman berkata-kata demikian, saya tengok wajah Iman biasa2 aje, memang betul2 selamba, itu yang menyebabkan saya rasa nak tergelak tu ... malu memang malu, tak tau nak kata apa, saya senyum2 aje dengan pak cik penjual tu ... laser betul mulut Iman! Usai keluar dari kedai tersebut, saya tanya Iman,
“Kenapa Iman cakap kat uncle gitu? Tak baik Iman, dia dah tua.... “
“Dah memang uncle tu penyibuk la, mama, suruh Iman duduk kat depan tu.”
“Dah memang Iman tak duduk diam, berlari-lari sana sini, kan jatuh botol kaca kedai uncle, macam mana?” Bla bla pot pet pot pet....
Kanak-kanak mana tahu ayat yang dia guna laser ke tidak, tambah2 dengan mulut anak saya yang memang cakap banyak. Tak de tapis2-tapis dah, main lepas aje ... hikhihk... Cuma, apa yang tak betul/tak elok, kita kena ingatkan dia lah kan.... Kalau ingat balik ayat tu, “UNCLE NI MEMANG PENYIBUK LA”, memang laser dan agak tidak sopan lah kan.... Tapi kanak-kanak memang tak tahu pun ayat itu tidak sopan/tidak elok, tapi pandai2 lah kita beritahu dia agar tidak mengulanginya di lain hari. ^__^
6 comments:
Akak pernah kena bila anak sebut, "Eh, eh, gemuknya semua orang!" kepada sekeluarga yang masuk ke klinik. Kami dah ada kat situ. Jadi macam lampu isyarat muka kami mak bapak!
apelah perasaan pakcik tu agaknya..hehehe
kelakarnya baca citer awak..boy saya pun sama, ader ke patut dalam lif cakap "mama, abang ni botak la"..eeee..malunya
betul la... tp kan...kalau syfqah lepas kena tegur mcm tu terus malu n gigit jari... hehe
akak ada pengalaman macam kak shima.masa pergi shopping complex dengan anak buah yg umo 4 tahun, sekali dia nampak 1 lady tu, dia cakap gemuknya org tu...huhuhuuu...nak nangis rasanya bila dia cakap macam tu. malu sangat2 dengan that lady sebabnya budak yg cakap dia gemuk tu dengan org gemuk gak (akak lah)....huhuhuuuu....harap2 that lady tak dengarlah....
ekekek memang kena btahu anak2 nie kalau ayat2 tu x sepatutnya kuar .. mana mereka tahu kan :)
Post a Comment