Wednesday, November 2, 2011

"Meet My Friends" @Tropicana

Little Showcase: “Meet My Friends” telah berlangsung di Ballroom Tropicana Golf and Country Resort, Damansara, Sabtu yang lepas (29 Oktober 2011)-Penyertaan 4 and 5 years. Little showcase ini berlangsung di beberapa tempat yang lain juga yang telah ditetapkan. Di Tropicana ni ada 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi, gabungan GA cawangan Kota Damansara dan Bandar Sri Damansara. Sesi petang pula, gabungan GA cawangan Wangsa Maju dan Bandar Sri Permaisuri.


Dalam kereta, sepanjang perjalanan ke Tropicana, Iman duk nyanyi2 lagu ‘Five Little Duck’('5 little duck' ke, 'my little duck,' Iman?), sambil menggayakan tangannya. Lepas tu duk tanya papa dia, “macam mana dah lagu negaraku, papa....?”


Sempat lagi nak peace tu!



Bacaan doa dan beberapa surah



"Five Little Duck"


Di samping persembahan, diselit ceramah keibu-bapaan daripada Dato' Hj Muhammad Zakaria, Managing Editor of Telaga Biru, Penulis, Kolumnis, Motivator and TV Panel Program. Seronok dengar ceramah dan cerita tentang 13 orang anak beliau yang berjaya!




Kagum melihat anak-anak 4 dan 5 tahun lancar menghafal surah2, doa; seronok+lucu+comel tengok anak-anak kecil di pentas.

Selepas Persembahan

"Ni friend Iman, namanya, Adam," (Adam ke Aman, lupa deh!^__^) Wafiy menyelit....;-))

(**Aktiviti Iman hari Sabtu: Taekwando - lama betul tak pergi, bulan puasa, bulan raya ... tak pergi, lepas tu kena ciken pox, tak pergi lah kan. Sebelum balik kg baru2 ni ada pergi sekali. Ni ada little showcase, pun tak pergi. Sayang tak pergi, sebab Iman dah dapat tali pinggang kuning (1).... Tunggulah Sabtu lagi....;-))

2 comments:

Cho Zila said...

alamak GA bandar kinrara tak tauler apa cerita tak dengarpun der per2 hujung tahunni frust gak tau... akak ingat anak akak sorang 4 tahun sorang 5 tahun GA tak nak buat per2 so takler akak tanya .. tengok cawangan lain derjer.. frust sebab showcase cam gini memang akak tunggu2...

- dieyana - said...

cho zila - eh ye kak? dieyana pun tk perasan bandar kinrara, seingat
dieyana, beberapa hari sebelum showcase ni, teacher dh note kat mesej book Iman ... pas tu kat fb pun diaorang dh note...bandar kinrara tu kat puchong kan? dieyana tgk dlm fb GA pun bndr kinrara tak de mungkin tk sempat kot?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...