Friday, November 25, 2011

Report Card 2011

(**Baru 2 hari tak buka blog, rasa rindu sangat nak tulis-tulis (maklum la, bloger tegar yang syok sendiri, hahah) Dan, belum sempat nak BW ke blog feveret dan blog kawan2 lain. 2 hari saya di Grand Continental KL, mengikuti Bengkel Penerbitan di Bawah Dana Penggerak Industri Buku Negara. Hari ni dah naik kerja))

12 November lepas, kami ke Genius Aulad (GAWM), ambil report card Iman ... macam biasa lah, guru kelas akan face to face dgn ibu bapa anak masing2. Tiba giliran kami, Teacher Siti sebagai guru kelas Iman, beritahu perkembangan pembelajarannya, dan semua fasal Iman.


Secara keseluruhannya, Iman ni,


-Alhamdulillah, menunjukkan perkembangan yang berangsang.


-Cakap banyak, pot pet2 ... suka bertanya. Kalau tak faham terus tanya teacher. Lepas tu dia akan bgtau kawan2nya, “ha, macam ni lah, teacher cakap ... bukan macam tu, macam ni!” (kepoh betul anak bujang saya! ) ^__^( Dengan kami, macam tu lah Iman, teacher ... pot pet sepanjang masa!)


-Iman ni become a leader. Insya-Allah. Kalau solat berjemaah, sentiasa nak jadi imam, tak de peluang budak2 lain nak jadi imam. hahaha... Kata teacher, kawan2nya cakap “asyik iman aje jadi imam!” Hahahah... “Nak, mu bagi la kawan2 lain pulok jadi imam, deh....^__^


-Untuk bacaan iqra’ =Iqra’ 4


-English Reading: Adam n Dina= Level 7


Alhamdulillah ... sebagai ibu bapa, kami tidaklah terlalu memaksa anak2. Umur yang sedemikian, sudah cukup baik untuk Iman. Anak-anak cemerlang, satu bonus la kan. Apa2 pun, sebagai ibu bapa, kita mahu anak2 kita terbaik. Insya-Allah, sentiasa berusaha, doa dan tawakal.



Petunjuk:



C = Competent
GP = Good Progress
WS = Working On Skills










Di rumah, Asar dan Isyak, memang liat, kata Iman, "mengantuk la, 4 rakaat, banyak la, mama...."






ALHAMDULILLAH....



**Nota Dieyana: Saya sembang2 dgn suami, iman cakap banyak ikut siapa eh? Saya dulu kecik/masa sekolah, memang tk ckp banyak, diam aje. Suami cakap, dia pun gitu. Teringat masa ngandungkan Iman, orang cakap, makan la merpati, nanti dapat anak cerdik. Apa lagi, saya pun bagitau suami, nak makan merpati. Kebetulan rumah mentua ada bela merpati, lalu mak mentua pun masak la gulai kerutub merpati utk menantunya ni, hahah, sedap wei! Suami saya cakap, "awk mkn tu merpati hitam bukan yang putih". Saya ingat merpati putih. Tak kisah la hitam ke putih, asalkan namanya, merpati. Heheh. Patut la iman mulut cerdik, dan kulit pun hitam2 merpati, hahah. (Kata Iman, “Iman anak mama, sebab hitam macam mama, adik anak papa, ^__^) Suratan atau kebetulan? Hitam atau putih, cakap banyak/tidak, cerdik atau tidak, tiada kaitan dgn merpati itu, itu semua adalah ketentuan Tuhan. Sekadar ingatan nostalgia ketika mengandungkan Iman....^__^



"Teacher cakap, nanti Iman cuti 30 hari! Minggu depan ada Science Camp (program cuti sekolah) ... bestnya!"

5 comments:

~izan~ said...

seronoknya bila dpt pengalaman bereport kad kan.masa ni la kita tahu perkembangan anak2 kita..

pndainya iman..rajin jadi imam yer?Alhamdulillah..sejuk perut ibu =)

semoga iman terus berjaya di masa akan dtg =)

Aida Salleh said...

alhamdulillah....semoga kecemerlangan iman akan berterusan pada masa akan datang...insyaallah...

Iela Fazielah said...

bagusla GA ni..sayang xde kat serdang.. kat puchong jauh sgt.... tp iman sgt ringan ye.. syafiqah pun berat dah cecah 24kg... beza benau tu

Akak Kembang said...

hehehehe...makan merpati hitam ada kena mengena ngan kulit ek..hehehehe..congrats Iman :)

MyKhalish Journey said...

congrats iman.. ;) tingin nak aqil ke GA jgk nnt, tp still xbuka lgk dia kwsn kami..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...