Monday, November 29, 2010

Berimaginasi

--Perangai/tingkah laku anak-anak kita, sedikit sebanyak adalah perangai kita (ibu bapa) ketika kita kecil2 dahulu. Sebab tu, orang kata, kalau nak tengok/tahu perangai kita masa kecil2 dahulu, tengoklah perangai anak2 kita sekarang.
--Seingat saya, masa saya di sekolah rendah. Saya sangat lah suka 'main berlakon2'. Apa itu 'main berlakon2'? Saya SANGAT suka BERIMAGINASI (perkataan yang lebih tepat saya rasa), saya akan main sorang2 dalam bilik, dan akan bercakap sorang2, saya boleh menjadi banyak watak. Sehinggakan mak cik jiran sebelah rumah saya akan bertanya dgn ma, "Na duk main dgn sapo tu, bunyi ramai jah". Hahha, sebetulnya, dalam bilik itu, hanya ada saya seorang, saya boleh menjadi banyak watak/banyak suara, saya lah 'mak', sayalah 'ayah', sayalah 'anak'. Saya boleh menjadi sesiapa saja. Itulah permainan saya ketika kecil! Hahhaha, seolah-olah saya ada ramai 'kawan'.
--Dan, Iman Wafiy telah membuktikan hal ini! Sedikit sebanyak mereka mula mewarisi permainan mama masa kecik2 dahulu! Hahahha. Tetapi kelakuan ini belum mencapai tahap 'cemerlang' macam mama. Wafiy pandai dah berlakon ... buat2 pengsan. Lepas tu, mulutnya kemewet menahan senyum. Tetapi dialog berlakon belum cemerlang macam mama lagi, hanya lebih kepada aksi2 sahaja. Iman memang dah lama saya perhati, dia cakap sorang2. Tapi kawan2nya lebih kepada watak2 ultraman dan raksasa. Iman lah ultraman, dan iman juga jadi raksasa. Bila mama/papa tegur, "Iman cakap dengan siapa?" Dia akan tersengih2 malu. "Mana ada isyyyy, mama ni!!" Terus berhenti 'bercakap2'. Hahahaha....
--Kalau tidak mewarisi kelakuan ibu bapa, itu sebenarnya adalah lumrah. Kanak-kanak lebih bermain dgn imaginasi. Ramai kanak-kanak suka bercakap sendiri. Mungkin disebabkan tiada teman untuk menemaninya bermain atau apa saja sebabnya. Nak tahu lebih lanjut tentang psikologi anak2 ni, pakar lebih memahami situasi ini. Iman dan Wafiy ni pula, kadang kala akan bermain bersama-sama. Dan, kadang kala masing2 bermain sendiri2. Seolah2 tidak mahu berkongsi, ingin mencari haluan masing2, agaknya. Bila dah masing2 membawa haluan sendiri, itu lah yang jadi bercakap sorang2 tu...hehehehhe.
(Nota:Tiba-tiba entri kali ini, Dieyana78 telah menukar penggunaan kata ganti diri. Hheheh, konon2 ikut kesesuaian entri, tak perasan pula...ehheheh).

4 comments:

IDAZS said...

hahahahha..lucu sungguh mama iman wafiy nie. kalau digilap bakat mama tue, sure jadi pelakon fofular :P

tergelak saya baca pasal iman n wafiy nie. sorang buat2 buat pengsan, sorang jadi ultraman dengan raksasa...hahahha

tula, imaginasi budak-budak mmg sukar dijangka. tapi takut juga kalau-kalau nanti dia cakap yang tak sepatutnya...sure x tido malam nanti :p

- dieyana - said...

idazs-mama berlakon belakang tabir aje...ahhahah. Silap dahulu tak masuk bidang yang disukai....kalu tak, sah2 popular-lepas tu lupa diri.heheheh.

kadang2 mama terberdiri bulu roma pulak kalu tgk diaorg ckp sorang2, macam ye ye ada 'teman' depan mereka...heheheh.

~ Ida ~ said...

hehehehe...kelakar la diana..kita sama..kak ida masa kecik2 pun suka main berlakon sorang2..memang k.ida memahami sangat2 tentang entri kali ni..hahaha..tapi bab tu anak2 x ikut pula...hehehe

- dieyana - said...

k.ida-ahhahah, sehati n sejiwa pulak kita bab tu..;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...