Monday, July 25, 2011

Menghadapi Ramadan


Minggu terakhir menyelesaikan saki baki puasa ganti. Insya-Allah.... Tidak sabar menunggu Ramadan ini. Tiba-tiba wajah rasa bersinar-sinar menunggu Ramadan, tidak seperti tahun-tahun yang sudah ... mungkin latihan berpuasa di bulan Syaaban, telah diberi kekuatan oleh-Nya untuk menghadapi Ramadan ini. Semoga diberi peluang berjumpa dengan Ramadan, dan terus diberi kekuatan, kesihatan yang berpanjangan untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan.... Insya-Allah. :-))


Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

(Sumber: http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html)

8 comments:

Unknown said...

tak saabr gak nak puasa...amin

Qhaifa Nur said...

semoga ibadah puasa kita diberkati amin...

Anonymous said...

sekejap je kan dah nak puasa semula..
semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya..Amin..sesama la kita yerk. =D

- dieyana - said...

ila-insya-Allah...

- dieyana - said...

qhaifanur-insya-Allah, moga-moga diberkati-Nya

- dieyana - said...

offshoremen-ya, kejap aje...(tetiba rasa dh tua..hihkihk). insya-Allah, moga-lebih baik drpd sebelum2 ini.

(offshoremen/izan eh?...;-))

~ Ida ~ said...

Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Semoga amalan kita diberkati. Amin.

tim_fs said...

salam ramadhan,semoga ibadah kite di terima olehNYA..amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...