Wednesday, July 6, 2011

Sayur Ringkas Dieyana

Sesekali saya akan masak sayur. Tapi saya tidak akan berasa bersalah kalau dalam menu makan tengah hari/malam saya tidak ada sayur! ;-)) Sesekali saya masak sayur, sedap juga!


Tumis bawang putih, bawang besar (kuning), sedikit ikan bilis, tumbuk sedikit lada hitam, masukkan sedikit sos tiram, sedikit garam, gula, masuk air(kalau nak kuah) cili hijau muda (hiris), masuk sayur kailan bulat, petola ... siap!


Basicnya sama saja, boleh letak sayur kegemaran masing2, boleh tambah apa saja yang disukai (suhun, udang/ daging/ayam, sedikit cili jika mahu pedas) selagi ia tidak memualkan tekak yang makan. ;-))


Kata suami, "ha, bukan payoh pun nk masak sayur, campak2 aje." Suami saya memang penggemar sayur. Tapi dia makan apa saja yang saya masak (reda dgn isterinya yang bukan rajin/pandai sgt masak ni). Tapi apabila dia yang pergi pasar, wajib dibelinya sayur. Dan, bila dia dah beli, kena la saya masak. Kadang2 saya buat tak tahu, dan dia pun terlupa ada sayur dalam peti ais, kering layu lah sayur tu jadinya, ;-))

7 comments:

NanieZara said...

suami k.diana sama mcm suami nani penggemas tegar sayur.suami nani suka sayur campur mcm k.diana buat tapi lebih kan air sbb dia suka makan berkuah.

tim_fs said...

samala..saya pon tak kesah klu takde sayur,tp en suami wajib menu sayur..

- dieyana - said...

naniezara-ha'aa...ore jate ni kebanyakan suka sayur, hehehe. ooo, ada kuah banyak, 'sayur air' la tu

- dieyana - said...

mamatims-heheh, dieyana ni kurg gemar sayur dan agak memilih sayur, tapi kdg2 paksa diri mkn sayur.

Iela Fazielah said...

kontra dgn hubby ila.. dia xsuka mkn sayur.. tp ila request suruh bl sayur sbb ila suka mkn..tp bila malas masak.. mcm dieyana la.. abis layu sayur2 tu dlm esbok..hihi..

- dieyana - said...

iela-oo, ye ke, kontra la kita,heheheh. Itu la, layu sayur jadinya..;-))

Unknown said...

ila mesti wajib ada sayur..hubby kalau sayur takde,dia bising...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...