Monday, August 8, 2011

Ayam Percik

Ramadan ini, tak dapat bertukar2 makanan, apa salahnya kita bertukar2 menu/resepi kat blog kan? Manalah tau, update resepi/makanan, memberi idea kepada orang lain nk masak untuk berbuka nanti. Walaupun saya bukan chef, tapi apalah kiranya kita berkongsi2 resepi pada bulan mulia ini. Chewah! Ala, masak cara orang2 kampung yang tak berapa nak reti ni ... heheheh. Tapi kalau tak sempat @ tak nak masak @ penat, boleh aje beli kat bazar Ramadan. >_<

Ayam Percik Hanapi



Bahan yang sepatutnya kisar, Hanapi tumbuk, itu sebab cili kering kelihatan kasar. ;-)

Bahan untuk Kuah
Bawang putih-kisar
Bawang merah-kisar
Lada kering- kisar
Halia-kisar
Serai (ketuk)
Asam keping
Santan
Garam
Gula


Bahan untuk Ayam
Ayam
Halia-tumbuk
Bawang Putih-tumbuk
Garam
Santan cair




Cara Membuat


1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, juga masukkan serai, santan, asam keping, garam, gula. Masak sehingga santan ‘pecah minyak’, pekat (sehingga kepekatan yang diingini).

2. Ayam diperap besama-sama halia, bawang putih dan sedikit garam. Masak bersama-sama santan cair.

3. Apabila ayam masak, Toskan ayam dan bakar. Semasa membakar, lumurkan kuah yang dimasak tadi atas ayam (2/3 kali)

4. Bila ayam sudah 'terbakar garing' (ayam memang sudah masak sebab dah rebus dengan santan cair tadi kan), curah kuah yang dimasak tadi ke atas ayam, dan boleh dihidang.

(Nota: Jika tiada bahan pembakar, ayam yang diperap tadi boleh juga digoreng)

5 comments:

~izan~ said...

adeh,silap time masuk sini..nampak ayam percik plak..lalalala -perut sudah nyanyi hehe..

bertuah dieyana sbb ada chef peribadi hehe

idazs said...

nyum-nyum..syoknya ada org yang tolong masakkan :)

kak mana beli benda bakar tu? berminatla nak beli etek. hehehhe

apa menu arini?

- dieyana - said...

izan-heheh, chef peribadi yang sesekali berangin baik..heheh

- dieyana - said...

idazs-alhamdulillah, lega skit...

-kat rantau panjang kot, lama dah....k.diana tgk kat sini pun ada, giant/care4...heheh

mama tims said...

saya pon penah buat aym percik..tp bakar dlm oven jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...