Tuesday, August 9, 2011

SRG: Awet Muda, Pencerah Kulit

Semalam di Sogo, beli satu lagi produk Safi Rania Gold (SRG) iaitu krim kecantikan, RM 10.90. Apa yang saya rasa bila pakai krim kecantikan ni, kulit terasa sedikit ‘lemu’ (macam gebu2 gitu). Betul, tak tipu! Pertamanya, saya cuci muka guna pembersih SRG, kemudian, saya sapukan pelembap siang SRG, kemudian saya sapu sedikit krim kecantikan SRG. Tak perlu banyak, nipis-nipis sahaja. Simple kan? Pendapat saya, kulit muka yang kurang bermasalah, pakai saja produk yang simple, yang penting, ia sesuai dengan jenis kulit. Simple but nice! Amboi! >_< (Pembersih dan pelembap SRG saya dah guna 2-3 bulan yang lepas. Nak try krim kecantikan ni pula. Harap2 okey dgn kulit saya)

Sebenarnya muka saya tak ada masalah jerawat, sebiji-dua, itu biasalah. Cuma masalah kulit saya, ialah kering, dan kadang kala warna kulit muka tidak sama rata. Bintik2 hitam pun ada juga! Orang cakap, kalau muka kering, tak de masalah dgn jerawat, tapi kulit muka kering lebih terdedah dgn masalah bintik hitam atau jeragat. Kalau tak pakai pelembap, muka saya akan kering, gelupas, dan kusam! Tak suka!! Ermm, saya harap, penggunaan SRG ini memberi keselesaan kepada kulit wajah saya yang kering.

Produk wajah lain yang saya pernah pakai
Sebelum ni, saya pernah guna safi (bekas hijau putih), loreal, olay (paling lama), R n Z. Fair and lovely pun pernah pakai sekejap masa belajar. Tapi baunya agak kurang menyenangkan! Produk yang guna sebelum ni, memang tidak mendatangkan masalah apa2 pun. Saja gatal2 tangan nak try SRG pula. Terpengaruh dgn iklan pun ya juga, katanya, awet muda, pencerah kulit, yang lebih penting, sesuai dengan kulit wanita yang berumur 30-an ke atas. Lagi la merenyam nak pakai SRG. Mungkin selama hayat ada ni, biarlah saya kekal bersama-sama SRG. Harga pun berpatutan, dan sesuai dgn kulit. Satu lagi, katanya suci dan selamat.

Antara produk lain SRG (yang saya ingat), krim pelembap malam, gel pembersih , krim mata, penyegar, pelembap malam, skrub wajah.

Biasalah ada ketika kita rajin menguruskan wajah/muka, ada ketikanya, ‘lantaklah’, normallah begitu kan? Bukan mahukan apa-apa pun, Mahu sederhana sahaja tapi kelihatan segar dan tidak kusam. Dan saya berpendapat SRG menepati apa yang saya mahu! Kalau dah mata layu, ngantuk, apa nak segar lagi?Ahhaha. Aisy, saya betul2 ngantuk nih!

(Tetiba perasan model SRG. Apa pun boleh ... hehhe. Nantikan resepi Nasi Kerabu daripada model baru SRG. ahhahah )



Wajah saya selepas menggunakan produk SRG




.


.


.


.


.
.



.




.



.




.



.




.



.




.



.




.



.



.



.






.




.



.



.



.






T___________________T




(**Semalam, puasa Iman hanya separuh. Balik sekolah, kata pengasuhnya, Iman mahu puasa pagi saja, tengah hari Iman makan. Hhehe, apa2 pun boleh lah Iman ;-)))

7 comments:

idazs said...

tiba-tiba jadi babyface, nak pakai SRG jugalah.

pssst, p sogo x ajak :P

NanieZara said...

Nani pon baru dlm sebulan lebih pkai SRG tapi just pkai skrub muka & penyegar jer..nnti ingat nak pkai yg lain2 plak.

- dieyana - said...

idazs-hahah, pakai jgn tk pakai,pas ni muka jadi cam zarin! ;-))

pstt, p sogo pas buka posa-hanya semata2 nk beli susu iman..:-))

- dieyana - said...

naniezara-oh, eh... itu la, k.diana pun ingat nk try beli yg lain jugak....

~izan~ said...

wah..nak gak la..jd muda beli gitu hehe...

izan pun pakai local product je..serasi hehe

Iela Fazielah said...

dieyana: ila dah setahun lebih guna SRG ni..tp ila still pakai dgn safi balqis utk cerahkan kulit..SRG ni utk anjalkan kulit je sbb mmg sesuai dgn usia kita yg dah 3series ni.. mmg muka rasa bersih n gebu gitu

e.l.i.z.@ said...

hahha tibo² jadi awet mudo..nk tukar pakai produk supo dio etep eh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...