Tuesday, August 23, 2011

Sudah Selesai? ^___^

Salam.


Apabila jarang2-jarang menulis, terasa kekok, kalau selalu menulis, bimbang orang bosan. Bebel ntah apa-apa kan. Ada yang suka, terima kasih, yang tak suka pun tak pe, terima kasih juga. ;-)) Suka dan tak suka, adalah perkara biasa. Ternyata akhir-akhir ini saya jarang2 menulis, kerana tak berapa nak rajin. Insya-Allah, bila dah rajin, jgn ada yang muntah pula ^__^ Tak ada apa lah, saja sembang-sembang, sebagai pembuka bicara untuk hari ini. Eh tetiba rasa macam kat pentas pula. Dah-dah bebel!


Persiapan raya, alhamdulillah, telah pun berakhir Sabtu yang lepas. Suami dan anak-anak dah selesai sebelum tu lagi, cuma hal saya yang belum selesai. Pagi Sabtu, berdesup ke Carefour Wangsa Maju, urus beberapa 'barang' raya saya. Alhamdulillah selesai. Pulang rumah, lepas solat asar, sambung ke One Utama pula, cari 'barang' saya lagi yang cerewet giler tu! Alhamdulillah, sekejap saja di One Utama, terus jumpa yang berkenan. Terus ambik, tak nak cakap banyak dah, terus bayar. Kemudian, cari tempat makan untuk berbuka puasa. Orang sangat ramai, meja dah penuh reserved. Nasib baik ada satu tempat makan yang masih ada meja untuk kami berbuka. Penang Flavour. Alhamdulillah, makanan di situ menepati selera kami. Suami makan nasi putih+sayur+ikan asam pedas. Saya-mee udang. Dan, untuk kedua beradik tu, saya ambik set apa ntah, tapi dalam tu, ada sate, 5-6 cucuk, pie tai (4 biji), popia (2 biji), dan satu lagi, mcm popia ada ayam (popia dipotong kecil). Dan, sebiji roti boy untuk Iman (yang dibeli di kiosk Roti Boy). Alhamdulillah rezeki Allah Taala. Dan paling penting, tidak ada pembaziran berlaku. ^__^

Kemudian selepas solat maghrib, pusing2 kejap, bagi can untuk Imanwafiy, dan mama dia sekali cuci2 mata...
;-)),


Dah, selesai nyoping2! Duduk 'diam-diam', tumpukan yang 'batin' pula. Leka dengan persiapan di sini, persiapan 'di sana', jangan dilupa pula, ye dak? Sesama kita beringat-ingat sebelum dijemput 'pulang'. Insya-Allah.



Mana mungkin balik raya Kelantan nanti, jalan lengang begini. Apa-apa pun, kepada semua berhati-hatilah kita di jalan raya, ya!


**(Tapi kata Hanapi, kalu sempat, kita g Alpha Angle-Jusco nok? Kata saya, la, ado lagi ko, nok cari gapo lagi? Katanya lagi, tok se g tak po,saya g sore. Oh, mungkin ada barang kecik2 yang dia nak cari kot. Lajulajulajulaju saya angguk, nak ikut juga! ^__^ Astaghfirullah-al-azim...;-))


10 comments:

tim_fs said...

rasa ramai yg abis soping raya..tp ade jugak yg suker soping last minit kan...ok selamat balik kg diyana..

Iela Fazielah said...

wah2..soping sakan sampai ke OU... tp xpe..setahun skali... selamat memandu berhati2 ye...

NanieZara said...

wah k.diana meriahnya raya thn ni..untung k.diana dpt husband yg kaki shopping gak.husband nani tak suka pg bnyak2 tempat dlm masa sehari dia rimas tmpat crowded2...

eh gambar tu mcm kat area guma musang k.krai je ek?

- dieyana - said...

mamatims-ada lagi kot duk nyoping2..heheh..mamatims balik kampung?

- dieyana - said...

iela-eh, mana ada sakan pun, satu benda aje pun nk cr kat OU tu, smbil2 buka posa...ok, iela pun hati2 di perantauan ya!

- dieyana - said...

nanie-biasa aje nanie, gimik aje yang lebih tu..ehheh. husband k.diana kaki soping? oh jauh panggang dr api...ehheh, itu ntah apa yang merasuk dia, nk p jusco pulok..heheh..

bukan nani, itu gmbr nk ke kampung abe nani..(RP)...^___^

IDAZS said...

wohooo, bestnya. alhamdulilah dah dapat apa yang dihajati.

saya ni amsih ada satu benda tak dpt. tp mls la nak cari. x sempat, buat kuih raya dulu, kuikuikui

- dieyana - said...

idazs-ha, alhamdulillah....

erm, ada lagi peluang lagi ke nk g cari tu? ehheeheh. buat la kuih raya tu dulu, ;-))

~izan~ said...

lega dah setel yer..tp nak g lagi alpah angle tu hehe..


slmt blk kampung dieyana...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah dah setel semuanya.. akak ni ada juga sikit2 lagi yg tak habis.. balik kelantan yer.. semoga selamat dalam perjalanan.. tahun ni akak beraya kat kg tok di taiping.. lepas tu ke kampung en.asben di sabak bernam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...