"Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal"
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal"
Eh belum Syawal lagi. >__<
Lama betul tak bersiaran. Biasalah, ada masa2nya mood tulis2 tk datang. Ekceli, ai sebenarnya sibuk. Kahhakahak hijau ... sibuk lah konon. sibuk nyoping! syyyy! tk abis2 lagi nyopping, pergi-balik, pergi-balik, 'barang' (saya punya) yang satu ni tak jumpa2 yang bekenan. Aduhai, penatlah! Berputus asa kah? Eh tidaklah. Itu semua duniawi saja. Lupakan. Pasal nyoping2 yang tak abis2 tu, biarlah, kalau ada rezeki jumpa yang bekenan, ambik, kalau tak de, tak pe, saya tak bersedih pun ... hehehe. Sentiasa sedapkan hati sendiri. T___T
Dah akhir2 Ramadan ni, kalau boleh, nak kaut perkara yang baik2 banyak2, selagi diberi peluang oleh Allah Taala. Insya-Allah. Mana yang baik kita jadikan ingatan, yang buruk2 jadi tauladan.
Apa khabar semua. Ha, baru nak bertanya khabar. Kami sihat2 aje. Ramadan dah 18 kan. Kejapnya masa berlalu. Tetiba rasa sayu, kalau boleh tk nak tinggalkan Ramadan. Sebab Ramadan ni, saya 'baik' sedikit, harap2 bulan bukan Ramadan pun, saya jadi baik. kihkhihk ... insya-Allah....mudah-mudahan.
Sebenarnya, saya dah mula malas2 nak masak2, (yang ni perangai tak berapo comey..heheh). Kata suami, "saya tak kisah ... ikan rebus goreng kicap+ulam pun boleh." hahahha, ai pun tk kisah yu! Sebelum tu, saya terjah bazar Ramadan. Beli nasi sebungkus seorang, cukuplah. Semalam pun, saya malas masak, kami buka dgn McDonald double gcb(delivery). Sedap? Bolehlah, kenyang perut. Alhamdulillah. Cuma, kalau boleh dan diizinkan-Nya nak buka puasa kat luar barang sekali. Insya-Allah.
Langsir segala bagai pun belum sempat nak ambik basuh. Tukar baru? Oh tidaklah! Kami baru je setahun lebih duk situ ... semua masih elok. Masih ada peluang, Sabtu dan Ahad ni untuk kami kemas2 rumah, kemudian minggu depan, Jumaat, kami akan pulang beraya di Pasir Mas. Insya-Allah....
Kepada semua, saya minta maaf zahir batin, kalau ada terkasar bahasa, tersalah laku, eh tetiba mcm dah nak raya. Tak mau lah ucap lagi. Nantilah, dekat2 nak raya nanti >__<
ImanWafiy 2010
Jaga diri hiasi peribadi. ;-))
9 comments:
alolo.comeynya hero2 tu..auntie ada heroin 2 org hehe..
sama la dieyana,izan pun pakai langsir yg ada tu dah 5thn,thn ni je baru terkedek izan jahit siapkan yg baru huhu..kira selalu basuh je la hehe..
dieyana cari apa tu? *dasar bz body haha
susah betul cari yang satu tu, ekekekekekeekek, weekend ni pusing semua mall di Kl nie :P
kami pun sama, xde tukar apa2 pun, bersederhana :)
izan-ha, molek ebnarlah tu, dua hero, dua heroin..heheh
ya lah, 5 tahun, boleh tukar kan, ada rezeki lebih2, apa salahnya...:-))
ehhehe, syyy, malu2 kucing lah nk tulis, heheh, ala brg org pompuan la....>__<
idazs-itulah, tk pe lah, tawakal aje lah, heheh.
ha, eloklah besederhana....:-))
ishishish..comelnya abg imanwafiy ni...rasa2 boleh jadi calon imam muda tak..heheh
wah...patutla menghilangkan diri.... seronok dgr org soping moping ni..ila jugak xde mood lg... tp betulla..dah nak akhir2 ramadan ni mood masak mcm kureng... asik la membeli kat pasar ramadan...
naniezara-hahah, imam muda, insya-Allah..:-))
iela-hilangkan diri tu bukan apa2 pun, mood tulis2 tak mari, hehhe, tak de la soping2 sgt pun... itu lah, mood masak2 pun dh kureng...aduhai...
dah jumpa ke yang dicari? ekekekkeee
Post a Comment