Tuesday, August 2, 2011

Mesti Ada!

Mesti (Wajib) ada setiap kali Ramadan! Tidak kira jenis kurma apa pun, asalkan ia buah kurma! (Kalau ada kurma sedap yang mahal tu, lagi syok, heheh. kalau beli sekotak okey la, kalau berkotak2, fengsan!;-))) 1-2 biji untuk berbuka, sahur pun 1-2 biji.
Teringat ketika berpuasa Ramadan yang lepas, tatkala masih menyusukan Wafiy, berkotak2 saya beli, kerana kurma dikatakan dapat memberi susu yang banyak untuk ibu menyusu (insya-Allah dengan izin-Nya). Ketika itu saya mengamalkan 7-8 biji kurma dari waktu berbuka, sebelum tidur, dan bersahur. Dan, ada ketikanya, saya buat jus kurma blend (susu segar+sedikit saja ais+buah kurma=blend). Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik pada bulan Ramadan walaupun ketika itu saya menyusukan anak, dan di pejabat saya tetap meneruskan mengepam susu (tidak kira berapa hasil (oz) yang saya dapat).

Antara khasiat buah kurma:

Khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sumber:http://permai1.tripod.com/kurma2.html



**(Nota Dieyana:Tentu ada yang mengamalkan buah kurma, bukan saja pada bulan Ramadan saja kan?)

10 comments:

Hanis Azla said...

mmg buah kurma mesti ada time bulan puasa ni.. tp suka juga membeli buah kurma time bulan lain utk puasa sunat.. mmg buah kurma beri tenaga.. kalau sahur makan buah kurma saja pun sudah boleh bertahan sehingga ke ptg kan..

NanieZara said...

nani suka buah kurma yg jenis lembik2..sedap jer bila dimakan.

IDAZS said...

memang suka kurma, pemberi tenanga. teringat zarin kecil2 dulu, selalu buat kurma ice blended untuk banyakkan susu di bulan ramadan :)

saya suka kurma yang kleras dan bertangkai tu :)

- dieyana - said...

hanisazla-ha, alhamdulillah, kalau azan aje, terus makan kurma, dah rasa nikmat masuk makann dlm perut. Subhanallah...

- dieyana - said...

naniezara, ha, k.diana suka gak yang lembik tu, tak lembik pun boleh jugak...janji, namanya, K.U.R.M.A...heheh

- dieyana - said...

idazs-ha, kurma ice blended tu mmng sedap...(nostalgia bnykkan susu di bulan ramadan, tetiba rindu saat2 itu..ehheeh)

~izan~ said...

sama la,izan suka kurma..tp yg keras2 sikit hehe..

dulu time pregnant beria cari kurma then beli on9 sbb bukan bulan puasa...

Iela Fazielah said...

betul dieyana...kurma bagus utk ibu2 menyusu... ila dulu pun sama..sentiasa ada stok kurma dlm peti ais... pastu nak mkn kurma ajwa je... memilih..hehe

- dieyana - said...

izan-ha'aa elok mkn time ngandung..bnyk betul khasiat kurma ni

- dieyana - said...

iela-hehehe, tak penah tgk kurma ajwa, tentu sedap kan...(mcm2 nama kurma skang ni...)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...