Thursday, August 4, 2011

Kek Durian

Kek durian ni dah lama saya buat, sebelum Ramadan menjelang, tatkala saya mengganti puasa. Kalau kek ni masih ada, memang sah la basi kan. Tapi resepinya belum basi tau! >_< Apabila suami saya beli durian dan ada lebih, terus saya teringat kek durian DDK . TQ Idazs! Sedap kek durian mu! Kurang manis, lembut dan rasanya lemak2. Biasanya, kalau ada durian lebih saya akan buat cekodok durian, tapi kali ni, kasi umph sikit, kek durian! ;-))



BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi, (mat guna jenama Anchor) (idazs guna jenama SCS) =dieyana guna buttercup
100 gram gula halus @ gula kastor
2 biji telur gred "A"
150 g tepung roti (mat guna tepung gandum)* (idazs guna tepung kek) =dieyana guna tepung gandum
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
40 g serbuk badam
35 mililiter susu segar (mat guna susu sejat "IDEAL" =dieyana pun guna susu sejat)
150 g isi durian, dilecek halus
Badam keping untuk hiasan (idazs gantikan dengan chocolate chip) =dieyana guna badam- goreng tanpa minyak.

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 3 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar dengan kertas minyak. Satukan tepung yang telah diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan teru memutar hingga kembang, jarak waktu untuk 1 biji telur ialah 1 minit. Masukkan puree durian dan putar sebati.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung + serbuk badam tadi berselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar rata.
4. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur badam keping secukupnya atas adunan kek. Bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan.


**Nota Dieyana:Hari ni mood malas2 masak mula menyerang, jadi petang ni masak yang paling senang aje, tomyam campur+telur bistik. Insya-Allah. Cukup lah tu. Kuih sagu semalam masih ada dlm peti ;-))

3 comments:

IDAZS said...

terliur la pulak, sedapnya !

mama tims said...

kek durian...blm cuba buat lg ni...

Hanis Azla said...

teringin juga nak mencubanya.. nmpk sedap.. terbau2 smp ke sini.. he..he..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...