Semalam cerita pasal produk wajah, hari ni cerita masak-masak pulok. Apa pun boleh. Macam-macam ada dalam blog Dieyana, pasal diri, anak2, suami, keluarga, jalan-jalan, jadi ustazah sikit2, >_< , masak-masak cara orang tak reti masak, apa pun boleh. Insya-Allah. Yang penting, tiada unsur fitnah, tidak mengata orang. Jaga diri, hiasi peribadi! Eh tetiba >_< Balik kepada entri hari ni- menu berbuka Ahad lepas-nasi kerabu! Ni baru kali kedua buat, kali pertama: puasa 2 tahun lepas. :-)) Nak buat nasi kerabu, tak susah sebenarnya, tapi renyah sikit, hari cuti sempat la. Sambil2 golek2 depan tv, masuk dapur, pas tu golek lagi, masuk dapur lagi >_<
Okey, jom tgk resepi Nasi Kerabu:
Bahan untuk tumis (kuah)
Santan
Cili kering
Serai (ketuk)
Bawang putih
Bawang merah (lebih banyak drpd bawang putih)
Bahan untuk tumis (kuah)
Santan
Cili kering
Serai (ketuk)
Bawang putih
Bawang merah (lebih banyak drpd bawang putih)
Sedikit gula melaka
Asam keping(1-2 keping)
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Budu (3-4 sudu besar)
Cara:Kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah. Masuk semua bahan di atas. Masak sehingga pecah minyak, dan sehingga masak.
Asam keping(1-2 keping)
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Budu (3-4 sudu besar)
Cara:Kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah. Masuk semua bahan di atas. Masak sehingga pecah minyak, dan sehingga masak.
Bahan untuk Kelapa (Nyiur Goreng)
Kelapa
Ikan selayang / kembung(2-3 ekor)-rebus dan ambil isi (hancurkan)
Bawang merah-hiris nipis
Serai-hiris nipis
Cara: Goreng kelapa tanpa minyak, apabila kekuningan, masukkan isi ikan, hirisan bawang dan serai. Goreng sehingga kelapa agak garing.
Bahan Budu (Kalau tak make budu, tak payah buat yang ni)
Budu
Serai-ketuk
Asam keping
Sedikit air
Cara: Masak kesemua bahan di atas (5-10 minit saja).
Ulam-ulaman (ikut ulam kesukaan masing-masing)-hiris nipis
Daun kesum
Kacang panjang
Kubis bulat
Limau nipis (perah ketika nak makan, tk se pun tk po)
Nak pedas, boleh buat sambal. Saya hanya ambil cili dan hiris nipis.
.
.
.
.
.
.
.
Saya tak suka letak ulam/kerabu bnyk, skit2 aje ;-)
Senang aje kan? Tapi renyah la sikit, 2/3 benda nak kena buat. Nasi kerabu boleh dimakan dengan ayam goreng/ ayam bakar/ daging bakar/ telur masin/ puyuh goreng/ solok lada/ keropok goreng/ ikan celup tepung atau apa saja yang sesuai dan kesukaan masing2. Hari tu, saya hanya goreng ikan celup tepung dan keropok goreng sahaja. Untuk nasinya, boleh letak kunyit, jadi la nasi kerabu kuning. Kalau di kampung, makan nasi kerabu warna biru yang guna bunga/daun khas untuk nasi kerabu, seingat saya, rupa bunga/daun tu macam bunga morning glory. Tapi saya tak pasti, masih ada ke bunga/daun tu, zaman sekarang. Zaman sekarang orang letak pewarna biru kot ... uisy, tak berapa nk umphh mkn nasi kerabu biru dgn pewarna! Dan, untuk pencuci mulut hari tu, saya buat puding gula hangus/karamel!
5 comments:
sedapnya nasi kerabu.. selalu kat rumah mak selalu buat juga.. akak pula tkg makan aje.. he..he..
sedapnyer nasi kerabu..tp mcm leceh ek nak buat kuah dia... no wonder la harga dia mahal...
hop leceh² ni gak lagi la eli mls nk try buat :P
sedap tu dieyana..mmg sedap..izan suka tp tak pernah buat.so bley tgk resipi kat sini..
bunga tu bunga telang kan..skrg syampu pun pakai ekstrak bunga tu..tp rambut kita tak la biru nnt hihi
abah kalau nasi kerabu ni ulam-ulaman semua tolak tepi..makan nasi + budu + daging atau ikan je..hehehe
Post a Comment