Tuesday, November 8, 2011

Pagi Aidiladha 1432 dan Cerita Semperit

Salam, tentunya masih ada yang bercuti raya haji ... saya dah kerja hari ni, raya KL lagi tahun ni. Pagi raya haji, goreng aje bihun, ( baru perasan raya haji tahun lepas saya goreng bihun juga ). Biasalah, bangun pagi2 , kemas rumah, goreng bihun (tetiba rasa macam mak-mak pula, bangun pagi2, sediakan juadah hari raya utk suami n anak2 ... cewah! ^__^ Rindu kat Ba dan Ma di Makkah, pastinya mereka seronok beraya di tanah suci)


Iman dan papanya g solat raya ... kemudian, g masjid Flat Dato' Senu, tengok acara korban ... kemudian beraya di rumah pengasuh iman yang lama. Ada juga lah aktiviti raya haji walaupun di perantauan (eh, aktiviti raya tahun ni pun sama dgn aidiladha yang lepas ^__^)

Cuma yang lain skit, raya haji kali ni, ada semperit special (aci gitu?) ... Ini nak cerita skit ni,



Dengan jayanya Nana promote semperit ni, (sehingga buntang biji mata tgk semperit nana yang berwarna-warni ... wakakaka.) Maka, saya pun nak juga la merasa kesedapan semperit ni. Tapi tak de la sampai berbalang2 saya beli, first, try 2 botol kecik la dulu (tak nak tunjuk rakus la konon2 ... bersopan santun gitu ^__^ Sekali makan, rasa tak cukup pula!). Saya order satu balang kecik semperit original, satu lagi semperit perisa campur2. Satu balang kecik harganya RM 15....

Dengan bangganya SMS nana sehari sebelum raya haji, kami jumpa kat stesen lrt jelatek. Apa salahnya beli2 semperit sambil kenal blogger kan (walaupun kejap). Nice to meet u, nana! Lain kali boleh beli lagi, insya-Allah.


Ikhlas dieyana bagitau, semperit nana ni, sedap, gebu aje, rasa lemak2 majerin2, rangup (ada rasa macam sekut suji skit2). Sambil makan, sambil tengok semperit yang comel ni, (macam orang yang tengah menulis entri ni la =^__^=, Eh, tak sedar, balang hampir kosong! Tapi kan nana, dieyana n anak2 lebih suka yang original. Yang perisa campuran tu okey juga, tapi bau yang perisa2 tu, wangi ... dieyana ni cerewet sikit kalau makanan ada bau2 wangi. ^__^ Tapi kalau sesiapa suka dgn perisa strawberi, pandan, coklat dan keladi, Insya-Allah akan suka....



Nak order, silalah ke Blog Nana (Gambar atas ambik kat blog nana, heheh, tq ya!)

Apa2 pun, tq ya nana, lain kali boleh beli semperit original banyakbanyakbanyak...;-)) Kalau tak raya, semperit ni ada ke, nana??


**Nota Dieyana: Uols dapat banyak daging korban?? ^__^ Aisy, tetiba teringin nak makan rendang+pulut kuning....=^__^=

8 comments:

Anonymous said...

heheh sama la kita saya sendiri pon suka yang original
damia pon sama..malam tadi dia nak makan semperit tp tinggal yang kaler2 je..dia tanya yang putih xde ke?hehee
by the way kuih ni sentiasa ada tau bukan musim raya saje..nak bli nanti sms je ok

Iela Fazielah said...

laaa..dieyana dtg beraya ke flat sentul utama ke????? rmh mak ila kat situ je...blok 211.... tau dtg situ leh jumpa.. tp ila dtg rmh mak ila jam 2 ptg.. sbb pg tu beraya rmh MIL kat sg. besi

- dieyana - said...

nana-hehehe, okey, nak beli dieyana sms nana..;-))

- dieyana - said...
This comment has been removed by the author.
- dieyana - said...

iela-la ... dieyana duk kondo depan tu..hihkhik, sebelum duk kondo, dieyana nyewa blok 207,skang masih ke blok 209, antar wafiy situ...ada rezeki bleh jumpa...;-))

kurus said...

nampak semprit nie sedappp sgt2 ..
hari2 masuk umah nana dijamu mata dgn semprit nie ..
hurmm kalau dekat sure dah order tau dik ! :)

- dieyana - said...

ieda-ha, sedp semperitnya...

- dieyana - said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...