Sepanjang saya melihat kelasnya setiap Sabtu itu, Iman boleh mengikuti setiap gerak yang asas, sesuai dgn umurnya itu. Sesekali, ketika membuat gerakan tae kwan do, tersengih2 macam kerang busuk. Hahhah, "ha, Iman, apa sengih, pandang depan," gurunya menegur. Saya tergelak kecil melihat telatah Iman. Ada juga hari2 tertentu Iman tidak menghadirkan diri ke latihan. Tapi bila gurunya memberitahu, Iman layak untuk menduduki ujian, saya gembira juga lah.... Boleh saja mencuba, kan, mana tahu, Iman lulus ujian tu, dan dapatlah tali pinggang kuning nanti. Smile!
Friday, April 29, 2011
Ada Ujian!
Daftar Darjah Satu
Monday, April 25, 2011
Di Sebalik Tabir ;-)
Sesekali mereka hanya menjenguk sahaja, "ma wat apa", kata wafiy. "Ha, dah, dah, g luar tgk katun." Tetapi ada la jugak masa2 baik mereka. Ha, lega saya di dapur....;-)
Haruslah berkilat ye cik kak, barulah mata tak sakit melihat periuk belanga hitam ;-)
**Nota Dieyana: Dah kata nama, penulis blog kan, apa saja yang berlaku di depan mata, yang cantik, yang tak cantik, yang sedap, yang tak sedap, haruslah diambil gambarnya....heheheh...smile! Waima ikan kering! Tetap diambil gambarnya, tentulah ada cerita tentang ikan kering tu kan. Kalau saya mengeluarkan kamera saya tu, Hanapi jeling2, katanya, "ha dah mula dahhh..." Saya tak kira, kamera tetap menjadi pendamping setia saya di mana2. Jangan marah ya, En. Hanapi...;-) )
Semangat Donut!
Doh dah naik
Ha, inilah dia hasilnya, alhamdulillah, lembut ... FUHHH....
Letak gula icing, gula castor abis daaa..;-)
• 1/4 cawan air suam
• 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
• 1/2 cawan gula halus
• 1 sudu kecil garam
• 2 biji telur
• 1/3 cawan shortening/butter (dieyana guna butter)
• 5 cawan tepung gandum (dieyana lebihkan lagi, tambah2, sehingga doh tidak melekat di tangan)
• Minyak untuk menggoreng
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
***Nota dieyana - Doh donut tu, boleh juga dibuat cakoi atau roti goreng (inti kacang hitam).
Thursday, April 21, 2011
'Yak Boktan'
Awis berehi sungguh2.... Tak de can kami2 ni....;-)
Pada mulanya, saya dan kakak agak jakun la jugak, nak amik TF ni, nasib baik ada perempuan(mungkin tauke dia) yang membantu tunjuk cara nak ambil TF ni. Tapi saya dah bisik dgn kakak saya, "kito jange ambik banyok, mapuh la nak bayar". Hahhah.... Jadi, kami berhati2, ambil sikit aje, dua perisa yogurt, lepas tu, ambik fruit n segala macam utk ditabur atas yogurt tu, ambik sikit2 aje, mcm takut2 aje kan....ahhaha
Dah, semangkuk dulu, untuk eksperimen pertama, timbang-RM 10.80, ha ok jugak, tak le terkejut sgt kan....
Dah abis, baru terhegeh2 nak snap gambar -konon2nya bukti makan TF..;-)
Ada peluang boleh try perisa banana pula, kalau tidak, sampai sini sajalah 'jodoh' kita ya, TF.... paling best kalau ada orang belanja kan? Hahhaha
(Nota-kalau di sekolah, tentunya saya dapat markah 0 untuk entri kali ni-judul yang langsung tak de kena-mengena dgn entri/gambar;-) Agak-agak ada tak yang kata, "ada aku kisah dgn entri mu"..heheh, jgn marah ya....isy, tak baik lah saya ni kan, buat spekulasi....smile!!)
Wednesday, April 20, 2011
Naik LRT
Jom layan gambar dua beradik dalam lrt Putra....
Beg galas satu seorang ... mujurlah dua beradik tu elok/diam saja dalam lrt, orang pun tak ramai dalam tu, dapatlah kami tempat duduk.
Tuesday, April 19, 2011
Kek dan Coklat di Hari Lahir
Ben 10 dikelilingi strawberi merah
Saya juga menempah coklat daripada rakan di pejabat ... terima kasih. Coklat mu sedap, dik!
Coklat untuk teachers pun ada-ikhlas daripada kami
Moga hari ini Iman dan kawan-kawan bergembira dapat makan kek dan coklat.... Have a nice day!!
Monday, April 18, 2011
18 April 2011 (Ke-5)
Thursday, April 14, 2011
Thank You Allah for the Trees
Bai bai mama, papa, Iman nak pergi Putrajaya....
Wednesday, April 13, 2011
Biarlah....
ImanWafiyHanapi ... sesekali Hanapi harus interframe di sini...:-))
Saya teringat Ma dan Ba saya di kampung. Adik perempuan bongsu saya dan cucu sulungnya pastinya menjadi pengubat mereka. Ma dan Ba telah pun melalui apa yang saya lalui sekarang, menjaga kami 4 beradik, pastinya kesabaran yang menjadi peneman ma dan ba di kala itu. Dengan perangai kami 4 beradik yang begitu begini ... adeh, emosi lagi! Hheheh, cover line deh!
Fakta yang menarik perhatian saya: (Sumber emel)
++Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka, 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
++Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
++Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
(Sesekali beremosi ... senyum ... smile ... sengih ... ;-)
Tuesday, April 12, 2011
Tak mahu Fasha Sandha ;-)
Rantai tangan 999.9=10 g
Kami tidak mahu lagi bersandar pada kenangan ... kami telah sedar akan hal ini. Ada yang telah lama sedar akan hal ini. Alhamdulillah, kami mendapat kesedaran ini, masih belum terlambat untuk kami. Insya-Allah. Kami membeli 'pisang emas' setakat kemampuan yang ada. Sedikit2 lama2 jadi bukit.... Kami tidak mahu bersandar pada Fasha Sandha ... tapi saya mahu bersandar pada 999.9.
Dinar Kelantan
Monday, April 11, 2011
Ahad: Ikea-Sogo-Giant
Lagi 3 belum cukup!
Sekejap saja di Ikea, balik rumah. Sambung melipat baju. Hahhah.
Ini dua bulan lepas-ada hadiah blanket comel. Bulan ni, perasa vanila tak de hadiah.
Friday, April 8, 2011
Devil's Food Chocolate Cake
Sumber resepi : http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/06/devils-food-chocolate-cake.html Tetapi ada satu bahan daripada resepi asal beliau, saya ubah sedikit sahaja iaitu, BUTTERMILK, SAYA GANTI DGN SUSU SEGAR DUTCH LADY.
Tuesday, April 5, 2011
Kertas Dinding (Wall Paper)
Simple dan ceria di ruang makan!
Ruang tamu menampakkan suasana yang klasik! (Wall paper bercorak batu bata)
Apakah kami telah terpengaruh dengan wall paper pula? Teringin juga nak 'tepek' wall paper, tapi tengoklah, ada umur panjang, ada rezeki, peluang, insya-Allah, siapa tahu kan.....;-) Masih ada lagi hiasan2 lain yang belum tertunai/diselesaikan lagi. Selesaikan dulu yang itu, barulah boleh difikir-fikirkan tentang wall paper itu....;-)
Kalau boleh....
Pic from google. (Ini Mc D punya) TQ
Semalam terasa2 sangat nak minum coklat ais. Terus ke pizza hut, order chocolate ice float, di samping mengorder menu yang lain. Kalau boleh, nak minum coklat ais yang ada float/krim tiap-tiap hari ... tekak nak minum jenis2 minuman yang sebegini aje. Kalau boleh....;-)
Monday, April 4, 2011
Sentap!
Friday, April 1, 2011
Santai Jumaat ;-)
Okey lah, elok la saya berhenti di sini, sebelum cerita entah apa2 'dipublish' kat sini. Hheheh. Bai, selamat berseronok di hari minggu!