Salam Jumaat....
Cerita tentang puasa lagi? Hari ni saya rehat puasa. Insya-Allah, sambung minggu hadapan pula. Baki puasa? Hheheh, biarlah rahsia.... Apa? Hidangan berbuka semalam? Semalam tak de hidangan dari dapur saya, dari dapur kedai adalah. ;-) Apa taknya, semalam yang bersemangat mahu memasak, turun ke lobi menunggu suami jemput (5.00 petang) : "Helo, saya kat stadium lagi nih, lambat deh." Uwaaa ... naik balik ke bahagian. Pukul 7.00 petang smpi rumah, dan sebiji burger daging menjadi hidangan berbuka sementara saya. Lepas solat maghrib, kami menjamu selera di al-Hidayah, Sentul.
Dan, hari ini, saya terlupa membawa dompet! Fuh, nasib baik la ada simpanan syiling saya di pejabat (simpanan waktu kecederaan, ;-) Tak nak susahkan kwn2, untuk makan pagi dan tengah hari, insya-Allah ada. Kalau tak de, saya pinjam ya! ;-) Malu membeli dengan duit syiling? Hhehhe, tak lah, segan aje, nasi RM 4.50 tadi dengan selamba saya beri kepada Lela (Cashier). "Lela, boleh ya kak bagi syiling, Lela suka syiling kan!" Entah2, Lela cakap saya sudah kehabisan duit untuk makan, hahahah! Kalau tidak ketinggalan dompet, sudah pasti Jumaat yang panjang ini, saya menghabiskan masa 'menyopping' berpoya-poya ;-) Fuh, selamat duit akak! Kata nak g 'Paris' kan? Haruslah berjimat cermat. Hikhihkihk
Cerita tertinggal dompet dan cerita pulang lambat semalam, tak de kena mengena pun kan! Sori lah ya, perenggan yang tidak ada kesinambungan idea. Entri macam gini pun nak publish kat blog kan? Heheheh, sementara rehat panjang ni, cerita aje lah apa mu nak cerita dieyana....
Pic from google. Tq!
Okey lah, elok la saya berhenti di sini, sebelum cerita entah apa2 'dipublish' kat sini. Hheheh. Bai, selamat berseronok di hari minggu!
4 comments:
nak pegi 'paris'????
nak key chain 1!
kihkihkih
ahhahahhahkahakahak, kak pun terasa nk termuntah baca ayat ni. Paris konon! Wakakak....guling2 gelak sendiri!
saye byk lg tinggl baki pose..mklumla..brpantang dlm buln pose..huhu
farrah-jom, kita pakat2 posa...perlahan2...;-)
Post a Comment