Sesampai saya di rumah (dari pejabat), belum lagi saya duduk, membuka tudung segala bagai, "mama, nak susu", "mama, nak nasik", "mama, iman/wafiy berak", "mama, nak air", "mama, nak mandi". Adakalanya saya mengeluh kecil, "letihnya...." Anak2 bergaduh, berebut itu ini, menyepah2kan rumah, di kala saya kepenatan, pastinya mulut ini akan membebel pula.
Tetapi apabila mereka diam, yakni ketika tidur, saya terasa sangat2 sunyi waima mereka tidur untuk satu jam sahaja! Oh, itulah hakikatnya, mereka sangat2 diperlukan dalam hidup saya! Biarlah mereka bising, biarlah mereka bergaduh, biarlah mereka menyepahkan barang, biarlah mereka minta itu ini! Apalah sangat dgn rumah yang bersepah, sekadar barang mainan mereka merata2, kalau dah hilang penat, kemas aje lah! Tak perlu bebel2 kan? Itu dunia mereka, mahu menyekat2 kebebasan anak-anak, seolah2 menyekat kreativiti anak-anak.
Cerita kawan-kawan yang tidak dikurniakan anak, menjadikan saya lebih sedar, betapa anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang tiada nilainya. "Balik rumah, laki bini rasa sunyi yang amat, tiada kedengaran suara2 kecil, tiada adegan kejar2-mengejar anak2 kecil". Menyebabkan saya sangat2 menghargai kehadiran anak2 saya. Syukur Ya Allah atas pemberian-Mu ini. Tiba-tiba saya rindu ImanWafiyHanapi! Alamak, teremosi pulak..;-)
ImanWafiyHanapi ... sesekali Hanapi harus interframe di sini...:-))
Saya teringat Ma dan Ba saya di kampung. Adik perempuan bongsu saya dan cucu sulungnya pastinya menjadi pengubat mereka. Ma dan Ba telah pun melalui apa yang saya lalui sekarang, menjaga kami 4 beradik, pastinya kesabaran yang menjadi peneman ma dan ba di kala itu. Dengan perangai kami 4 beradik yang begitu begini ... adeh, emosi lagi! Hheheh, cover line deh!
Fakta yang menarik perhatian saya: (Sumber emel)
++Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka, 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
++Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
++Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
(Sesekali beremosi ... senyum ... smile ... sengih ... ;-)
8 comments:
aduhai kak diey, saya pun turut sama teremosi. sob, sob!
syukur kita dianugerahkan hak itu...:) ank2 penawar segala2nyer
alhamdulillah anak ityu kan rezeki tapi itulah kadabng kala hilang kesabaran.. saya yang sorang pun kadang rasa yang amat geram
aduh seih lah pulak... alhamdulillah inilah rezeki dan amanah dari allah supaya kita menjaga dengan didikan yang sempurna...biasalah ada masa tahap kesabaran tu tak boleh ditahan juga...byk berisytifar...
idazs-erm, sesekali beremosi...huhuuh
mummyecha-alhamdulillah, syukur anugerah Allah SWT...
etiey-ye lah, kadng2 kak terfikir, ada tak ibu/isteri yang dapat menahan kesabaran ini....
suraya-ermmm..kena bnyk2 beristighfar, ada jugak terlepas jugak, lps tu baru nk beristighfar...ehehhe
Post a Comment