Friday, April 29, 2011

Daftar Darjah Satu

Alhamdulillah, Iman sudah didaftar darjah satu. Minggu lepas, Hanapi bersama-sama Iman telah ke Sekolah Kebangsaan Sentul 1 untuk mendaftar Iman. Insya-Allah, tahun 2013, Iman akan bersekolah darjah satu. Tiga pilihan sekolah perlu diisi dalam borang tersebut. Papanya telah memilih Sekolah Kebangsaan Sentul 1 sebagai pilihan pertama (tidak jauh dari rumah), berdasarkan pencapaian akademik yang baik sekolah tersebut. Kedua, sekolah yang juga tidak jauh dari rumah. Dan, sekolah ketiga, sekolah yang sedikit jauh dari rumah (sedikit sahaja jauh). Tetapi, menurut kerani sekolah yang menjadi pilihan pertama itu, kebiasaannya, ibu bapa akan mendapat sekolah pilihan pertama tersebut. Sekolah pilihan kedua dan ketiga itu, hanya mencukupkan syarat dalam mengisi borang itu sahaja. Saya amat2 berharap, Iman dapat bersekolah di sekolah pilihan pertama itu. Insya-Allah. ;-)


8 comments:

~izan~ said...

Sebaya la Iman dgn Fasya... Fasya pun dah daftar 2weeks lps utk darjah satu 2013 nanti... =D

- Suraya - said...

Safwan pun dah daftar... anak kita kecik rasanya tapi dah nak masuk darjah 1 kan.... macam tak percaya pulak...

~ Ida ~ said...

yeeahhh...Iman dah besar...:D
nanti belajar rajin2 ye sayang.

IDAZS said...

insyaallah, apsti dapat sekolah yang dipilih itu.
kejap je amsa berlalu, dah besar pun iman.
belajar rajin2 yea :)

- dieyana - said...

izan-ha'aa, sama lah, 2013 drjah 1..hehhe

- dieyana - said...

surya-, ha, iman pun kecik, nk msuk drjh 1, mcm tk percaya....;-)

- dieyana - said...

k.ida-Insya-Allah, berdebar2 pulak rasa, anak2 makin besar nih...

- dieyana - said...

idazs-insya-Allah...itu lah, iman dah besar, mama pun makin tambah umur....;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...