Monday, April 4, 2011

Sentap!

'Kanak-kanak 7 tahun dibelasah guru, meninggal dunia.'


Sentap! 7 tahun?? Dibelasah guru?? Kanak-kanak itu dituduh mencuri. Ya Allah, hati dan jiwa saya betul2 sentap. Alangkah sanggup manusia yang bernama guru itu membelasah murid 7 tahun, sehingga koma dan akhirnya, meninggal dunia. Menurut sumber berita, kanak-kanak itu telah kematian ibu, dan tinggal bersama-sama keluarga angkat. Apabila menatap gambar kecil arwah kanak-kanak itu, di Harian Metro, lagi jiwa saya sangat2 tersentuh. Tiba-tiba saya teringat anak-anak saya, dan anak-anak saudara saya. Saya cuba bayangkan keadaan arwah ketika dibelasah manusia itu, oh tidak, hati saya meruntun-runtun. Pastinya, rayuan demi rayuan arwah kepada guru itu agar menghentikan pukulan itu tidak diendahkan guru itu. Apa-apa pun, Allah lebih menyayanginya. Kita yang melihat, membaca berita itu, sangat2 terasa dgn pemergiannya yang begitu rupa, apatah lagi keluarganya....Takziah untuk keluarga arwah. Al-Fatihah....

1 comment:

- Suraya - said...

Takziah buat keluarga arwah.... sedih sangat bila tengok muka kanak2 tu.... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...