Monday, April 11, 2011

Ahad: Ikea-Sogo-Giant

Kebelakangan ini, hari Sabtu, saya jarang keluar - aktiviti 5M dapatlah diselesaikan saya. (Membasuh, Mengemas, Melipat, Mengemop, Menyental!). Di samping memberi laluan kepada Iman menyimpan tenaga bertaekwando pukul 2-4 petang nanti. Paling tidak pun, habis kelas taekwando, kami akan singgah minum cendol-Wahab's Cendol-Sri Rampai.


Hari Ahad barulah ada masa nak berjalan-jalan. Ahad semalam saya beri cadangan kpd suami, jom ke Ikea-mencuci2 mata. Tapi bila kata nak ke Ikea, baru teringat, nak cukupkan frame gambar lagi tiga keping (ada alasan ke Ikea, heheh). Sambil2 makan meatball....;-)


Lagi 3 belum cukup!



Tanpa disangka2, ketika di kaunter bayaran ada yang mencuit saya. "Diana kan?" Ha lebih kurang gitu lah sapaannya. "Ha, ya, eh Lenny eh?" http://http//ibu2afiqdhani.blogspot.com (Blogger Twinkle2 Little Star). Jumpa live-comel, tinggi orangnya! Afiq Ramadani pun sangat2 comel! :-) Seronok berjumpa kawan di alam maya, secara live, walaupun kejap!


Sekejap saja di Ikea, balik rumah. Sambung melipat baju. Hahhah.


Tanpa disangka2, petang ke dapur, melihat susu Iman sudah habis! Alamak, awak, susu Iman dah habis! Jom g Sogo. (Di Sogo, susu Iman sangat murah). Melihat mood Iman dan Wafiy agak baik, kami gerak ke Sogo-5.45 petang. Ke Sogo hanya semata-mata membeli susu. Terus ke rak susu. Aduyai, perasa vanila tak da!!! Pilihan kedua-Giant Batu Caves. berkejar ke situ-Alhamdulillah, ada.....;-) Terus beli untuk stok bulan ini dan bulan hadapan. Balik, perut lapar sungguh, macam2 terbayang makanan dalam kepala saya. Suami pula, "kalu makan ikan bakar sedap ni weih" (Ini kes tak puas mkn ikan bakar minggu lepas;-) Jam hampir ke angka 8, jadi, kami bungkus saja nasi di gerai Taman Dato' Senu tu.... Tak de bakar2, nasi bungkus sudah....;-) Apa yang penting- tak payah nak masak2. Layan mentor @ TV 3..;-) Kejap2 suami alih bola- Black Pool lawan Arsenal! Aduhai....


Ini dua bulan lepas-ada hadiah blanket comel. Bulan ni, perasa vanila tak de hadiah.

4 comments:

IDAZS said...

wow!! seronok2+ cantik2..

pernah juga jumpa lenny dulu, kalu x silap amsa besday aazad, kat kondo kak diey la. heheheheh

hajat nak pegi ikea, cari gelas tiramisu, tp x pegi sbb zarin tdo sampai ke petang!

Unknown said...

wow bestnya dapat hadiah tu.... best yer kalau dapat jumpa member2 blog lain.... mesti meriahkan...

~ Ida ~ said...

x sempat makan ikan bakar ye. nanti p kat Seri Gombak, segar2 ikan bakar kat situ :D

- dieyana - said...

idazs-ooo, hehehehh

suraya-ha, best, erm, kejap aje jumpa secara kebetulan..;-)

k.ida-ha, insya-Allah, nak g sekinchan tu nanti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...