Monday, April 25, 2011

Semangat Donut!

Semangat donut membara dalam diri! Apa tidaknya, apabila tiap2 hari Iman cakap nak donut. Donut memang kegemaran Iman. Selera makan Iman bertambah2 sejak akhir-akhir ini. Iman ni memang agak memilih dalam hal makanan. Ada masanya nak makan, ada masa langsung tak nak makan, jadi, susu lah pendamping setia sepanjang harinya. Wafiy - biskut tawar kosong pun boleh ... agak tidak kisah.


Okey, berbalik kepada cerita donut. Kerap juga, balik sekolah, papanya akan membeli donut untuk Iman. Bila difikir2, baik saya mencari resepi donut, buat sendiri, dah sah2 guna tangan saya sendiri. Tangan orang lain, entah macam mana kan, tapi kalau tidak sempat, perihal tangan orang lain yang menguli itu, langsung buat tak tahu, saya sendiri pun ngap jugak, hehehe.

Lalu, Jumaat lepas, pulang dari pejabat, saya membuat keputusan untuk menguli donut ... sambil2 boleh la belajar cara membuat donut. Tiba2 aje rasa macam penjual kuih donut pula saya malam tu. Hahahah, lucu pula, tak pernah seumur hidup saya uli-menguli nih...;-) Pes taim nih!



Doh dah naik






Bentuk donut yang fail! Lubang tengah donut tak cukup besar..;-)


Ketika menguli tepung tu, datang la Iman, "mama, mitiaw ada lagi tak. Iman nak mitiaw la...." La, kuetiaw pulak dah.... Tgk dlm peti, masih ada berbaki kuetiaw 2 hari lepas. Nasib baik mama mu rajin malam tu, sambil2 tunggu doh donut naik, saya goreng kuetiaw ringkas untuk 2 beradik. Yang paling seronok, bila kita masak, anak-anak suka.... Alhamdulillah, tak sia2 saya berlama2 di dapur. Hanapi pula-tak sabar dah mkn donut. Katanya, "jangan la ado donut boleh pek kong (baling) anjing." Isy, tercabar betul saya, dikatanya donut saya keras lah tu! Tunggu aje lah, tgk nanti mcm mana.



Ha, inilah dia hasilnya, alhamdulillah, lembut ... FUHHH....



Letak gula icing, gula castor abis daaa..;-)




Letak coklat masak+wiping krim+coklat warna urai







Resepi asal-myresepi.com..TQ!



• 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
• 1/4 cawan air suam
• 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
• 1/2 cawan gula halus
• 1 sudu kecil garam
• 2 biji telur
• 1/3 cawan shortening/butter (dieyana guna butter)
• 5 cawan tepung gandum (dieyana lebihkan lagi, tambah2, sehingga doh tidak melekat di tangan)
• Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.


***Nota dieyana - Doh donut tu, boleh juga dibuat cakoi atau roti goreng (inti kacang hitam).

9 comments:

edane said...

heheh ingtkan cerita donut yang semalam tu kat astro.. hikhik..

suka donut cam gini.. original kampung.

- dieyana - said...

etiey..donut kat astro, hehehehe
ha, okey la, buat donut, w.pun bentuk tk berapa nk lawa..hehehe

~izan~ said...

izan tak pernah buat donut..takot tak jd..tgk mak buat gebu sokmo,tgk yg ni pun gebu jugak..jeles2.

Unknown said...

macam putera safwan juga... suka sangat donut... siap suruh buat macam donut jco lagi... tahniah... berjaya membuat donut sendiri...sedapnya....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
IDAZS said...

dah lama x wat donut. tp sy suka donut yg x byk gula. kalau beli kat kedai sure ketuk2 dulu bia gula tu jatuh. hihihi

psst; dah boleh jual donut dh nie, kalah jco ;)

- dieyana - said...

izan-heheh, diana pun pes taim nih..ehheh, bentuk tok comel tu ha...kerepot2 aje, hehehe...

- dieyana - said...

suraya, ha iman tu suka sgt donut, kalu g big apple, mesti pilih donut yg ada coklat atas....;-)

- dieyana - said...

idazs-ooo, selalu buat donut la ye dedulu? ha, k.diana pun ketuk2 gak gula tu, tapi bukan tk suka manis, tapi takut berderai tumpah bila mkn tu..dan tak nak mulut comot penuh gula..hehehheheh

pstt, baru buat sekali, heheh, kena mahir betul2 dulu..tapi ada ke nak beli donut k.diana nih? ahahhah...lucu da!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...