Seorang kakak di opis berkata, "Pandai la korang buat kek. Cantik la kek. Diana, nanti nak buat kek panggil la akak dtg rumah, nk tgk cara nak buat kek."
"Isy, saya bukan pandai pun kak, kek simple2 boleh la, hahahah. Yang dah siap, memang la cantik, tapi kak tak tau, di sebalik yang cantik tu, apa sebenarnya yang berlaku, fuh, bersilat saya kak, di dapur...." Ha, inilah dia, yang kerap mengganggu 'kesejahteraan' saya di dapur.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wafiy!! Main luar! Arghhh!
"Ma, nak engok, ma, Afiy nak acau" ... huh, macam2 la, diambilnya kerusi, nak jugak bersama2 saya di dapur. Apabila ada gangguan2 di dapur, fuh, ada la yang terbalik botol itu ini, pecah itu ini, lagi kacau dibuatnya! Adoi. Jadi, Hanapi perlu ambil peranan lebih kat sini, kena la sembang2, main2 kat ruang tamu dgn dua beradik ni. terutama Wafiy. Kejap2, "ma, nak pek", ha, yang ni tak boleh tangguh, Padahal, balik kerja tu dah susukan Wafiy ni, sajer aje nak menepek. Kalau dah dikata nak pek, berguling2 di dapur, nak jugak! Jadi, perlulah saya berhenti, dapur ditinggal bersepah2. Bila dah sambung ke dapur, mood yang membara2 tadi, dah menurun skit. Fuh....
Dah kata nak kacau kan, saya berilah peluang sekejap Wafiy kacau, tapi dah lebih2 pula. Adoiii....
Iman sangat jarang mengganggu saya, dapat sebotol susu, buka channel 611, boleh buat dia ralit. Tapi kalau dilihatnya adiknya turut di dapur, mulalah nak menyibuk jugak! Hanapi, sila ambil peranan awak ya! Heheheh.... (Ha, di sinilah peranan suami, isteri di dapur, anak2 suami kena lah jaga kan. kan kan...;-)
Sesekali mereka hanya menjenguk sahaja, "ma wat apa", kata wafiy. "Ha, dah, dah, g luar tgk katun." Tetapi ada la jugak masa2 baik mereka. Ha, lega saya di dapur....;-)
Ha ni lah dia, barang2 bersepah sana sini, ini kira dah okey, sambil2 tu, dah kemas skit bahan dah guna. Sinki 'diclearkan', kalau tak, lagi haru dibuatnya, kalau dah bersepah di dapur, buat saya lagi pening! Berada di dapur, jiwa saya perlu tenang, peratusan bersepah di dapur, saya cuba minimumkan, sepah2 ketika menyediakan makanan, itu sudah biasa, tapi saya tidak mahu ia terlalu bersepah, barulah hidangan yang disediakan dapat disiapkan cepat dan tersusun, chewah...ehhehe....
Apa-apa pun, dah bersilat di dapur tu, mengecahkan dapur, lepas tu dapur perlu kemas, bersih, tanpa kekotoran minyak di dinding! Atas kabinet perlu clear, periuk belanga sumbat dlm kabinet. Tak kira la dalam kabinet tu tak tersusun, (hahaha), asalkan atas kabinet dan sinki, tidak ada apa-apa yang tertinggal. Yang tinggal, hanya pemanas air, susu, dan botol air. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haruslah berkilat ye cik kak, barulah mata tak sakit melihat periuk belanga hitam ;-)
**Nota Dieyana: Dah kata nama, penulis blog kan, apa saja yang berlaku di depan mata, yang cantik, yang tak cantik, yang sedap, yang tak sedap, haruslah diambil gambarnya....heheheh...smile! Waima ikan kering! Tetap diambil gambarnya, tentulah ada cerita tentang ikan kering tu kan. Kalau saya mengeluarkan kamera saya tu, Hanapi jeling2, katanya, "ha dah mula dahhh..." Saya tak kira, kamera tetap menjadi pendamping setia saya di mana2. Jangan marah ya, En. Hanapi...;-) )
13 comments:
macam tulah juga saya... tiga org sekali akan masuk dapur bila saya mula membaking... dari abang sampailah ker adik... nak juga tolong aper2 yang patut... dapur semestinya kelihatan bersih... semak mata memandang... tak per anak2 tetap suka apa yang kita masak....
hehehehehe....kelam kabut pun kek tetap menjadi dan sedap juga.
hahahaha...tersedak la akak tu kat ofis.. :D
kelam kabut pun akhirnya menjadi juga kek yang sedap tu..hehehe
Wafiy pun tolong rupanya..patut la sedap :D
mana lak entri k.ida hilang??
taip lagi sekali ni...
hahahaha...tersedak la pulak akak kat ofis tu
Wafiy pun rajin tolong sama, patut la kek sedap :D
hehehe..sama macam faiz,suka megacau..tp buak kek memang leceh lah...hehehe
Tak nak word verification di kotak komen
suraya, sesekali saya terbayang bagaimana org mcm awk (lebih kerap di dapur) yg handle semua benda ni, dgn anak lagi...hikhik.... biasalah, kecik2 begini la ada gangguan kan, anak2 ni, sebagai penyeri rumah..;-)
k.ida, -heheheh, akak tu sah2 tersedak...
-hahah, wafiy tolong buat kacau...;-)
-jgn bimbang kak, komen akak ada...:-)
ila-ha, kena memang leceh, itu sbb jiwa diana kena tenang, barulah kek tu menjadi...heheh
-apa2 pun terima kasih ya bagi panduan buang 'word verification' tu, kiranya dah menjadik la diana punya ni kan? ;-)
hikhikhikhik, wafiy pun nak tlg mama tu.
saya alhamdulilah, zarin jrg sgt kacau. kdg2 je.
kalau tak kecah dapur xsah kalau membaking nie. barulah ada feel :p
pssst, blogger tegar gitulah, lebih-lebih lagi kalau blog yg gila gambar mcm saya ni. kahkahkah!
idazs- ehehhe, k.diana lagi kecah dapur, lagi kacau kepala..ehhehe, jiwa harus tenang gitu....;-)
psttt, ada gambar syok! STK penuhdgn warna warni, akak suke tau! kekalkan trade mark STK deh! hehehe
hahahaha..comelnya wafiy didapur...rajin tlg mama masak ya?
ada pembantu comel yer..ian pun dah kurang amik tempahan sbb dulu dok dgn mak senang la mak jagakan bley la amik tempahan sehari 3,4biji..skrg...seminggu sebijik pun pk byk kali hehe...
diana: cantik dapur mu itu... paduan kaler yg sgt2 nice!
Post a Comment