Seperti yang dirancang, malam nanti, mahu dating berdua sahaja (2 Jun)! Awal-awal sudah beritahu pengasuh, nak hantar Iman Wafiy, lepas solat maghrib. Alhamdulillah, pengasuh sanggup. Lagi pula, bukannya lama, paling tidak pun, keluar 2 jam sahaja, lebih kurang. Sangat2 jarang2 kami tinggalkan anak2 di rumah pengasuh selepas waktu bekerja kerana hal peribadi seperti ini.
Selepas 'cerita manis' petang 2 Jun itu, kami singgah KFC untuk Iman Wafiy. Kemudian persiapkan diri dan anak-anak, lepas solat maghrib, terus ke rumah pengasuh. "Iman: mama nak g mana". "Mama: Erm ... mama ada kerja dgn papa kejap ya! ;-)"
Dan, dalam kereta, belum ada keputusan mahu makan di mana. Padahal, 3 minggu sebelum ni, survey tempat makan situ sana sini (konon2 mahu restoran suasana romantik!). Akhirnya, kami ambil keputusan ke restoran terdekat dgn rumah kami saja! (Pestaim ke sini).
Sampai saja di LCDP, kami memilih tempat berbumbung, duduk bersila. Tiba-tiba hati saya terusik sesuatu. Lalu saya suarakan kepada suami. Rupa-rupanya dia pun terdetik perkara yang sama seperti saya. Berasa sesal tak bawa ImanWafiy!!!! Konon2nya mahu dating berdua, tapi ternyata, perasaan kami resah gelisah, seperti ada sesuatu yang tidak lengkap rasanya. Ternyata kehadiran mereka berdua penting pada saat ini! Huhuhuhu. Cukuplah sekali ini kami meraikan aniversari tanpa anak-anak di sisi. Sebenarnya, merekalah penyumbang besar dalam rumah tangga kami. Dari mula kami duduk di restoran sehinggalah pulang ke rumah, mulut tak henti2 menyebut Iman Wafiy. Sebenarnya, dating berdua adalah idea saya (alhamdulillah, suami setuju dgn keinginan saya), konon2nya mahu sambut aniversari berdua sahaja. Tanpa keriuhan dan kebecokan mulut Iman dan Wafiy sebenarnya memberi impak yang besar kepada saya dan Hanapi! Saya rindu ImanWafiy!
Tentang makan kami di LCDP, kami langsung tidak teruja dgn menu western yang dipesan, begitu juga suami, nak kata tak sedap, ada rasa jugak skit2, bayar mahal2 kan, tak nak bazir2! Tak tahu lah menu2 yang lain, mungkin ada yang sedap, agaknya kami salah pilih menu! Di LCDP ni, bukan saja western food. Boleh tengok di sini http://http//www.lechateaudepuah.com/
Entah apa namanya menu kami tu, roti dan lamb, suami pula, lamb chop, tapi lamb penuh dgn lemak! Isy! Langsung tak nak ambil gambar! Kek aiskrim saja yang memuaskan hati kami.
Honey Dew Ice Blended, dan Tomato Susu Ice Blended
Selepas makan, kami terus balik, tak sampai pukul 10 malam, kami dah ambil anak2 dari rumah pengasuh. Saya tak henti2 mencium ImanWafiy, seolah2 lama tak jumpa!! Dalam hati cakap berkali2, lain kali mama bawak iman wafiy! Sumpah, saya tak pernah berperasaan sebegini. Pergi kerja, atau keluar makan ketika waktu bekerja (lunch hour), itu situasi berbeza. Mungkin kerana hari ini hari istimewa kami. Apabila anak-anak tidak menyertai kami, rasa tak best sangat2!
Ha baru ko tahu ... dating berdua tanpa anak-anak! Ha ambik! Nak dating berdua konon! Kami tak nak sambut aniversari berdua lagi, cukuplah merasainya sekali ini saja!
Interprame skit! Smile!
++(Nota Dieyana: Aniversari tahun ni, dua perkara yang saya inginkan-bunga dan dating berdua, saya dapat. Alhamdulillah. Tapi, sungguh, saya serik dating berdua tanpa anak-anak di hari ulang tahun perkahwinan! Berempat lebih baik daripada berdua! Ada umur, rezeki, kami mahu menyambut aniversari sekali lagi, tapi berempat. ;-) Insya-Allah)