Friday, June 3, 2011

Demam ... Nak Makan Sate

Salam semua. Oh, saya sangat2 rindu dgn blog saya, hari ini saya bersiaran demi Dieyana78! Saya balik kampung, dan bercuti Isnin, Selasa. Naik-naik saja kerja hari Rabu, terus bertungkus lumus mengemas bahagian di tempat kerja. Kami diarah agar berpindah ke tingkat lain. Aduhai, sangat2 tension minggu ini, apabila diarah berpindah dgn segera. Barang sendiri, barang bahagian, sangat2 banyak ... masih belum selesai! Apa-apa pun, saya cuba mencuri2 masa update Dieyana78!

Minggu lepas, Iman demam malam, tiba-tiba saja request nak makan sate! Ha, nasib baik area rumah kami tu, bersepah2 gerai jual sate, dan ada satu gerai favourite kami-'Kassim Satey'! Alhamdulillah, betul2 berselera Iman makan. Macam tu lah Iman, kalau dia request nk makan apa2, memang berbaloi2, memang betul2 dia nak makan. Kalau dia kata, 'tak nak', pujuk rayu pun, memang dia tak nak makan.



Alhamdulillah, malam tu, demam nya beransur pulih. Syukur.... Dan, hari Sabtu, 28 Mei, dapatlah kami balik Kelantan dgn tenang, anak-anak sihat, tak de la ralat sangat nak berjalan jauh....:-)

++(Nota Dieyana-2 Jun 2011-Hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6! Alhamdulillah.... Minggu yang kacau bilau, minggu depan belum tentu 'kekacauan' ini akan tamat. Harap-harap dapatlah mencuri-curi masa update blog seperti hari ni. Heheheh. Nak harapkan update di rumah, belum tentu saya ada masa/kadang-kadang mood tak seronok la update di rumah. ;-))

5 comments:

~izan~ said...

slmt ulangtahun perkahwinan...seusia la wedding kita hehe.

semoga dipanjangkan jodoh dan dmurahkan rezeki selalu..Amin.

edane said...

wahhh bagus... berbaloi kalau request makan beriya gini.

congrast kak diana....

- dieyana - said...

izan-terima kasih...insya-Allah....

- dieyana - said...

etiey-ha, kalau dh dia kata, nak, kena lah beli, n puas ahti sbb dia memang mkn apa yng dia mintak tu..

Unknown said...

alhmdulillah iman dah sihat..
makan la iman ye slagi leh mkan..hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...