Friday, June 24, 2011

Motivasi Diri

Menjaga keterampilan diri (wanita), luar dan dalam. Kadang-kadang, saya buat2 tidak tahu saja, datang opis, pakai tudung tidak diseterika dan warna tudung tidak match dgn warna baju. Hhahaha ... saya sangat berbeza dengan Dieyana 10/15 tahun yang lepas. Ke sekolah, baju perlu diseterika, "oh, lendik baju mung, Dieyana!" Bila dah beranak pinak ni, kadang kala, tak sempat untuk bermanja2 dgn diri sendiri. Sesekali ditegur suami, pakai baju/tudung tidak diseterika/muka langsung tidak berbedak.

Sepatutnya, bila dah bersuami, keterampilan perlu lebih dijaga. Sentiasa berhias untuk suami dan apabila suami tengok, "comey bini aku nih!" Ewah, tak ke senyum kambing kita masa tu!? Bukan mahu pujian orang lain, tapi mahu dipuji suami dan anak-anak. Sangat manis kan! Dan, anak-anak pun memuji, "mama cantik lah!" Sekali lagi mama tersenyum kambing! ;-)

Oh, tiba-tiba saja saya membebel bermotivasi di pagi Jumaat ("Terasa comey la la saya hari ini". Itu satu motivasi jugak tau!) Okey, bai bai, jaga diri hiasi 'peribadi'!! Renung-renunglah kata-kata di bawah, sebagai panduan untuk kita bersama. :-))

**Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

**Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...