Monday, June 13, 2011

Tengok Wayang

Kami mahu tengok wayang Kung Fu Panda! Destinasi yang biasa saya pergi, gsc midvalley. Nak booking, mak oii, penuh! Suami cakap, kita pergi Caps Square lah! Kat situ tak de orang. Betul ke tak de orang? Okey, tak pe, saya ikut sajalah. Aik, saya pula yang teruja! ;-) Maklumlah, pengalaman pertama menonton wayang dgn anak-anak!


Nak nyemat (smart) sokmo, sikat tak lepas di tangan.

Teruja!

Hari Ahad, kami ke Caps Square dan terus ke kaunter tiket, level 3. Sit untuk Kung Fu Panda, tak ramai, Hahhahah, best, best! Tayangan pukul 11.20 pagi. Sabtu sebelum tu lunch di Mc D, beli set happy meal, dapat mainan kung fu panda, lagi la bersemangat Iman, nak tengok Kung Fu Panda.


Happy Meal McDonald

Masuk aje dalam panggung, gelap, ha apa lagi, Wafiy: "ama, nak balik, ada atu", tangan dah gigil si kecik tu. Hanapi pujuk, dukung dia ke tempat duduk kami, diam tak terkata, bila skrin ditayang, ha, barulah cool Wafiy. Dari mula sampai habis cerita (1 jam 30 minit), kaku, (sehinggakan nak makan corn tu pun kena suap, langsung tk nak gerak tangan) adakala sengih2 tgk panda tu, ada kala mulut ternganga. Bila ditanya, best tak kung fiu panda. Cepat jawab, best!!! Iman pula, time aksi panda lawan2, ha barulah diam, kalau tak, sibuk tanya bila cerita nak abis. Boring kot. Kenapa tak de iklan lah, tv besar macam kat shah alam lah, macam2 Iman ni. Tapi ada part2 kelakar, mulut becok tanya itu ini! Tiba-tiba ... hiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk!! Hahhah, Iman buat lawak dlm panggung, penonton di hadapan, tepi dan belakang kami gelakkan iman! Ahhahah, konon2nya nak berkung fu mcm Po (Panda) lah tu!


++(Nota Dieyana: Lepas ni kalau nak tengok wayang, tengok di Caps Square, insya-Allah, penonton tak ramai, dan tak perlu beratur panjang dapatkan tiket!:-)

5 comments:

~izan~ said...

hehe..sama nk berkungfu jugak yer hehe...

IDAZS said...

heheheh, iman pun nak berkungfu juga ke?

- dieyana - said...

izan-ha'aa, hehehe

- dieyana - said...

idazs-kung fu jugak..hehhe

Iela Fazielah said...

teruja tgk wayang smapai kaku... tp bila kata best citer.. ila pun xsabar nak bw anak2 gi tgk la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...