Balik kampung minggu lepas, tengok rumah famili saya (Kampung Lemal), dah ada pagar baru weih ... hehehhe. Sekeliling, dah ada tembok baru, cuma belum cat lagi. Dan, pagar utama depan belum diganti baru. Insya-Allah, yang lain2 tu akan menyusul, kata Ba. Sebenarnya, rumah tu dah lama, lebih kurang 20 tahun lebih kot. Kami adik beradik kecik2 dulu, tinggal di kuarters guru je. Kata Ba, gaji guru dulu, kecil sahaja, sebelum duduk kuarters, menyewa sana-sini. Dah lama sikit, barulah dapat mendiami rumah sendiri. Dan, rumah yang didiami sekarang telah dibuat beberapa ubahsuai, tambah dapur di belakang, tambah bilik, cat itu ini. Dan, yang terbaharu, ganti pagar baru pula. Alhamdulillah rezeki yang diberi untuk Ba dan Ma.
Tembok/pagar baru-belum dicat
Ba pula, seorang yang sangat2 kreatif dan berseni. Anugerah yang diberi Allah Taala kepadanya, tidak disia-siakan. Landskap sekelililing rumah, Ba buat sendiri. Tapi sayang, anak-anak tidak mengikut kekreatifan yang ada pada Ba. Anak-anak tangan keras. Ahahahha. Gubahan/susun atur perabot dalam rumah pun, dialah yang uruskan. Ma saya langsung tak usik apa yang Ba buat!
Kepingan-kepingan kecil itu Ba yang susun letak.
Pernah suatu ketika dulu, musim orang tanam bonsai, kacuk bunga kertas. Ha, itu pun ayah saya suka. Macam-macam warna bunga kertas dikacuknya. Bonsai besar, kecik, pasu-pasu besar penuh di luar rumah kami. Dan, saya dan kakak, pandang aje, tak tau nak menolong apa. Paling rajin, setiap petang saya dan kakak akan bergilir2 menjirus bunga-bunga kesayangan Ba. Paling tak tahan, saya akan dengki kalau saya yang terlebih tugas menjirus bunga berbanding kakak saya (Along). Kata saya, "Ha, kemarin ore doh jiruh bungo, hari ni ore pulok, along la pulok" Hahhaha, tengok, betapa dengkinya saya dgn kakak saya!
Dan setiap kali orang bertandang ke rumah kami, bunga-bunga, landskap Ba menjadi pujian. Ada juga yang nak beli bonsai Ba, dengan harga beratus-ratus. Tapi Ba tidaklah menjualnya. Sayang, Buat penat2, buat apa nak jual kat orang, kita bukan berniaga, kata Ba.
Tetapi sekarang, bunga-bunga dah berkurangan. Tapi minat dan hobinya tak pernah putus. Kata Ba, sikit-sikit ajelah, janji ada. Kata Ba lagi, nak beralih tanam sayur-sayur pula di belakang rumah. Smile! Setiap kali kami anak-anak balik bercuti, ada saja hasil tangan Ba dibuat di sekeliling rumah. Ada saja perubahan yang dilakukannya! Kami adik-beradik sangat kagum dengan bakat yang Ba ada!
8 comments:
betul la,sgt berseni dan org kata kalau menanam ape2 then menjadi tgnnya sejuk hehe...
beruntung si ibu dpt suami yg kreatif dan rajin...
anak2 mesti banga. =D
k.diana,cantiknya rumah kpg k.diana.landskap sngat menarik.
rajinnye ba t.mcm llaki klate yg lain...
suka buang ms kt kdai kopi n asyik ngan burung je eh eh ter emo plak ;P
cantik sungguh...
izan-ha, alhamdulillah, bakat yang diberi Allah Taala. :-)
naniezara-heheh, semua tu 'kerja' ayah k.diana pagi/petang.heheh
SSL-alhamdulillah, ayah dieyana tak mcm jate2 lain duk keda kopi siang, malam. itulah kerja ba, ngutih2 hok ada luar/dalam rumah, heheheh.
cantiknyer pagar... berkenan... utng dieyana dpt ayah yg kreatif
Post a Comment