Monday, June 27, 2011

Hotpot Potatoes

Sesekali nak makan sesuatu yang berlainan, dari air tangan sendiri. (Kebetulan 2 minggu lepas, saya berpuasa-macam2 nak makan-itu ini, last2 jumpa resepi hotpot potatoes yang menambat hati saya untuk mencubanya). Tambahan lagi, apabila melihat resepinya sangat mudah dan melihat bahan2nya, seperti sedap. Apa salahnya mencuba kan (Mood rajin masak). Bahannya pun sudah ada dalam simpanan dapur saya. Resepi western yang mungkin telah diubahsuai bersesuaian dgn selera orang Malaysia. Resepinya saya ambil di
http://irmadilondon.blogspot.com/2010/05/hotpot-potatoes.html
melalui http://www.kongsiresepi.com/Western_Food/0/2/


Resepi dari 'irma di london':

Bahan-bahan :

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb **
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis **
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis.
Garam

Topping :

5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella**
Parsley. Takda pun tak pa.

Cara-Cara :

Bismillahirrahmanirrahim..

1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Kentang saya susun agak jarang. Saya sarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)
Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. Saya guna cheese biasa saja. Dah itu yang ada dalam peti ais. :)

Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.

Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.

Terima kasih 'irma di london', Dieyana suka hotpot potatoes ni, kena dengan selera Dieyana- gila kentang!



Sebelum bakar


Keju tak cukup, jadi, permukaan kentang tidak disaluti sepenuhnya. Dan, apasal hitam tu dieyana? ;-) W.pun hitam hangit, tapi sedap tau!


Pendapat saya, hotpot ni boleh makan begitu saja, dan kalau nak mkn dgn roti, pun sedap juga, roti arab, watever roti lah! roti gardenia pun sedap kot! ;-)



Jemput makan ;-)

++(Nota Dieyana-saya lebihkan kentang, mix herb saya tak bubuh sbb tak tau mcm mana rupa mix herb tu. Dan, saya guna minyak jagung sahaja (resepi asal guna minyak zaitun). Cili pun saya tidak bubuh. Keju mozarela, saya ganti dgn keju keping yang warna oren, sebab dalam peti kebetulan ada keju oren saja. Saya tak tabur parsley, tapi saya tabur sedikit oregano (tak tabur pun tak apa, tetap sedap).

3 comments:

Iela Fazielah said...

yaallah...nampak pun dah tau sedap... tp kentang xsesuai utk org diet.. sedihnyer

- dieyana - said...

iela-kentang tk sesuai utk org diet ke? ala, sesekali boleh aje...;-)

- dieyana - said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...