Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 1432

Dengan penuh sopan, terimalah kad hari raya saya kepada semua. Rasanya inilah kad raya yang sungguh cantik yang pernah saya hasilkan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


.

.

..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
.

.

.

.

..

.

.

.

.

.

.

.


^___^


Okey-okey, maafkan saya, ia tersangatlah comot! Al-maklum, esok saya dah cuti, jadi, saya tidak dapat menumpukan perhatian. ~__~ Tapi kan, nampak sesuatu tak pada wajah kami berempat? Tahi lalat di bawah bibir ... cumel kan! Rupa buruk bertahi lalat, dikatanya cumel! Oh, jiwa saya memang kacau. Okey2, kali ni saya serius:-


Saya ucapkan, selamat hari raya, maaf zahir batin, andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, mungkin ada bicara/penulisan saya yang membuatkan hati sesiapa terguris. Maafkan saya, ya!! Moga-moga Ramadan kita kali ini diberkati oleh Allah Taala. Adakah akan ada peluang untuk kita bertemu lagi Ramadan?? Tetiba rasa sayu pula ... moga Allah Taala memberi umur panjang yang penuh keberkatan untuk kita. Amin


(**Sesama kita: Hidupkan malam raya dengan ibadah yang dimuliakan Allah Taala ... bersolat sunat, berzikir. Semoga kita semua di bawah lindungan-Nya. Insya-Allah.)

Wednesday, August 24, 2011

Wafiy Lu' Lu ;-))

"Ama, pat (cepat) ama, ana lu!" Terus ke kerusi, badan kejung, berlunjur kaki, mata kelip-kelip, tangan digenggam lembut. Wah mu Wafiy, minat betul dengan Ana lu'lu. Dan, saya pun buat-buat minat jugak. ^___^ Ha, cepat Fiy, kita tengok Ana lulu, best nih! Saya pun turut meniru aksinya, badan tegap, tangan digenggam jugak, ^___^ Macam-macam la mu ni wei, Wafiy! Tak semena-mena, saya pun turut menonton Ana Lulu, dan entah bila saya terlena. Terlena bukan sebab bosan menonton Ana Lulu, tapi sebab memang saya mengantuk. T__T Sesekali seronok juga melayan Ana Lulu yang comel ... lepas tu ada hero tu, apa ke namanya? Kamal ishak? Ha ya lah kot.... Bangun-bangun aje, saya tengok, Wafiy pun turut terlentok ... hahaha, entah bila mu tidur Wafiy, mama pun tak tahu. Sebelum tu, setiap Isnin pula, cerita Supermak. Hahha, lakonan Nasha Aziz tu. Apa? Tak tau eh? ^__^ Saya layan juga tengok rancangan2 kegemaran anak-anak.

Ana Lu'lu-setiap Selasa, 9.00 malam di TV3


.


.


.


.


.


.


Wafiy Lu'Lu model ubat gigi cap Superhero?? ;-))

Hanya Sepotong Ayat

Pagi ni terasa terharu pula, turun dari kereta suami, mahu menuju ke LRT, melalui tingkap kereta, Iman cakap: Bye! Hati-hati ya, mama! Walau sepotong ayat, tapi terbit rasa terharu, kerana ia diucap oleh anak bujang saya! Biasanya kami bersalam2, hanya ucap bye dan beri salam. Dan saya, biasalah, pot- pet, pesan itu-ini, yang mana sempat. Tapi kali ni, si anak pula berpesan kepada si ibu. Syahdu terasa ... sepotong ayat itu masih terngiang2 di telinga saya. T___T



Hati-hati ya, mama!


**(Dan hanya kerana sepotong ayat drpd si anak juga mampu membuatkan si ibu terasa hati. Nauzubillah!)

Tuesday, August 23, 2011

Sudah Selesai? ^___^

Salam.


Apabila jarang2-jarang menulis, terasa kekok, kalau selalu menulis, bimbang orang bosan. Bebel ntah apa-apa kan. Ada yang suka, terima kasih, yang tak suka pun tak pe, terima kasih juga. ;-)) Suka dan tak suka, adalah perkara biasa. Ternyata akhir-akhir ini saya jarang2 menulis, kerana tak berapa nak rajin. Insya-Allah, bila dah rajin, jgn ada yang muntah pula ^__^ Tak ada apa lah, saja sembang-sembang, sebagai pembuka bicara untuk hari ini. Eh tetiba rasa macam kat pentas pula. Dah-dah bebel!


Persiapan raya, alhamdulillah, telah pun berakhir Sabtu yang lepas. Suami dan anak-anak dah selesai sebelum tu lagi, cuma hal saya yang belum selesai. Pagi Sabtu, berdesup ke Carefour Wangsa Maju, urus beberapa 'barang' raya saya. Alhamdulillah selesai. Pulang rumah, lepas solat asar, sambung ke One Utama pula, cari 'barang' saya lagi yang cerewet giler tu! Alhamdulillah, sekejap saja di One Utama, terus jumpa yang berkenan. Terus ambik, tak nak cakap banyak dah, terus bayar. Kemudian, cari tempat makan untuk berbuka puasa. Orang sangat ramai, meja dah penuh reserved. Nasib baik ada satu tempat makan yang masih ada meja untuk kami berbuka. Penang Flavour. Alhamdulillah, makanan di situ menepati selera kami. Suami makan nasi putih+sayur+ikan asam pedas. Saya-mee udang. Dan, untuk kedua beradik tu, saya ambik set apa ntah, tapi dalam tu, ada sate, 5-6 cucuk, pie tai (4 biji), popia (2 biji), dan satu lagi, mcm popia ada ayam (popia dipotong kecil). Dan, sebiji roti boy untuk Iman (yang dibeli di kiosk Roti Boy). Alhamdulillah rezeki Allah Taala. Dan paling penting, tidak ada pembaziran berlaku. ^__^

Kemudian selepas solat maghrib, pusing2 kejap, bagi can untuk Imanwafiy, dan mama dia sekali cuci2 mata...
;-)),


Dah, selesai nyoping2! Duduk 'diam-diam', tumpukan yang 'batin' pula. Leka dengan persiapan di sini, persiapan 'di sana', jangan dilupa pula, ye dak? Sesama kita beringat-ingat sebelum dijemput 'pulang'. Insya-Allah.



Mana mungkin balik raya Kelantan nanti, jalan lengang begini. Apa-apa pun, kepada semua berhati-hatilah kita di jalan raya, ya!


**(Tapi kata Hanapi, kalu sempat, kita g Alpha Angle-Jusco nok? Kata saya, la, ado lagi ko, nok cari gapo lagi? Katanya lagi, tok se g tak po,saya g sore. Oh, mungkin ada barang kecik2 yang dia nak cari kot. Lajulajulajulaju saya angguk, nak ikut juga! ^__^ Astaghfirullah-al-azim...;-))


Thursday, August 18, 2011

Sembang-sembang 18 Ramadan :-)

"Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal"


Eh belum Syawal lagi. >__<


Lama betul tak bersiaran. Biasalah, ada masa2nya mood tulis2 tk datang. Ekceli, ai sebenarnya sibuk. Kahhakahak hijau ... sibuk lah konon. sibuk nyoping! syyyy! tk abis2 lagi nyopping, pergi-balik, pergi-balik, 'barang' (saya punya) yang satu ni tak jumpa2 yang bekenan. Aduhai, penatlah! Berputus asa kah? Eh tidaklah. Itu semua duniawi saja. Lupakan. Pasal nyoping2 yang tak abis2 tu, biarlah, kalau ada rezeki jumpa yang bekenan, ambik, kalau tak de, tak pe, saya tak bersedih pun ... hehehe. Sentiasa sedapkan hati sendiri. T___T

Dah akhir2 Ramadan ni, kalau boleh, nak kaut perkara yang baik2 banyak2, selagi diberi peluang oleh Allah Taala. Insya-Allah. Mana yang baik kita jadikan ingatan, yang buruk2 jadi tauladan.

Apa khabar semua. Ha, baru nak bertanya khabar. Kami sihat2 aje. Ramadan dah 18 kan. Kejapnya masa berlalu. Tetiba rasa sayu, kalau boleh tk nak tinggalkan Ramadan. Sebab Ramadan ni, saya 'baik' sedikit, harap2 bulan bukan Ramadan pun, saya jadi baik. kihkhihk ... insya-Allah....mudah-mudahan.

Sebenarnya, saya dah mula malas2 nak masak2, (yang ni perangai tak berapo comey..heheh). Kata suami, "saya tak kisah ... ikan rebus goreng kicap+ulam pun boleh." hahahha, ai pun tk kisah yu! Sebelum tu, saya terjah bazar Ramadan. Beli nasi sebungkus seorang, cukuplah. Semalam pun, saya malas masak, kami buka dgn McDonald double gcb(delivery). Sedap? Bolehlah, kenyang perut. Alhamdulillah. Cuma, kalau boleh dan diizinkan-Nya nak buka puasa kat luar barang sekali. Insya-Allah.


Langsir segala bagai pun belum sempat nak ambik basuh. Tukar baru? Oh tidaklah! Kami baru je setahun lebih duk situ ... semua masih elok. Masih ada peluang, Sabtu dan Ahad ni untuk kami kemas2 rumah, kemudian minggu depan, Jumaat, kami akan pulang beraya di Pasir Mas. Insya-Allah....



Kepada semua, saya minta maaf zahir batin, kalau ada terkasar bahasa, tersalah laku, eh tetiba mcm dah nak raya. Tak mau lah ucap lagi. Nantilah, dekat2 nak raya nanti >__<


ImanWafiy 2010




Jaga diri hiasi peribadi. ;-))

Wednesday, August 10, 2011

Nasi Kerabu (Putih)

Semalam cerita pasal produk wajah, hari ni cerita masak-masak pulok. Apa pun boleh. Macam-macam ada dalam blog Dieyana, pasal diri, anak2, suami, keluarga, jalan-jalan, jadi ustazah sikit2, >_< , masak-masak cara orang tak reti masak, apa pun boleh. Insya-Allah. Yang penting, tiada unsur fitnah, tidak mengata orang. Jaga diri, hiasi peribadi! Eh tetiba >_< Balik kepada entri hari ni- menu berbuka Ahad lepas-nasi kerabu! Ni baru kali kedua buat, kali pertama: puasa 2 tahun lepas. :-)) Nak buat nasi kerabu, tak susah sebenarnya, tapi renyah sikit, hari cuti sempat la. Sambil2 golek2 depan tv, masuk dapur, pas tu golek lagi, masuk dapur lagi >_<


Okey, jom tgk resepi Nasi Kerabu:
Bahan untuk tumis (kuah)
Santan
Cili kering
Serai (ketuk)
Bawang putih
Bawang merah (lebih banyak drpd bawang putih)

Sedikit gula melaka
Asam keping(1-2 keping)
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Budu (3-4 sudu besar)

Cara:Kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah. Masuk semua bahan di atas. Masak sehingga pecah minyak, dan sehingga masak.


Bahan untuk Kelapa (Nyiur Goreng)
Kelapa
Ikan selayang / kembung(2-3 ekor)-rebus dan ambil isi (hancurkan)
Bawang merah-hiris nipis
Serai-hiris nipis

Cara: Goreng kelapa tanpa minyak, apabila kekuningan, masukkan isi ikan, hirisan bawang dan serai. Goreng sehingga kelapa agak garing.



Bahan Budu (Kalau tak make budu, tak payah buat yang ni)
Budu
Serai-ketuk
Asam keping
Sedikit air
Cara: Masak kesemua bahan di atas (5-10 minit saja).




Ulam-ulaman (ikut ulam kesukaan masing-masing)-hiris nipis
Daun kesum
Kacang panjang
Kubis bulat
Limau nipis (perah ketika nak makan, tk se pun tk po)
Nak pedas, boleh buat sambal. Saya hanya ambil cili dan hiris nipis.


.


.


.


.


.


.
.


Saya tak suka letak ulam/kerabu bnyk, skit2 aje ;-)

Senang aje kan? Tapi renyah la sikit, 2/3 benda nak kena buat. Nasi kerabu boleh dimakan dengan ayam goreng/ ayam bakar/ daging bakar/ telur masin/ puyuh goreng/ solok lada/ keropok goreng/ ikan celup tepung atau apa saja yang sesuai dan kesukaan masing2. Hari tu, saya hanya goreng ikan celup tepung dan keropok goreng sahaja. Untuk nasinya, boleh letak kunyit, jadi la nasi kerabu kuning. Kalau di kampung, makan nasi kerabu warna biru yang guna bunga/daun khas untuk nasi kerabu, seingat saya, rupa bunga/daun tu macam bunga morning glory. Tapi saya tak pasti, masih ada ke bunga/daun tu, zaman sekarang. Zaman sekarang orang letak pewarna biru kot ... uisy, tak berapa nk umphh mkn nasi kerabu biru dgn pewarna! Dan, untuk pencuci mulut hari tu, saya buat puding gula hangus/karamel!

Tuesday, August 9, 2011

SRG: Awet Muda, Pencerah Kulit

Semalam di Sogo, beli satu lagi produk Safi Rania Gold (SRG) iaitu krim kecantikan, RM 10.90. Apa yang saya rasa bila pakai krim kecantikan ni, kulit terasa sedikit ‘lemu’ (macam gebu2 gitu). Betul, tak tipu! Pertamanya, saya cuci muka guna pembersih SRG, kemudian, saya sapukan pelembap siang SRG, kemudian saya sapu sedikit krim kecantikan SRG. Tak perlu banyak, nipis-nipis sahaja. Simple kan? Pendapat saya, kulit muka yang kurang bermasalah, pakai saja produk yang simple, yang penting, ia sesuai dengan jenis kulit. Simple but nice! Amboi! >_< (Pembersih dan pelembap SRG saya dah guna 2-3 bulan yang lepas. Nak try krim kecantikan ni pula. Harap2 okey dgn kulit saya)

Sebenarnya muka saya tak ada masalah jerawat, sebiji-dua, itu biasalah. Cuma masalah kulit saya, ialah kering, dan kadang kala warna kulit muka tidak sama rata. Bintik2 hitam pun ada juga! Orang cakap, kalau muka kering, tak de masalah dgn jerawat, tapi kulit muka kering lebih terdedah dgn masalah bintik hitam atau jeragat. Kalau tak pakai pelembap, muka saya akan kering, gelupas, dan kusam! Tak suka!! Ermm, saya harap, penggunaan SRG ini memberi keselesaan kepada kulit wajah saya yang kering.

Produk wajah lain yang saya pernah pakai
Sebelum ni, saya pernah guna safi (bekas hijau putih), loreal, olay (paling lama), R n Z. Fair and lovely pun pernah pakai sekejap masa belajar. Tapi baunya agak kurang menyenangkan! Produk yang guna sebelum ni, memang tidak mendatangkan masalah apa2 pun. Saja gatal2 tangan nak try SRG pula. Terpengaruh dgn iklan pun ya juga, katanya, awet muda, pencerah kulit, yang lebih penting, sesuai dengan kulit wanita yang berumur 30-an ke atas. Lagi la merenyam nak pakai SRG. Mungkin selama hayat ada ni, biarlah saya kekal bersama-sama SRG. Harga pun berpatutan, dan sesuai dgn kulit. Satu lagi, katanya suci dan selamat.

Antara produk lain SRG (yang saya ingat), krim pelembap malam, gel pembersih , krim mata, penyegar, pelembap malam, skrub wajah.

Biasalah ada ketika kita rajin menguruskan wajah/muka, ada ketikanya, ‘lantaklah’, normallah begitu kan? Bukan mahukan apa-apa pun, Mahu sederhana sahaja tapi kelihatan segar dan tidak kusam. Dan saya berpendapat SRG menepati apa yang saya mahu! Kalau dah mata layu, ngantuk, apa nak segar lagi?Ahhaha. Aisy, saya betul2 ngantuk nih!

(Tetiba perasan model SRG. Apa pun boleh ... hehhe. Nantikan resepi Nasi Kerabu daripada model baru SRG. ahhahah )



Wajah saya selepas menggunakan produk SRG




.


.


.


.


.
.



.




.



.




.



.




.



.




.



.




.



.



.



.






.




.



.



.



.






T___________________T




(**Semalam, puasa Iman hanya separuh. Balik sekolah, kata pengasuhnya, Iman mahu puasa pagi saja, tengah hari Iman makan. Hhehe, apa2 pun boleh lah Iman ;-)))

Monday, August 8, 2011

Ayam Percik

Ramadan ini, tak dapat bertukar2 makanan, apa salahnya kita bertukar2 menu/resepi kat blog kan? Manalah tau, update resepi/makanan, memberi idea kepada orang lain nk masak untuk berbuka nanti. Walaupun saya bukan chef, tapi apalah kiranya kita berkongsi2 resepi pada bulan mulia ini. Chewah! Ala, masak cara orang2 kampung yang tak berapa nak reti ni ... heheheh. Tapi kalau tak sempat @ tak nak masak @ penat, boleh aje beli kat bazar Ramadan. >_<

Ayam Percik Hanapi



Bahan yang sepatutnya kisar, Hanapi tumbuk, itu sebab cili kering kelihatan kasar. ;-)

Bahan untuk Kuah
Bawang putih-kisar
Bawang merah-kisar
Lada kering- kisar
Halia-kisar
Serai (ketuk)
Asam keping
Santan
Garam
Gula


Bahan untuk Ayam
Ayam
Halia-tumbuk
Bawang Putih-tumbuk
Garam
Santan cair




Cara Membuat


1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, juga masukkan serai, santan, asam keping, garam, gula. Masak sehingga santan ‘pecah minyak’, pekat (sehingga kepekatan yang diingini).

2. Ayam diperap besama-sama halia, bawang putih dan sedikit garam. Masak bersama-sama santan cair.

3. Apabila ayam masak, Toskan ayam dan bakar. Semasa membakar, lumurkan kuah yang dimasak tadi atas ayam (2/3 kali)

4. Bila ayam sudah 'terbakar garing' (ayam memang sudah masak sebab dah rebus dengan santan cair tadi kan), curah kuah yang dimasak tadi ke atas ayam, dan boleh dihidang.

(Nota: Jika tiada bahan pembakar, ayam yang diperap tadi boleh juga digoreng)

Pagi 8 Ramadan


Iman: Mama, berapa hari lagi kita nak raya?


Mama: Lambat lagi Iman.


Iman: Berapa hari lagi?!


Mama:Banyak! 22 hari lagi.

Iman: Mama, Iman nak puasa lah hari ni!


Mama: Eh, Iman tak makan sahur pagi tadi, nanti lapar.


Iman: Tak pe mama, Iman dah minum susu banyak.

Mama: Okey, kalau Iman lapar, Iman makan lah ya!


Iman: Tak nak makan, Iman makan nanti azan la mama, macam mama dgn papa, makan petang nanti.


Mama: Okey, tapi kalau Iman sakit perut, lapar, Iman makan ya! (Saya tetap bertegas suruh dia makan).


Iman: Kalau sakit perut, Iman berak la! (Tersengih-sengih)


>_< pandai jawab!


Mama: Iman puasa esok la, esok Iman bangun sahur pagi, makan nasi ke, roti ke....

Iman: Tak pe lah mama, hari ni la. Hari ni, Iman tak nak makan, tak nak korek hidung, tak nak cakap banyak!


>_<

Friday, August 5, 2011

Sagu Ramadan

Pencuci Mulut Selepas Solat Terawikh ;-))


Asas=Sagu+Gula Melaka+Santan (Santan saya tukar susu cair). Tetapi kali ini, ada tambahan dan kelainan oleh Hanapi >_<


.


.


.


.


.


.


.

.

.


Masukkan 3-4 sudu besar air Yogurt Bliss Strawberi/apa saja kesukaan masing2 + aiskrim perasa vanila/coklat, dan coklat rice warna warni sebagai hiasan. Pada mulanya, saya ragu2 nak makan, "sedap ko nih?!" Sekali saya try, berkali2 rasa nak ulang makan! ;-)) Kata Iman, "nanti papa buat lagi ya, mama buat tak sedap, papa buat sedap!" Sambil menjeling2 tersengih ke arah saya. "Wah!! Okey la kalu gitu, papa masak, mama tengok tv!" Amacam?! >_<


Dan tak lupa saya hulurkan semangkuk kecil kepada jiran depan rumah. Sesiapa yang nak, marilah jadi jiran saya! >_<

Thursday, August 4, 2011

Kek Durian

Kek durian ni dah lama saya buat, sebelum Ramadan menjelang, tatkala saya mengganti puasa. Kalau kek ni masih ada, memang sah la basi kan. Tapi resepinya belum basi tau! >_< Apabila suami saya beli durian dan ada lebih, terus saya teringat kek durian DDK . TQ Idazs! Sedap kek durian mu! Kurang manis, lembut dan rasanya lemak2. Biasanya, kalau ada durian lebih saya akan buat cekodok durian, tapi kali ni, kasi umph sikit, kek durian! ;-))



BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi, (mat guna jenama Anchor) (idazs guna jenama SCS) =dieyana guna buttercup
100 gram gula halus @ gula kastor
2 biji telur gred "A"
150 g tepung roti (mat guna tepung gandum)* (idazs guna tepung kek) =dieyana guna tepung gandum
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
40 g serbuk badam
35 mililiter susu segar (mat guna susu sejat "IDEAL" =dieyana pun guna susu sejat)
150 g isi durian, dilecek halus
Badam keping untuk hiasan (idazs gantikan dengan chocolate chip) =dieyana guna badam- goreng tanpa minyak.

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 3 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar dengan kertas minyak. Satukan tepung yang telah diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan teru memutar hingga kembang, jarak waktu untuk 1 biji telur ialah 1 minit. Masukkan puree durian dan putar sebati.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung + serbuk badam tadi berselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar rata.
4. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur badam keping secukupnya atas adunan kek. Bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan.


**Nota Dieyana:Hari ni mood malas2 masak mula menyerang, jadi petang ni masak yang paling senang aje, tomyam campur+telur bistik. Insya-Allah. Cukup lah tu. Kuih sagu semalam masih ada dlm peti ;-))

Awal Ramadan: Suami Misali? :-))

Ramadan Pertama, teringin nak buat ayam percik. Tgh hari di pejabat, saya telefon kakak saya, tanya resepi. Dgn semangat waja, beli bahan nak buat ayam percik. Ketika dlm perjalanan dr opis ke rumah, dengan panjang lebar saya bercerita kat Hanapi, nak buat ayam percik. Diam saja Hanapi. Setuju la tu kot :-). Sampai rumah, g dapur, -Baca dgn nada terkejut: Wah! Sup ayam! Hanapi dah masak sup ayam. Oh, TQ Allah, tq Hanapi.... Dan, tugas saya, goreng telur dadar, dan ayam goreng kunyit, air-teh O panas, dan kemas apa2 yang patut di dapur (biasalah kalau lelaki yang masak kan)

Ramadan Kedua-Di pejabat, saya mesej Hanapi, "Hari ni saya nak buat ayam percik tau, balik sekolah nanti, wat tubik ayam deh." "Okey."

Balik rumah, buka pintu, eh ada bau la!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




Wah!! Ayam percik!! Kahkahkahkah, rasa nak peluk tiang. Ringan kerja ai petang ni! Tq Hanapi! Sengih sampai ke telinga lega ahhhh indahnya berpuasa! >_< Dan, saya menyediakan tempe, with suhun, fucuk; dan goreng daging sikit. Air-soya kotak sejuk


Apa-apa pun untuk dua hari tu, terima kasih ya, yu! Ringan kerja ai! Harap-harap ada hari2 lain, yu rajin lagi. Insya-Allah....>_<

**Nota Dieyana-Awal-awal Ramadan masih bersemangat dan idea mencurah2 nak masak itu ini. Entah sampai hari ke berapa boleh bertahan ni.... ;-))

Wednesday, August 3, 2011

Terima Kasih, Ma!

Seperti Ramadan yang lepas-lepas juga, TENTANG SAHUR- sudah menjadi rutin setiap sahur, Ma akan mengejutkan kami bersahur. Kelihatan kami seperti anak kecil kan? Dah besar panjang pun masih dikejutkan oleh Ma tiap pagi untuk bersahur. Tapi kami adik-beradik seronok dan sangat berterima kasih kepada Ma kerana tidak jemu2 kejutkan kami bersahur. Memang dah kunci jam pun, tapi biasalah, sesekali terbabas juga. Terima kasih Ma! Sesekali kami laki bini, terlupa kunci jam, tapi Ma menjadi penyelamat kami! Mesej daripada Ma: "Bangun Na!" Kalau tiada balasan dari saya, Ma mesej lagi: "Bangun doh ko, Na?" :-)) Terus balas mesej dgn mata yang masih terpejam.... >_<

Bingkas bangun menyiapkan apa2 yang patut untuk bersahur.... Dah jadi bini orang, anak dah dua, jangan buat perangai tak bangun sahur! Kalau diri sendiri tak nak makan nasi sahur, kena pikir suami yang memang makan nasi setiap kali sahur! Hheheheh



TERIMA KASIH MA!


Agak-agak, gambar di atas ada tak saya kelihatan seperti budak sekolah darjah enam??? (Sukar kan nak jawap soalan ni?) >_<

Tuesday, August 2, 2011

Mesti Ada!

Mesti (Wajib) ada setiap kali Ramadan! Tidak kira jenis kurma apa pun, asalkan ia buah kurma! (Kalau ada kurma sedap yang mahal tu, lagi syok, heheh. kalau beli sekotak okey la, kalau berkotak2, fengsan!;-))) 1-2 biji untuk berbuka, sahur pun 1-2 biji.
Teringat ketika berpuasa Ramadan yang lepas, tatkala masih menyusukan Wafiy, berkotak2 saya beli, kerana kurma dikatakan dapat memberi susu yang banyak untuk ibu menyusu (insya-Allah dengan izin-Nya). Ketika itu saya mengamalkan 7-8 biji kurma dari waktu berbuka, sebelum tidur, dan bersahur. Dan, ada ketikanya, saya buat jus kurma blend (susu segar+sedikit saja ais+buah kurma=blend). Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik pada bulan Ramadan walaupun ketika itu saya menyusukan anak, dan di pejabat saya tetap meneruskan mengepam susu (tidak kira berapa hasil (oz) yang saya dapat).

Antara khasiat buah kurma:

Khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sumber:http://permai1.tripod.com/kurma2.html



**(Nota Dieyana:Tentu ada yang mengamalkan buah kurma, bukan saja pada bulan Ramadan saja kan?)

Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadan

Harapan Ramadan

Ku mengharapkan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


(Sumber: liriklagu.com)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...