Wednesday, May 16, 2012

16 Mei=Jasa Cikgu Dikenang!

Selamat hari guru, Cikgu Hanapi (suami saya), Cikgu Mohd Nor (Ba saya), waima dah pencen, Ba tetap cikgu selama-lamanya. Dah pencen pun orang panggil cikgu ... bangga kan jadi cikgu, jasa cikgu sentiasa dikenang. Bangga jadi anak cikgu? Mestilah! Tak de orang berani kacau/nak ngorat. ^_^ Saya takut kat Cikgu Nor, sebab Ba cikgu Matematik yang garang! Ehhehe, kerja sekolah tak siap, tak kira walaupun anak, tetap kena denda! Anak Cikgu Nor kena denda sebab tak siap kerja sekolah? Malu weih kat kawan2 dan cikgu2 lain juga, berminggu2 malu tak hilang ... hahaha. Dalam garangnya pun, kadang2 Ba kelakar, suka buat lawak kat murid2 dia. :-)

Untuk cikgu-cikgu saya yang lain, selamat hari guru, jasa cikgu dikenang! Untuk kawan-kawan saya yang majoriti jadi cikgu, selamat hari guru (saya pun sebenarnya berkali2 minta nak jadi cikgu, program KPLI), tapi tak de rezeki.... ;-) Dan, semua guru di Malaysia, Selamat Hari Guru!

Semalam, tak rancang pun nak beli hadiah untuk cikgu2 sekolah Iman, tapi bila ingat tahun ni tahun terakhir Iman di Genius Aulad, eloklah Iman beri sesuatu untuk cikgu-cikgu di GA Wangsa Maju. Last minute kan, tak tahu nak beli apa ... inilah yang dapat. Rasanya okey sangat dah ni.... (Teringat zaman sekolah dulu, kalau hari guru, hadiah yang selalu saya beri kat cikgu, tentunya, sabun mandi, tisu, atau pen yang harganya 40 sen, beli dua, merah dan biru ... bangga dapat beri hadiah untuk cikgu ;-)



Dan paling istimewa ... hadiah ikhlas Iman berupa tulisan ucapan Teacher’s Day untuk guru kelas kesayangan, katanya. ^__^ “Mama, mintak kertas satu, Iman nak tulis untuk Teacher Siti.”


Suami saya pula, tak de hadiah special tapi dia minta saya buat puding trifle, katanya ada pot luck kecil di bilik guru. Demi Cikgu Hanapi ... ai buat puding trifle satu bekas.... ;-) Anak murid ramai, petang karang dapatlah hadiah tu, itu pun kalau ada yang nak bagi ... ^_^)

Hak kecik2 tu, untuk saya dan anak-anak makan ;-)

"SELAMAT HARI GURU!" (Ingat senang ko nak jadi cikgu? Dah la panas dalam kelas, panas dalam hati lagi ... ye dak... tambah lagi cikgu zaman sekarang ni, sangat mencabar! Bertabahlah cikgu2! ;-)

5 comments:

izla said...

sy pon last minit carik hadiah untuk cikgu aiman.

Qhaifa Nur said...

begitu istimewa nih...

Iela Fazielah said...

wah..meriahnyer hadiah nak bg cikgu...ila betul2 terlupa....esok la br cr brg utk bg kat cikgu syafiqah n irfan...

xlupa utk cikgu hanafi a.k.a huby dieyana....selamat hari guru ye.....terus ila rs nak buat triffle tu jugak...yum2..sedapyer!

IDAZS said...

selamat hari guru untuk mr.hanapi. heheheheheh

lucukan hadiah kita dulu2. tapi sekurang-kurangnya kita ada insiatif juga nak bg hadiahkan? hahahahah

waaaa, hadiah banyak, puding triffle pun maveles! nyum-nyum

lovely said...

seronoknya jd cikgu kan.. tiap2 tahun dapat hadiah dr anak murid..
sweet sangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...