Friday, May 18, 2012

Dialog Suami Isteri

Perbualan suami isteri beberapa bulan lepas-dialog SUAMI MEMINTA PERSETUJUAN ISTERI, yang telah dipendekkan, ditapis serta ‘diterjemah’ daripada ‘B.Perancis’ kepada B. Melayu secara kasar ^__^

Suami: Ikut kalendar, dah boleh ni, ‘sede molek’ (sedang elok) hujung tahun ni, saya cuti panjang, boleh jaga awak.

Isteri: Erm.... (Agak kurang setuju)

Suami: Saya pun boleh duduk lama kat kampung (ada unsur penting diri ... ehhe)

Isteri: Cuti sekolah awal tahun depan lah, tak pun cuti sekolah hujung tahun depan, letih la.... (alasan ... heheh)

Suami : Cuti pendek tu ... hujung tahun ni la, panjang sikit. Hujung tahun depan lambat, umur awak 35 doh tu!

Isteri seperti mahu setuju kerana teringat umur sudah hampir ke 35. Apa, 35?! Umur banyak, risiko pun banyak...

Isteri: Erm.... (dah mula setuju ;-)

Perbualan di atas tentang masa depan.
Mengikut 3 faktor ini:

(i) Anak kedua sudah berumur 4 tahun,
(ii) Umur isteri semakin meningkat, dan
(iii)Kedua-dua anak mereka, lelaki,

Kesimpulannya, SILALAH TAMBAH ... ada rezeki, perempuan la pulok, deh.... ;-) Amin.

Interframe lagi ;-) =Gambar tahun lepas

Ya saya SUDAH BERSEDIA untuk menambah! ^_^ Dan, alhamdulillah, hari ni, kandungan sudah berusia 14 minggu ... JUGA BERSEDIA untuk kongsi cerita gembira dgn teman-teman di sini. Bukan tidak eksaited, sangat2 syukur atas pemberian-Nya. Saja nak lambat2 kan hebohan ini ... mahu lebih tenang dan releks, cewah ^__^. Saya lebih suka bersikap demikian (masing-masing punya cara tersendiri), nanti besok2 biar mereka tahu sendiri ... tgk2 perut dah ke depan. ^__^

Keluarga, keluarga saya dan keluarga suami pastinya group pertama yang mengetahui, dan di opis ni pun, hanya beberapa orang teman saja yang diberitahu. Dan, ada yang perasan perubahan diri saya. Bila ada yang bertanya, “mu peknen ke? Saya sengih dan angguk. “Insya-Allah,” kata saya.... Tetapi mengandung kali ketiga ini sgt2 berlainan dan agak mencabar berbanding mengandung pertama dan kedua. Ada peluang, saya akan kongsi2 kan nanti. Insya-Allah. (Alhamdulillah, kehamilan saya yang ketiga ini, suami saya sangat2 prihatin dgn saya ... saya terharu! =^_^=
(Mood: Gigi sakit/berdenyut=mahu jumpa doktor gigi tengah hari ni! )

7 comments:

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah rezeki...

ayat power dari hubby rupanya...
umur kita pun dah makin naik, teringin pula nak dapat baby girl kan..kan...moga selamat semuanya

edane said...

tahniah!

setuju sgt. he he he.. saya yg 5 bulan ni pun masih yg btanya "akak nampak siti gemuk la" hihihi.. sipu-sipu ai malu! he he he...

Sue Abd Aziz said...

Diana.. congrats ye... Napok doh lain mace jah... hahahahh. Jago molek2 deh... (dale hati ada taman la tu...hehehehh). Gurau jah.

SYANI said...

Tanhiah..tahniah... Jelesnya tengok orang mengandung. Saya & hubby pun dah ready sejak bulan 1 hari tu tapi nampaknya takde rezeki lagi...

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh tahniah. kalo dpt baby girl, mesti bestkan

Aida Salleh said...

Agak dah sbb bunyi lain macam je...hehehehe....tahniah dik. semoga awak dan baby sihat selalu hendaknya.

Unknown said...

alhamdulillah... saya doakan baby girl untuk awak...semoga awak dan baby selamat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...