Friday, May 11, 2012

Tidur Bilik Sendiri

Antara misi 2012-Asing tempat tidur.

Bayangkan 4 beranak tidur satu katil ... ada yang menyenget ke sini, menyenget ke sana dan ada yang terpaksa berkorban tidur bawah (suami ai la tu) ^__^

Alhamdulillah, lebih kurang sebulan lebih, Iman dah tidur bilik sendiri. Katanya, “Iman TAK SANGKA la, mama, Iman dah tidur bilik sendiri, ada katil sendiri.” (skema betul ayat Iman). Tapi ada masa ‘cerele-cerelop’juga. Apabila jadual suami saya main badminton-dan pastinya pulang lewat-1/2 pagi:- “Mama, papa balik lewat malam ni, BIAR Iman teman mama tidur,” Atau hari-hari lain:- “Mama, APA KATA malam ni Iman tidur bilik mama, lama tak tidur bilik mama.” (bab mengayat, nombor satu). Macam2 alasan.

Sebelum ada cadar-lapik je dengan kain yang mana ada...heheh

Kami suami isteri tidaklah terlalu mengetatkan peraturan, ada masa-masa dia nak tidur bilik kami, tak kisah. Dah besar besok, rindu pula nak tidur dgn anak2. Sekurang-kurangnya sifat berani tidur sendiri ada dalam dirinya.


Pesanan sebelum tidur, “Mama jangan tutup pintu bilik mama tau!” Untuk adik pun ada pesanan berupa amaran, “Wafiy kena tidur dengan abang, jangan tinggal abang. Kalau tak ...!” ;-))


Wafiy turut teruja sebab ada part untuk dia....

Awal2 tu, Iman perlu ditemani, saya gilir2 dgn suami ... dah lena, tinggallah Iman sendiri di biliknya. Kalau tersedar tengah malam, terpaksa la saya/suami g teman lagi. Tapi Iman jarang2 terbangun tengah malam ... yang kerap bangun - 2/3 kali satu malam-Wafiy. Adui, penat mak, nak susu/nak kencing... (Sesekali saya/suami turut lena di bilik Iman sampai pagi, ;-)).

Tengah malam-Iman seorang, Wafiy dah terkedek-kedek ke bilik saya ^__^

Awal2 masa pindah rumah teringin nak beli katil yang ada corak kartun ... tapi bila difikir2, utk jangka masa panjang, elok beli plain, boleh pakai lama dan kayunya nampak tegap dan kukuh. Di kedai perabot, suami tunjuk katil kayu warna gelap, tapi saya berkenan yang ini, putih lebih match dengan dinding biru. (Katil yang kami pilih ni ada warna putih saja). Dan, untuk menjimatkan ruang bilik yang kecil, saya beli katil tarik bawah.... (Kami beli di kedai perabot biasa – Katil+dua tilam: RM 900++)


(**Dua hari lepas dapat cadar Ben 10 dan Angry Bird-order dgn kawan opis. Cadar+sarung bantal+sarung bantal golek=RM 30). Lagi bersemangat Iman tidur sendiri. (Nak Doraemon, warna biru, match dgn dinding, tapi kata kawan tu, entah bila dapat).


Ruang tamu dan setiap bilik, langsir dipasang dari atas (siling) ke lantai-untuk menampakkan ruang antara siling dan lantai, tinggi (kata pakar hiasan dalaman).

(Jarak antara bilik2, tak jauh, satu langkah je pun.... ^__^)

9 comments:

Masya said...

seronokkan tgk anak ade bilik sendiri dan lebih berdikari tdo sendiri.. x sabar nak deko blk anak jugak...

mama tim said...

diyana bagusla anak diyana dah boleh tido bilik sendiri..

anak2 akak baru awal thn aritu belajar tido bilik sendiri hikhikhik..

~aYu~ said...

xtau la bile anak dara solung sy tu leh tido bilik sndiri.. puyela penakut. huhu

IDAZS said...

hebatnya iman dah tidur sendiri. Zarin ni tataulah, tak puas lagi duk celah ketiak mama dia. hahahahaha..

betul tu kak, nanti rindu nak tdo ngan anak-anak.

izla said...

saya pon bercadang nk beli katil mcm tu gak. murahla dapat rm900. saya survey harga semuanya >rm1000.

Iela Fazielah said...

dieyana...cantik giler bilik diaog...jeles ila...bgs bebdk tu nak tido blk sendiri...misi ila sama jugak nak suruh bebudak tidor bilik snediri tp...kena ada aircond br diaorg nak tido...mslahnyer aircondnyer xpasang2 lg...

Ummu Madihah said...

Cantik decor bilik, biru dengan ungu! Memang anak-anak elok dibiasakan ada bilik sendiri agar lebih cepat berdikari. Bila mrk dah besar takkan nak kongsi blk ngan mama ngan abah lagi, kan - jangan sampai lupa mama ngan abah perlu privacy, kalau x mana nak dapat adik perempuan pulak, he he!

ieda said...

alahh comel
cantik katil
alhamdulillah iman dah berani ngan adik tidur sendiri ..
syukur
anak2 akk yg perempuan pakai katil macam nielah .. cuma akk buat sendiri yg bhg bawah tuu , suami buat dgn besi ;)

cantik warna putih kan , nampak sucii aje ;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestnye anak2 ada bilik sendiri.. taks abar nak pindah sbb ila pun nak anak2 tdo sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...