Wednesday, May 2, 2012

Suami di Dapur

KEBANYAKAN suami yang masak-masak: Dapur tentunya kecah ... dinding penuh minyak, lantai 'belemin' (berminyak). Singki penuh pinggan mangkuk tak berbasuh ... penggunaan bawang, tentunya banyak. Katanya, bubuh bawang banyak, sedap. Tambah-tambah bawang besar kuning tu, wajib bubuh, manis katanya. Isteri: Tarik nafas, lepas, sesudah suami siap masak, isteri wajib kemas, sambil mulut bebel-bebel (bukan tak ikhlas, tapi dah perangai orang perempuan, mulut suka bebel.... ^__^ Suami pula lepas masak, lepas penat (kononnya) di kerusi sambil tengok surat khabar/tengok tv.


Tapi saya tahu, ada lelaki tak macam tu, lepas dia masak, terus kemas. Tapi kalau jadi kes macam di atas, isteri bebel, bebel juga, tapi isteri kena syukur banyak2, sebab suami dah tolong masak kan! Sambil kemas, sambil bebel, tapi pujian tak lupa diberikan kepada suami yang sanggup turun dapur "Sedap yu masak ni...." (Dengan harapan, masak la lagi esok-esok ya! ^__^)


Saya tanya suami, "awak bubuh apa?" Katanya, "entah, saya campak-campak jah!" :-)




SIAKAP MASAK AIR ASAM BOI. Itu nama yang saya suka-suka letak. Entahlah, nak kata singgang, tak singgang. Nampak ada serai, bawang segala bawang dibubuhnya, halia, lengkuas, cili (nak pedas), sebiji asam boi, asam limau pun dibubuhnya juga. Nak stim pun boleh, kata suami. Memang selera saya sekarang lebih kepada masakan berasaskan air/sup. Singgang memang saya sangat2 tidak suka, tapi alhamdulillah, masakan air yang ni, bagi saya sedap (terasa masam-masam asam boi ;-). 2-3 hari suami ulang masak macam ni. Selain ikan siakap, boleh juga ikan kembung, ikan selar. Kadang-kadang suami masak SUP AYAM KAMPUNG. Alhamdulillah, lega mak encik bila pak encik masuk dapur. Alhamdulillah, mak encik suka, anak-anak pun suka! TQ ya! :-))

** Walaupun masakan berasaskan air ni paling senang, tapi saya kurang pandai, kalau saya masak, tentunya ada yang tak kena, rasa lecas/leweh/payau jah...;-)

7 comments:

Qhaifa Nur said...

suami masak main campak-campak pun sedap kan..kan..

saya kat umah suka hubby yang masak hik..hik..tapi bab kemas dia tak nak...

sedapnya masak stim nih...

Alin Marlini said...

Encik Suami kita kalau masuk dapur dah tahu pernagai isteri dia..pandai masak pandai kemas..hehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

singgang, menu feveret en. abah. hari2 pun takpa.

Mrs. Norrie said...

nampak sungguh menyelerakan...tahniah kpd suami anda....

Ummu Madihah said...

Wah, nampak sedapnya! Biasanya kalau org lelaki masak sedap walaupun main campak-campak saja. Bab mengemas, yg kat rumah ni, sorilah, itu bab kita, samalah, mulut bebel!!

Iela Fazielah said...

bukan senang suami nak turun dapur ni...tp suami dieyana mmg rajin la.... suami ila pun suka msk stim2 mcm ni...

- Suraya - said...

terliur saya... betul kata Ummu Madihah tu... biasa orang lelaki masak memang sedap...tapi bab berkemas kitalah kena buat... biasa mulut nak juga membebel tu... tapi bersyukur juga dia nak tolong kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...