6 Mei lepas, berlangsungnya hari sukaneka Genius Aulad Wangsa Maju dan Kota Damanasara di FRIM Kepong. Sungguh bersemangat Iman! Saya pun turut bersemangat, pertama kali tengok Iman main sukan, haruslah teruja! (Biasalah, mak-mak memang eksaited berbanding pak-pak ;-)
Awal pagi-pendaftaran, (sarapan diberi kepada setiap keluarga) kemudian dimulai dengan bacaan al-fatihah, diikuti ucapan ringkas principal Wangsa Maju dan K.Damansara seterusnya ikrar teachers, ibu bapa, dan student.... (Sebelum tu, Teacher Wan (namanya), datang ke arah suami saya, "Nak minta En Hanapi baca doa, ya?" Saya dah sengih2, suami saya tersipu2, 'maaf la teacher..bla bla...' saya dan suami gelak2, "Agaknya teacher ingat awk ustaz kot?" Dah banyak kali suami saya terkena situasi mcm ni, agaknya faktor janggutnya yg lebih tu? Hehheehh. Baca doa makan, bolehlah, teacher, tak pun doa naik kenderaan, aci gitu? ^_^)
Wafiy yang malu-malu, 'tepek' jah dgn papa dia
Sebelum memulakan acara, warm-up sikit. Kemudian terus dgn acara sukaneka. Wah, seronok tengok gelagat kanak-kanak. Wafiy, tak nak main, malu2. Katanya, nak tengok abang je! Satu acara je Wafiy main-kutip coklat, itupun kena paksa dgn papa dia. 2 biji je dikutipnya. Katanya, satu untuk Wafiy, satu untuk abang. -__-
Bawa bola pingpong dalam sudu, kotak beracun, 'rebut kerusi'.
Sambil rehat2 bawah khemah, tiba2 wartawan Adik di 9 (TV 9), datang rapat, "ini anak puan ke? sambil tunjuk ke arah Iman. "Ha'aa, ya." Sambil tersengih2, dengan harapan Iman masuk tv. Terus wartawan tu rapat kepada Iman, "kakak nak tanya sikit, jom" "Tak nak!" Isy, apa daaa Iman nih, orang bagi masuk tv tak nak, "nanti mak juga yang bangga, nak...." Ahhahahah, saya pula yang lebih2..;-)
Yang menang, tentunya dapat hadiah, tak menang pun, dapat hadiah juga - semangat untuk kanak-kanak. ^_^
Teachers (Wangsa Maju)
Tamat Field Day, konon2 nak jalan-jalan dalam FRIM, kata suami, di atas sana ada air terjun cantik. Tak sempat nak tengok pun, cuaca mulai gelap (hujan). Terus balik! Sampai rumah 4 beranak 'pengsan', keletihan. Tapi seronok! ;-)
5 comments:
meriahnya sukan budak²... suke tgk.. sporting jer join sukan.. oklah tu.. ade budak malu nak join sukan2 kan...
cikgu2 baju siap dot.. dot... cantikk
adoi..kelakar la wafiy..kutip gula2 2 bijik je... tp seronook la sukan budak tadika kan? tadika syfiqah mmg xde sukan la....tunggu tska irfan buat sports day...
Wahhh..bestnyer..mmgmeriah sgt!..:-)
seronoknya budak2 ..
anak akk zahrien semalm sukannye
siap bawak balik adiah buat ibunyeee
ekeke padahal dia yg menang dlm sukan tuu , bukan main suke balik2 aje tarik tangan cakap ada adiah utk ibu ekeke .. lucu & terharu ;)
tahun lepas aiman tak dapat ke sukan tadika sebab demam. harapnya tahun ni boleh join.
nampak meriah sungguh!!!
Post a Comment