Thursday, May 17, 2012

Yukids Island, The Curve

Lain yang dihajati, lain yang pergi. Konon2 pagi2 Ahad lepas mahu ke Genting Highland. Lapan pagi anak-anak masih nyenyak tidur. Mahu naik Genting, haruslah pagi2, taklah pening cari parking nanti. Batal saja! Hampir pukul 9 pagi kami ke Pasar Tani, Danau Kota, beli apa2 yang patut. Lepas ke Pasar Tani, bersiap2 mahu keluar-dengan niat mahu bawa anak-anak bergembira (mak juga, dah lama mak tak keluar bergembira...ehehh). Keputusan, The Curve, sudah! Pukul 11.30 sampai sana, terus tuju ke Yukids Island, Level 2 (tak silap saya).

Pintu masuk

Tak nak masuk, boleh duduk-duduk di kerusi bar di luar 'taman'. Macam lelaki berbaju hijau dan kanak-kanak kecil berbaju kelabu. Sila fokus! ^_^


Bayaran masuk : RM 30 (untuk kanak-kanak). Ibu bapa yang menemani, free.
Syarat: Perlu pakai stokin.
Ada ruang boleh sambut birthday dengan pakej bayaran yang ditetapkan.

Kebetulan kami pergi, keluarga India sedang menyambut birthday anaknya. Tetamunya ramai anak mat saleh dan sikh=comel2! ;-)


Budak kecik tak nak masuk. Katanya, "Wafiy nak masuk nanti orang tak de!" ^_^ Nak tunggu orang tak de, sampai malam pun tak masuk. ;-)


Bila Wafiy tengok saya masuk-terus nak masuk juga! Pulok doh ...


Kononnya tadi Wafiy tak nak masuk sebab orang ramai-malu. Dah masuk, terus lupa...;-) Tapi memang berkepit aje dengan abang....

Pendapat saya, permainan yang ada agak bosan dan tak banyak ... cth: belon2 terapung, mungkin agak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Bayaran bagi saya agak mahal - mungkin faktor mall kot? Jarang2 sangat saya bawa anak-anak ke tempat gini, paling tidak, bawa ke pusat permainan yang guna token tu, beli RM 10 untuk dua beradik tu, puas main. Lalalala....


Tapi kata Iman, "Iman suka la mama. Best, nanti cuti-cuti kita datang lagi." Sebenarnya saya tengok, part yang Iman/Wafiy suka - tempat loncat2, 'neting-neting' tu aje pun. Balik-balik main hok sama jah...;-) Tak pe lah kalu lagu tu, yang penting Iman dan Wafiy suka, mama pun bahagia.... (Ewah, padahal mu tak tahu Iman, penat mama/papa tunggu 2 jam, heheheh.)


Mak nak interframe juga! Jeling bukan main! (Dah gemuk sikit kot? ^_^) Jeans dah tak boleh pakai, gali2 cari seluar lembut2/getah...;-))

2 jam dalam tu, masing-masing kepenatan/kelaparan, masuk Secret Recipe ... hah, lega perut diisi, Alhamdulillah. Kaki mak nak jalan lagi, tapi mak dah mengah/pening orang ramai, anak-anak pun keletihan, balik sudah!

15 comments:

Qhaifa Nur said...

ada dengar dari kengkawan tempat2 gini bagus...harga berpatutan

nak terjahlah nanti bawa anak-anak......

Iela Fazielah said...

ila xsuka bwk annak gi main mcm tu....baik gi playground...RM30 tu terasa mahal...pada ila la...err dieyana nmpak agak berisi tang perut la..hehe

- dieyana - said...

Qhaifa-ha, tapi bg dieyana, tempt yg agk bosan n mahal, tp ank2 suka aje tmpt gini

- dieyana - said...

iela- ha tu la psl, sebenarnya sebelum ni dieyana ada bc n tgk , nmpk luas tmptnya, nmpk seronok, tp smpi sana, tgk mainan tk bnyk n mahal. ank2 dh nmpk, gedik2 la diaorg nk masuk, dh terlanjur, msuk je lah, rsnya lps ni tk g dah sini... hehehe

Akak Kembang said...

memang agak mahallah dieyana...cam tak berbalo plak...tapi dah budak2 yg blh main..tentu drg suka

- dieyana - said...

alin-itulah...cukup sekali.... ;-)

lovely said...

kanak-kanak mmg seronok dpt main kat tempat begitu..
kalau boleh diorang taknak balik..
yer dak..

- dieyana - said...

lovely-ha itulah dia, kalau boleh nk berkampung situ agaknya...tapi dh penat/lapar, keluar la jugak..ihkhik

izla said...

tak pernah pergi The Curve.
Sedih!!

Mrs. Norrie said...

best jugak tmpt nih kan...bolehlah suggest kat husben bawak anak2

- dieyana - said...

izla, la sedih pulok, jgn sedih2...tak de yang menarik pun... mall semata-mata..aci gitu? ;-)

SYANI said...

Mahalnya sampai RM30 sekali masuk...

- dieyana - said...

syani-saya pun rasa mahal, tapi sesekali kan..;-)

- dieyana - said...

mrs norrie-bagi saya , mainan agak terhad..tapi anak2 saya bukan main suka, terutama tempat yang loncat2 tu..tmpt loncat tu, sesuai la utk anak umur 4-6 tahun..mainan lain agak bosan...lebih sesuai utk kanak bwh 3 tahun kot..;-)

Gieyana said...

bextnyer lepak2 kat sini..for the kids laa..untuk kaum ibu, mmg letih menunggu..haizzz!:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...