Thursday, May 3, 2012

Jom, Petang Ni Ke PWTC!

Suka saya uar-uarkan di sini dan menjemput tuan-tuan, puan-puan ke,

MAJLIS SEPETANG BERSAMA SASTERAWAN NEGARA KE-11 DATO' DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH (KEMALA)

pada
3 MEI 2012 (KHAMIS), 3.45 PETANG

bertempat di
Pentas Legar Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

anjuran
Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Saya percaya, ramai yang di luar sana belum kenal Sasterawan Negara kita yang ke-11. Yang dah kenal, nak kenal dengan lebih dekat, jom ke PWTC petang ni. AARON AZIZ pun ada. Teruja? tentulah kan, Aaron Aziz. Tapi, maafkan saya, Aaron aziz ada shoting filem, jadi digantikan dengan artis lain, yang tak kurang hebat, Anuar Zain. Ops maafkan saya sekali lagi, bukan Anuar, tapi adik Anuar Zain. Hahaha, jangan marah ya! Okey, yang ni saya tak tipu, betul-betul! =^_^= Jom kita memeriahkan PWTC petang ni! Yang dah ada kat pesta buku tu, jom la jenguk pentas pukul 3.45 petang ya! Kalau datang awal, ada rezeki uols, dapat door gift yang best daripada kami. :-))


Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Bahagian akan bertugas untuk majlis tersebut. Dan, paling glemer, saya akan jadi pengacara untuk majlis tu. (hahahah, Dieyana bajet bagus!) Pengacara tak profesional je pun, tolong bahagian. Dah yang profesional semuanya ada komitmen, sayalah yang jadi mangsa. Aduhai.... Awal-awal kerja dulu, pernah juga jadi MC beberapa kali, maklum staf baru, orang suruh itu ini, angguk aje. Katanya, nak latih staf baru. Haisy! Dah bertahun2 tak jadi pengacara nih, gigil pulok kepala lutut ai ni!
-__-


JUMPA DI SANA!

4 comments:

Akak Kembang said...

masih tak berkesempatan nak PWTClah dieyana..anak2 pun bising kenapa Mama tak ajak pi sana lagi..hehehehe

Pinggan tu beli kat SSF diyana...

Hanis Azla said...

kalau dekat boleh akak turun ke PWTC.. boleh tgk bakat dieyana jd mc.. ahad lepas masa akak pergi ada forum juga.. tetamunya irma hasmie dgn yatt..

johari said...

apa yg menarik di sana?

So Shy Lady (SSL) said...

thn ni t.mnympat lah dieyana. wow jadi mc ke? glamer tuuu...ala klau akk pgi bleh mintak autograph hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...