Friday, May 4, 2012

Cerita Suatu Malam : Mengada-ngadakah?

Bukan niat mengada-ngada....

Suatu malam di sebuah kedai makanan siam di Jalan Gombak, berhadapan Bangunan Diamond Square. Wanita 30-an, suami dan dua anak lelaki masing-masing berusia 6 dan 4 tahun. Wanita itu order nasi putih, tom yam campur, kailan ikan masin. Suami-kuetiaw ladna (lebih sayur), anak yang sulung, sepinggan mi goreng+telur dadar=kongsi dgn adiknya.



Tengah tunggu order, tiba-tiba wanita itu tengok meja orang sebelah, sate satu pinggan penuh, "Banyoknya sate dia order, napok sedap," kata wanita itu kepada suaminya. Suami diam saja. Wanita itu masih tak puas hati. Jeling-jeling lagi tengok sate. Tiba-tiba, "Yea! Kita punya dah sampai!" kata si anak yang sulung. Sambil makan, wanita itu jeling lagi meja sebelah. Ada keropok lekor pulok doh ... nampak sedap.... "Eh, ado kepok gote (keropok lekor) la sini! Nanti lain kali kita mari pulok make sini, order sate dengan kepok gote pulok. Nak order malam ni, perut kenyang/ketat doh ni...." ;-) Suami geleng-geleng kepala tengok gelagat isteri. -__-


Wanita itu memang mudah terpengaruh. Dua hari selepas tu, kerana teringat2 sate dan keropok lekor tersebut, mereka 4 beranak datang lagi ke kedai makan itu, kali ini memang niat nak makan sate dan keropok lekor saja. Dan, sepinggan bihun goreng. Bukannya tidak ada sate lain, tapi kerana TERPENGARUH dengan meja sebelah mereka malam sebelum itu, wanita itu tak nak makan tempat lain, nak kedai makan tu juga! (Biasa mereka 4 beranak makan Kassim Satey, yang dijual di Flat 207, Sentul Utama, sedap! Satenya basah2 minyak, kuahnya = sedap! Sate Kajang mereka kurang berehi. ;-) Lepas makan kedua-dua makanan yang dimimpikan tu, wanita itu terasa kepuasan yang amat! Tak dapat dijelaskan dengan kata-kata akan kepuasan itu. (Padahal keropok lekor dengan sate jah pun! Keropok lekor yang dimakan di gerai itu pun tak dapat menandingi keropok terengganu yang banyak 'ikang', tapi kepuasan tetap terpancar di wajah wanita itu. ^__^)



Mengada-ngadakah? Tak nak sate lain, tak nak keropok lekor lain, nak kedai tu jugak! Sampaikan termimpi2, tak boleh tidur teringatkan kedua-dua menu itu! Tapi keadaan/perangai tersebut tidak berlaku pada hari-hari biasa tapi ia berlaku pada waktu yang luar biasa saja. Mungkin ia akan berlarutan sehingga 9 bulan!! ^__^


Masa mengandungkan anak pertama dan kedua dulu, wanita itu kemaruk makan kentang goreng McD. Tak nak lain, nak kentang goreng Mc D jah! Lepas tu, kalau boleh nak ke Jusco sokmo. Tak nak Jusco lain, nak Jusco Maluri aje (Jusco yang paling dekat dgn rumah. Masa tu mereka menyewa di Bandar Seri Permaisuri). Masuk dalam Jusco 5 minit pun tak pe, asalkan dapat hirup 'bau' Jusco!! Ataupun, lalu depan Jusco jah, dapat tengok bangunan Jusco, satu kepuasan baginya! Sungguh, tiada niat untuk mengada-ngada atau menyusahkan suami, ia bukan dibuat-buat, terima sajalah hakikat. Dan kesan daripada itu, anak keduanya kini sudah berusia 4 tahun, memang penggemar kentang goreng dan makanan lain yang berasaskan kentang, seperti kentang putar kfc, kentang dalam sup, etc. :-))


** Bersyukur atas nikmat makan yang diberi Allah Taala ... Alhamdulillah.... (Sesekali diserang ulser mulut, aduhai, perut lapar, nak makan, mulut sakit....)

**Sumber gambar: Image Google

4 comments:

IDAZS said...

ngada-ngada manja. takpe layankan saja. oh, teliur pulok tgh kepok gete. esok nak menggentella :)

izla said...

mengada-ngada pembawakan baby ke?
hihihik..

rindu nok makan kepok lekor jugok..

Siti Suhana said...

Tahniah Diana kalau mengandung. Aku tumpang gembira..hehe..seronok baca entri Diana, boleh buat novel, apatah lg dok berkawan dan bjiran dgn novelis...hik hik

Aida Salleh said...

ada yg lain teringin lah tu kan? :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...