Apa abang dapat, adik pun mesti nak juga, tak dapat barang yang sama, dapat yang sepertinya pun tak pe. (Terjadi kepada anak kedua saya) Keadaan ini biasanya berlaku kepada dua anak yang sama jantina (yang usianya tidak jauh beza). Pasti ada yang berpengalaman seperti saya.
Bila keadaan ini berlaku kepada anak-anak saya, terus saya teringat masa kecik2 dulu. Apa yang kakak saya dapat, saya pun nak. (Ada unsur jeles di situ ^__^). Contoh, ketika pagi hari raya, kakak saya dipakaikan rantai dan gelang emas, saya pun nak macam tu juga. Tapi saya dipakaikan rantai saja. Kata Ma, “Na kecik lagi, pakai rantai jah lah.” Kalau kami bergaduh, saya kena pukul, mesti saya akan babitkan kakak saya juga. “Ba te (pukul) Na sore, Along pun Ba te la jugok.” Lihat! Ada unsur jeles dalam diri saya. ;-) Ya, saya anak kedua. Saya tak pernah berperasaan begitu terhadap adik ketiga saya, sebab dia lelaki dan jarak kami agak jauh berbanding saya dan kakak saya.
Tapi bila saya beranak dua, dan ia berlaku sama seperti saya kecil2 dulu, baru saya tau situasi sebenar. (Ma dan Ba tiada niat nak ‘memilih-milih’ anak.) Bila Wafiy nak sesuatu barang macam abang dia dapat, saya/suami akan beri alasan, “Wafiy kecik lagi, nanti Wafiy sekolah, mama belikan untuk Wafiy, deh!” (Alasan yang tak dapat diterima oleh anak yang berusia 4 tahun, penyelesaiannya: kena belikan kedua-duanya sekali. Apabila dapat memenuhi kehendak kedua-dua anak saya, barulah hati saya akan selesa. Walaupun tak sama, sekurang-kurangnya, kedua-duanya dapat).
Sebagai contoh, baru-baru ini kami ke Parkson, memang niat nak gantikan beg sekolah Iman yang dah koyak di poket, zip tercabut. Iman berkenan Ben 10, ada roda. “Iman suka beg ada roda, macam kawan Iman.” (Ini kes terpengaruh dengan kawan sekolah ... macam mama mu jugok, mudah terpengaruh, heheh). Bila nampak si abang ambil beg ben 10, terus Wafiy pun ambil juga, “Wafiy nak macam abang!” Kata saya, “Tak payah la, beg ni besar, beg Doraemon Wafiy elok lagi. Nanti Wafiy sekolah, mama beli macam abang.” “Tak nak, Wafiy nak macam abang!” Ha kau, mak-pak dah serba salah! Okey, untuk menjaga hati anak kecil, saya dan suami pujuk dia “Wafiy ambik yang ni, cantik, merah.” “Okey, Wafiy suka Mickey!” Fuh, lega mak-pak. Dapat beg sebiji sorang. Itulah dia anak-anak.
Ben 10-RM 80, Mickey RM 40-kecik 'celeh' 40 rial!
Bukan niat kita untuk memilih-milih, anak yang mana dapat, yang mana tak dapat. Ia sebenarnya berlaku tanpa kita sedar, lalu salah seorang akan berkecil hati. Tiada cara lain-kena beli duo-duo, abis cerito ... duit kena spend lebih la sikit. T__T
** (Itulah sifat, sikap kebanyakan anak kedua atau anak tengah – Kajian pernah menunjukkan tentang ‘sindrom anak kedua/anak tengah’ – memperlihatkan ciri-ciri inginkan sesuatu yang sama seperti adik-beradiknya yang lain (terutama saudara kandung yang di atasnya), dan ingin diberi perhatian yang lebih).
Bukan niat kita untuk memilih-milih, anak yang mana dapat, yang mana tak dapat. Ia sebenarnya berlaku tanpa kita sedar, lalu salah seorang akan berkecil hati. Tiada cara lain-kena beli duo-duo, abis cerito ... duit kena spend lebih la sikit. T__T
** (Itulah sifat, sikap kebanyakan anak kedua atau anak tengah – Kajian pernah menunjukkan tentang ‘sindrom anak kedua/anak tengah’ – memperlihatkan ciri-ciri inginkan sesuatu yang sama seperti adik-beradiknya yang lain (terutama saudara kandung yang di atasnya), dan ingin diberi perhatian yang lebih).
7 comments:
comel beg ben10 iman. Zarin ada jugok beg ben10, tapi xde roda. ben10 kecik macam wafiy tu, beli kat parkson jugok.
huhuhu, setakat ni tak boleh lagi nak banding zarin, sebab masih lagi sorang, ada adik nanti tataula camne.
Mak datuk, beg sekolah skrg sampai rm80?? Betapalah tuanya Mak Aji, kali akhir beli beg sekolah, masa tu dalam RM40, dah cukup mahal sangat dah tu!! Nasib baik anak tak pakai beg sekolah dah!!
idazs-heheh, itulah, eksyen nak beroda pula..adik pun ngikut la..nasib baik makan pujuk...
ummu madihah, itu la pasal, mahal do'oh...ada hok muroh skit tmpt lain, tapi kain jenis cepat koyak...
mahal kn beg bdk zmn skrg. tp takpe bli yh mahal thn lama.
btul ank kdua kdg2 mudah rs tsisih/snsitif trutama klau yg sulung jrk umur rapat2
hehehehehe..kena beli sama rata baru adil...
uihh... beg ben 10! he3
http://skuterlady.blogspot.com/
Post a Comment