Adakah oren bata/merah bata menjadi warna tema tahun ini? Boleh percaya ke? Mana tahu kan, kadang-kadang di saat2 akhir pilhan warna boleh bertukar. Wallahualam ... tungggu dan lihat sajalah....
(Nota Dieyana:(1) Cepat-cepat ganti puasa ... excited cerita fasal raya, tapi puasa belum habis ganti. Tak nak malukan diri sendiri, heheheh.... (2) Insya-Allah, cuba untuk berbelanja berpada-pada, tanpa ada pembaziran Amin.)
(Lagi Nota Dieyana : Alhamdulillah, Iman dah sihat ... syukur alhamdulillah :-)
Friday, May 27, 2011
Borak-borak Fasal Warna ;-)
Thursday, May 26, 2011
Demam Malam
Tuesday, May 24, 2011
Baju Petak ... 'Pis'!
.
.
Hari cuti, di rumah, mesti nak pakai baju petak. Mama: Baju petak Wafiy, kotor la, mama basuh. Tak puas hati, cari sendiri dlm laci bajunya. Wafiy: Ha ni ya! Aju etak fiy. Ada pun! Tapi kalau keluar berjalan, tak pula diminta pakai baju petak, reda aje apa2 baju yang saya suruh pakai.
"Ama, Fiy wat 'pis' eh...." Kalau sebelum ni, tanda isyarat tu, tidak menjadi, kelima-lima jari yang keluar. Sekarang, dah pandai keluarkan dua jari saja. 'Pis', katanya. Hehehheeh.
Mata ke lain, yang penting, dua jari tu....;-)
Monday, May 23, 2011
Free Diapers #1 dan #2
++(Nota Dieyana: Takziah kepada keluarga/waris mangsa korban tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor. Al-fatihah untuk adik-adik yang syahid. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin. Segala yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah-Nya. Subhanallah!)
Friday, May 20, 2011
Melayan Selera
.
.
.
.
.
Thursday, May 19, 2011
Pelancong China yang Kelakar Seram!
Wednesday, May 18, 2011
Semoga Pulih Seperti Biasa
Thursday, May 12, 2011
'Geng Baju Merah' di Tugu Negara ;-)
Salam semua. Semalam saya cuti kecemasan-Iman demam. Alhamdulillah, demamnya tak lama, hari ni dah baik ... dan kembali ke sekolah seperti biasa. Apa-apa pun, saya bekalkan juga ubat demam untuk pengasuhnya.
Sedikit cerita basi daripada saya ... smile!
Muka Wafiy macam tak puas hati dengan abangnya.
Anak-anak dah kepenatan, mama tetap maintain nak bergambar. Hahhaha.
**(Nota Dieyana-Kisah kami dengan pelancong China dalam entri akan datang! ;-)
Tuesday, May 10, 2011
Patriotik!
Tak faham apa yang dicakapkan Wafiy, lalu saya merujuk dgn Iman.
Iman: Apa, Wafiy cakap apa?
Wafiy: Lay shia, lay shia! (Suara wafiy mula keras(marah) sebab kami tak faham apa yang dicakapnya, bekeng betul!)
Iman : Ooo...., adik cakap, Malaysia lah, mama!
Iman lebih memahami adiknya, berbanding saya!
Wah, patriotik nya anak saya!! Hehehhehe....
Monday, May 9, 2011
Jalan-jalan Petang Ahad
**(Sumber gambar:Good food Fotopages.com)
Selamat Hari Ibu (8 Mei 2011)
Ma (Mak mentua) yang steady sokmo!
Kepada Ma saya yang seorang lagi (Mak Mentua), Selamat Hari Ibu....TERIMA KASIH! Semoga Ma diberi kesihatan yang berpanjangan, dan tabah menghadapi segala ujian.... Amin.
Friday, May 6, 2011
Apa? Hari ini 6 Mei?!!
Lagi-lagi Majlis 30 April
Sungguh2 saya suka dengan kombinasi warna pilihan ini! Sehingga terkeluar taik mata warna merah!!
Ultraman datang nak potong kek!
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Iman Haziq, Allah selamatkan kamu." Amin.... Potong kek.....tak de tiup2 lilin ya....;-)
(Saya sangat2 terlupa nak rakam ketika nyanyi untuk Iman ni....:-(
Adakah gambar di atas menampakkan saya yang terlebih2? Hahhaha! Wafiy-cool n steady!
Waktu potong kek ni, tetamu belum ramai, yang ada hanya adik beradik, ipar-duai.
Si kecik tu tetap mencelah nak interprem!
Interprem sikit ... kakak saya yang banyak membantu dalam majlis tersebut. TQ! (ku suka gamba along hok ni, napok cerio!)
Belakang tu, mak cik saya dari Kelantan, kebetulan datang ke KL....
(Sila abaikan objek berserabai di belakang yang tidak patut dilihat! hehheeh)
Thursday, May 5, 2011
Sambutan Hari Lahir yang ke-5
Sedikit hiasan dinding sebagai penyeri majlis :-)
Goodies bag untuk kanak-kanak ribena
Tambahan goodies bag
Kek Birthday-Chocolate Indulgence Secret Recipe, agak mengecewakan! Pendapat saya: Kek SR lebih sedap makan terus di restorannya, masih beku elok, memang sedap, bila dah terbiar gitu, cepat lembik, 'lembik jejet', huhuhu....(No candle for birthday boy ya! No tiup2 lilin ya! ... ;-))
Iman: Mama, kenapa ada bedak atas kek?!
Toinggg!!
Cheese Kek Strawberry-order dgn idazs. Tq ya....;-)
Karamel-kakak saya buat. Tq ya! Licin molek tekstur karamel mu! ;-)
Pulut kuning-kakak saya sponsor. Tq..;-)
Nasi Beriani+daging kerutub+ayam goreng berempah+sambal lada+acar-order dgn sepupu suami. Tq deh!
Air Oren.
Wednesday, May 4, 2011
Persiapan Awal
Kakak saya banyak membantu saya merancang persiapan ini. Rakan yang membantu saya dalam menyiapkan prop2 kecil, dan ada yang membantu mencadangkan saya kedai2 tertentu untuk mencari bahan untuk goodies bag dan sebagainya. Majlis hari lahir pun dah rancang begitu begini, belum lagi majlis kahwin. Kalau majlis kahwin, setahun nak kahwin, dah kena siap itu ini, ye dak?? Hahhaha....
Tq Fatin!
Namun demikian, dalam perancangan yang awal itu, masih ada perkara yang agak mengecewakan saya. Agak terkocoh2 juga, seminggu sebelum 'hari kejadian' jurufoto tidak dapat hadir ke majlis kami. Dan, petang sebelum 30 April, meja untuk hidangan diletakkan di luar rumah tidak ada. Tak apa lah, masalah kecil sahaja. (Walaupun kecil, tetapi memberi impak yang besar kepada saya!). Psstt, K.Fida, 2 hari sebelum kejadian tu, terima kasih ya, 'membantu' heheheh!
Tuesday, May 3, 2011
Putik Pauh
Cara:
Goreng ikan, ambil isi ikan, tumbuk bersama-sama garam, cili. Kemudian gaul bersama-sama mangga/pauh tadi. Siap! Makan bersama-sama nasi, sebagai pembuka selera....;-)
(Resepi asal- En Roslan bin Yusof (suami kakak saya a.k.a. abang ipar saya, hehehe)
Dan, malam itu, putik pauh ini dihidang bersama2 nasi panas dan ikan goreng masak kicap.