Friday, May 27, 2011

Borak-borak Fasal Warna ;-)

Salam untuk semua.


Ramai dah mula cari/beli baju raya kerana tak nak bersesak-sesak dalam bulan Ramadan terutama baju anak-anak. Tak kurang juga masih tercari-cari warna tema. Dan, ada juga yang sudah biasa shopping dalam bulan puasa. Tak kisahlah kan, janji bahagia ... Insya-Allah :-) Saya? Belum buat apa-apa. Tapi dah 'survey' sikit-sikit tempat yang akan diterjah nanti. Insya-Allah. Yang penting, kami telah memilih warna tema baju raya 2011 (kunun2nye< heheh).


Tetiba semalam (sembang malam Jumaat) kami laki bini (mcm best pulak guna 'laki bini', heheh) borak-borak fasal baju raya anak-anak, dan warna tema sekali. Pada mulanya saya cadangkan hijau, bukan hijau terang, tapi hijau ala-ala hijau lumut gitu! Suami cakap, eh apa kata oren?? Alamak oren?? Heheheh, sesuai ke kulit ai dgn warna oren tu? Hahha, eh tapi, oren pun macam cun juga eh, meriah. Boleh juga oren, tapi tak nak la oren yang terang benderang tu! Oren-oren bata, boleh. Oren bata? Suami cakap, "ore tak panggil oren bata, ore panggil, merah bata!" Oooo, eh, okeylah.... Ha, lebih kurang begitulah warna pilihan baju raya kami, oren-oren+merah-merah=warna batu-bata, tak nak oren terang cam 'tok cha' tu ;-)


Adakah oren bata/merah bata menjadi warna tema tahun ini? Boleh percaya ke? Mana tahu kan, kadang-kadang di saat2 akhir pilhan warna boleh bertukar. Wallahualam ... tungggu dan lihat sajalah....
(Nota Dieyana:(1) Cepat-cepat ganti puasa ... excited cerita fasal raya, tapi puasa belum habis ganti. Tak nak malukan diri sendiri, heheheh.... (2) Insya-Allah, cuba untuk berbelanja berpada-pada, tanpa ada pembaziran Amin.)

(Lagi Nota Dieyana : Alhamdulillah, Iman dah sihat ... syukur alhamdulillah :-)

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

tema saya tahun ni HOT PINK!yeayy....finally dpt pun pujuk en.suami pakai pink! :)

idazs said...

belum pk lagi, uhuk-uhuk

- dieyana - said...

mrs eady-pink=merah jambu? Wah so sweet...:-)

- dieyana - said...

idazs=ahhaha, tk pe tk pe, tak de hal....yang penting pakai baju....;-)

edane said...

kalau tanya saya..pasti purple pilihan hati tapi tok kan stiap tahun purple... heheh tahun ni warnyaa..jeng jeng

- dieyana - said...

etiey-bo lah purple nyo, hehehhe. jeng jeng jeng...warnanya biarlah rahsia dih..;-)

Hanis Azla said...

merah bata pun catik.. akak selalu takde tema.. sbb en.asben x berapa suka warna seragam.. so bila en.asben dah beli baju raya, barulah akak cari baju utk diri sendiri dan anak2 mengikut kaler baju dia.. he..he..

wahida said...

eh, cantik kaler tu sis!!

mesti meriah tahun ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...