Impian dan harapan kami untuk mengadakan majlis hari lahir anakanda yang ke-5. Persiapan 2 bulan sebelum majlis telah dilakukan agar majlis berjalan dengan lancar. Kami bukanlah kategori 'orang senang' kan, jadi, persiapan awal adalah sangat2 perlu, kumpul duit dulu nyah, barulah majlis comey. Majlis makan-makan2 ni, nampak aje simple gitu, paling tidak pun ... 700++. Bila dah ada pengalaman mengadakan majlis hari lahir, majlis kedua, ketiga dan seterusnya, pandai-pandailah kita menguruskannya. Sebenarnya, tidak kiralah majlis apa2 pun, yang penting, niat kerana Allah Taala, dan kita berpuas hati, begitu juga untuk tetamu yang diundang, dgn harapan, mereka juga berpuas hati. Insya-Allah.
Berkira-kira untuk menyambutnya di KFC. Lalu, kami 'booking' tempat di KFC Wangsa Maju. sebulan awal dari tarikh. Kami memilih 30 April 2011. Seminggu kami berkira-kira lagi, KFC bukan pilihan tepat untuk kami. Lalu kami membuat keputusan muktamad, majlis akan diadakan di rumah kami (sudah setahun mendiami rumah tersebut). Tambahan lagi rakan2 pejabat, selalu saja mengusik, bila nak ajak makan2 di rumah baru (rumah baru yang dah basi..heheh).
Sebulan dari tarikh tersebut, saya 'menggoogle2' beberapa laman web dan blog2 yang menyambut hari lahir, sebagai panduan dan cetusan idea kepada saya. Maklum la, seumur hidup saya, tidak pernah membuat majlis hari lahir. Dgn harapan dapat buat yang terbaik untuk anakanda Iman, tetapi dgn kadar yang sederhana. Insya-Allah.
Jemputan pun tidaklah meluas sangat, sekadar adik-beradik, saudara mara yang ada di sini, rakan taulan, sahabat handai, keluarga pengasuh anak-anak, dan jiran terdekat. Keluarga di Kelantan, tak dapat mereka menyertai majlis ini. Apa-apa pun, mereka menyokong majlis kami dari kejauhan.... Cuti hanya 3 hari, mana sempat mereka nak berjimba2 di sini. Insya-Allah, cuti 2 minggu bulan 6 ni, dapatlah mereka datang.... Insya-Allah..;-)
Kakak saya banyak membantu saya merancang persiapan ini. Rakan yang membantu saya dalam menyiapkan prop2 kecil, dan ada yang membantu mencadangkan saya kedai2 tertentu untuk mencari bahan untuk goodies bag dan sebagainya. Majlis hari lahir pun dah rancang begitu begini, belum lagi majlis kahwin. Kalau majlis kahwin, setahun nak kahwin, dah kena siap itu ini, ye dak?? Hahhaha....
Tq Fatin!
Namun demikian, dalam perancangan yang awal itu, masih ada perkara yang agak mengecewakan saya. Agak terkocoh2 juga, seminggu sebelum 'hari kejadian' jurufoto tidak dapat hadir ke majlis kami. Dan, petang sebelum 30 April, meja untuk hidangan diletakkan di luar rumah tidak ada. Tak apa lah, masalah kecil sahaja. (Walaupun kecil, tetapi memberi impak yang besar kepada saya!). Psstt, K.Fida, 2 hari sebelum kejadian tu, terima kasih ya, 'membantu' heheheh!
Pilihan warna tema kecil telah dibuat, iaitu, merah, hitam, putih. Tidaklah menetapkan warna baju kepada tetamu yang diundang, hanya sekadar kami 4 beranak, dan prop yang diguna ketika majlis tersebut sahaja, seperti hiasan, goodies bag.... sekadar menampakkan warna2 tersebut dalam majlis nanti!
Hidangan untuk majlis itu nanti, ada yang tempah, ada yang buat sendiri, serba sedikit, dan ada yang disponsor. Terima kasih semua!
(Nota Dieyana: Entri 'hari kejadian' akan menyusul nanti. Insya-Allah....)
6 comments:
goodies yg cantik :) x sabar nak tunggu entri hari kejadian ;)
betul kak dieyana ehh... ingat lagi yang eysraf punya last year.. dekat 800+. nampak simple tapi mak aii boleh tahan kosnya,, tu nasibb baik ma masak sendiri nasi minyak.. kalu tempah lagilah... tu goodies simple jer. yang tahun ni masih berkira0kira nak buat kat mana.. akhir bulan ni.
idazs-heheh, simple2 aje...tunggu la deh...;-)
etiey-yup...nak sedap skit, 1000++, ada rezeki lebih, buleh buat best2 skit, bukan apa2 pun, sesekali ajak kwn2/sedra mara makan, kan...Dah bleh dah tu, slow2 wat persiapan. k.diana ni jenis kalut, itu yg rncng awal...itu pun ada yang tak mencapai...tapi alhamdulillah, dpt adakan majlis ini buat julung2 kali..hihkihhk
sama2 diana... sekadar membantu kekawan aper salahnya...
Fatin, saya terlupa nak cucuk tag tu atas kek!! Huhuhu....
Post a Comment