Salam.
Entri sebelum ini, "Geng Baju Merah di Tugu Negara", sedikit sambungan, cerita kami di sana dengan pelancong dari China!
Pagi semakin ke tengah hari, bahang panas semakin terasa, sambil duduk2 berehat, makan2 bekalan yang dibawa, sepasang pelancong datang ke arah kami, mundar mandir! (bikin suspen, heheh) Eh apa ke hal cina ni, tengok2. Entah bila kami terperasan mereka berdua yang kemungkinan suami isteri, mundar mandir, sambil tersengih2. Kami yang bertenggek di tepi tu, mulai resah.
Berehat sambil makan sedikit bekalan yang dibawa
Hanapi: Pege molek anok tu, lamo gak wat lari anok kita.
Kejap tangan saya memegang Iman Wafiy. Saya dah mula cuak, kejap2 pelancong China tu tengok Wafiy, kejap2 tengok Iman, lepas tu senyum2 sambil bercakap Cina. Amboi, mentang2 la kita tak paham cakap Cina! Kemudian, saya beranggapan, mereka berdua mungkin nak minta saya/Hanapi ambil gambar mereka suami isteri, sebab di tangan lelaki itu ada kamera. Apabila saya tengok kedua-duanya, tersengih2 pulak dah! Ayaaa ... nyonya mau apa? Nak minta saya ambil gambar nyonya dgn suami nyonya kah? Dah senyum, angguk2 pula ke arah saya. Dah berapa puluh minit duk sengih2, angguk2, akhirnya, "ur child? Erm, so cute!" Ayooooo, itu rupanya dia nak cakap, lepas tu cakap banyak pula nyonya tu dgn saya, Hanapi hanya sbg pemerhati. Dah le saya tk pandai nk speaking. Ha, belasah aje lah, tapi nasib baik, bahasa Inggeris nya sebiji2, faham la juga, hehehh. Rupa2nya, dipuji Wafiy yang comel.... Dan, paling syok, dia tidak percaya Iman Wafiy anak2 saya. Bila diberitahu umur saya sudah 30++, lagi la mereka terkejut! Hhehehe, perasan kejap!! Smile!!
Paling tak tahan, si nyonya tu nak bergambar pula dgn kami ... suami saya pun nyibuk la jugak ambik gambar, hahah, sebagai bahan bukti! Bila dah habis bergambar, menyembang lagi! Are u local? Bla bla bla. Dah lepas mereka pergi, kami berempat, balik juga, tak nak bertembung lagi, bimbang jugak kan, tak fasal2 Wafiy pergi China dgn nyonya tu! Seram!! Minta dijauhkan perkara2 yang tidak baik.... Amin.
9 comments:
hehehe..mesti cuak gak kan...
betul juga tu kena hati2 sekarang nie...
haihh mamanya yg sgt menten! dorang nk mitak tolong malu la konon eah.. :)
heheheheh, mmg seram juga kalu gitu, malu tahu mahu couple tu.
mama menten slim :)
ila-cuak jugak lah, fuh...
suraya-ha'aa, bimbang!
etiey-hahah, ntah la malu2 kucing kot, ntah la, bila nk berisi skit, tk tau le...;-)
idazs-fuh, seram weih...;-)
kalau ila pun cuak...
Post a Comment