***(Nota Dieyana: Maaf semua, Cerita 'Geng Baju Merah' masih belum habis. Hehhehe, entri bergambar kembali bersiaran!)
Salam semua. Semalam saya cuti kecemasan-Iman demam. Alhamdulillah, demamnya tak lama, hari ni dah baik ... dan kembali ke sekolah seperti biasa. Apa-apa pun, saya bekalkan juga ubat demam untuk pengasuhnya.
Sedikit cerita basi daripada saya ... smile!
Salam semua. Semalam saya cuti kecemasan-Iman demam. Alhamdulillah, demamnya tak lama, hari ni dah baik ... dan kembali ke sekolah seperti biasa. Apa-apa pun, saya bekalkan juga ubat demam untuk pengasuhnya.
Sedikit cerita basi daripada saya ... smile!
Disebabkan kami berempat tidak berpeluang untuk bergambar bersama dalam majlis hari lahir Iman, jadi, cuti hari pekerja baru2 ini, saya mencadangkan kepada suami pergi ke satu tempat untuk kami 4 beranak bergambar (nasib baik cadangan diterima, ahaks!). Dan, kami memilih Tugu Negara! Heheheh, bukan apa2, kami mahukan lokasi padang tu-hampar tikar, dan kami boleh berposing, tanpa ada mata-mata yang melihat kami 4 beranak. Dan, mata-mata yang memandang itu memungkinkan kami malu untuk berposing. Lokasi tersebut sangat sesuai untuk kami yang malu2 tapi mahu ni! Hahhaha.... Betul2 aman damai kami di padang tu, tanpa ada gangguan orang yang lalu lalang....;-)
Jom, layan 'geng baju merah' (Mood 30 April, dgn baju yang sama pada 30 April..heheheh)
Ha tu dia, ultraman, bersama-sama adik ultraman, mama dan papa ultraman.
Muka Wafiy macam tak puas hati dengan abangnya.
Muka Wafiy macam tak puas hati dengan abangnya.
Aksi melawan dua beradik. Kata Iman, "adik jadi ultraman jahat, abang jadi ultraman baik". Amboi, yang baik2 bagi Iman, yang jahat bagi Wafiy, hehhehe.
Selepas bergambar di padang, kami gerak ke monumen 'Tugu Negara'. Ramai pelancong asing hari itu. Kami pun dah tergolong bersama-sama pelancong lain tu. Hahahah. Sebenarnya, ini kali kedua kami ke Tugu Negara, iaitu 3 tahun lepas, Wafiy pun belum ada masa tu. Wafiy ralit aje tengok monumen tu, "Ama, ye dah ati" ("Mama, dia dah mati")
Iman dah mula bosan, tunjuk muka bosan.
Anak-anak dah kepenatan, mama tetap maintain nak bergambar. Hahhaha.
**(Nota Dieyana-Kisah kami dengan pelancong China dalam entri akan datang! ;-)
12 comments:
comam la photoshoot di tugu negara ni dih..br ku tahu..blh la g nyeppa situ etep hihiihi
** lawa la tema beday ite meroh..
lame dah saye tak p tmpat ni..puas hati posing org tak kaco kan
wahh..superhero dua org tgh bergasak yer..mesti meriah je kan dgn aksi diorang berdua tu..dua2 hero,izan dua2 heroin tp sama je bergasak gak hehe...cantik la gmbr2 kat sini.tak pernah pegi lg padahal asben org KL,balik sana tak terpegi2 huhu
sukanya tengok gambar dieyana sekeluarga.. comel aje anak2 dia beraksi.. meriah betul dgn baju merah semua yer..
izan, ha tu lah dia, time berbaik2, time bergasak, semua ada, eheheh.
tak de apa pun kat situ, sajer ambik lokasi padang tu, n smbil jejalan ...boleh lah drpd tak de langsung kan..heheh
hanis- heheh, itulah, geng baju merah dgn aksi ultraman...hihkhik
k.diana cntik nya gmbar 4 beranak tu...1 happy family!
Nani-insya-Allah, mudah-mudahan..;-)
lamanyer tak pegi tugu negara.. rajin hubby dieyana nak gi sini ek.. kalau hubby ila..emm haram.. xhingin dia....cantik gmbar korang berempat
iela-hihkhik, biasanya, usband diana pun susah bab2 jalan2 ni,tgk mood n kdg2, kalau kena gaya mujuk, cair..hikhihk...sesekali bergambar 4 beranak.
eliz@-ha, memang comam, g lah nok nyeppa di sana, tenang aje kat padang dia, tapi kat tugu tu, rama pelancong, pah kito jadi pelancong retek, konon2, hehhehe...
farrah hasna-ha, tenang jah di padang, kat tugu, ore ramai..heheh
Post a Comment