Monday, May 9, 2011

Jalan-jalan Petang Ahad

Pagi Ahad, berehat2 di rumah, cuaca-masya-Allah ... rasa nak bersiram 24 jam. Kepala jadi pusing. Makin dilayan, lagilah rasa kehangatan itu - menyibuk2 diri di dapur, menyediakan hidangan tengah hari yang simple saja + desert la konon2 (desert menderhaka resepi). Petang-rasa agak bosan di rumah, dengan suara yang agak-agak didengar suami.


Mama:Iman, jom kita g jalan.

Iman:Jalan mana mama?

Mama:Entah, mana-mana la, meh2 mandi, ajak papa jalan!

Hanapi: Ha, cepat2 mandi....

Wah, jawapan positif disambut Hanapi..;-)


Dalam kereta, masih tak tau ke mana hala tuju....


Iman: Nak g mana ni papa, jom la kita g taman.

Tiada jawapan.


Kereta mula menghala ke Danau Kota....

Hanapi: Ha, kito make dulu, baru g taman.




Mali's Corner Char Kuey Tiaw@ Danau Kota, Setapak!




Dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 4 pagi


Tak cakap banyak, Hanapi terus memesan dua pinggan char kuey tiaw special (RM 7 sepinggan) , nasi lemak ayam goreng (tak ingat harga) untuk dua beradik tu, air tiga gelas, jumlah=rm 24.


Kesimpulan: Char kuey tiaw nya sedap!!


Char Kuey Tiaw (Yang kami pesan, udang lebih banyak daripada gambar di atas, 8/9 ekor udang bersaiz sederhana, ada kerang juga)


Nasi Lemak Ayam Goreng

**(Sumber gambar:Good food Fotopages.com)


Hanapi: Make banyok skit, kalu tidok, papa tok bawak g taman. ;-) ;-)



Alhamdulillah, rezeki petang Ahad, dapat merasa Char Kuey Tiaw Mali's Corner! Selepas menjamu selera di Mali's, kami menuju ke Taman Tasik Titiwangsa, tak de parking, orang ramai sungguh! Terus keluar. Iman mula memujuk papanya, "jom la papa kita g KLCC.... " Saya dah tersengih2, sambil menunjuk isyarat tangan 'bagus' kat Iman! Hahahha, saya yang lebih2! Alhamdulillah, mood Hanapi elok, terus ke Taman KLCC bagi memberi peluang anak2 membuaskan diri ... eheheh....



++(Nota Dieyana-pagi petang-minum ais! Aduhai....)

12 comments:

~izan~ said...

ya ampunnn..meleleh air liur tgk char kuew tiow tu..gmbr pun nmpk sedap...

nnt bg izan email,izan bg mousse resipi =D

Nanie-Izailani said...

ha yer la k.diana skrg ni cuaca panas kemain...lama tak hujan dah.klu dulu tiap2 ptg mesti hujan...

rasa nak kena pasang aircond dah kat umah ni...hmmm

- dieyana - said...

izan-hehehe, selera diana ckp, sedap char kuey tiaw ni..;-)

- dieyana - said...

nani-itu lah, k.diana pun....:-(

IDAZS said...

adusss, lapar tgk char ku teow nie, dh lama dah tak makan, biasa mkn kat gerai mali's kat setapak tu je, restoren x penah sampai lagi.

~ Ida ~ said...

wow best char kuew tiow..k.ida pun pesan tu juga masa makan kat situ. malam ramai orang, kena beratur pun kami sanggup sebab sedap :D

pssttt...kat kondominium belakang tu la ada MyMydin yg k.ida bagitau hari tu

- dieyana - said...

idazs-ha'aa, mali's ada cwgn, termasuk gerai tu la kot...

- dieyana - said...

k.ida-ha, mali's ni kena dgn selera saya...nsik lemak dia, biasa aje, boleh la...;-)

pstt, ha'aa, mymydin tu kat Platinum Walk kondo tu, kat tepi tu, tk sempat nk singgah, nanti2 lah, nk try singgah....;-)

- dieyana - said...

k.ida-ha'aa, suami ckp, lps maghrib org ramai, saya smpi petang, dlm 5.15, belum ramai....

edane said...

kak diyana... dekat dengan rumah saya tu. hehe.. sekarang nk p danao kota ikut genting klang dah jem kan.. ikut je jalan setapak garden masuk simpang sblm pasar gombak tu kak...

- dieyana - said...

etiey-ikut colombia hospital yg tgh buat tu(belah kiri,belah kanan nk masuk wangsa maju). Mcm mana nk ckp eh, tu jalan apa, genting klang ke? heheheh, k.diana fail bab2 jalan nih...;-)

Iela Fazielah said...

eei bestyer..... sporting betul hubby dieyana.... jeles... !!!!! mkn fre.. jln2... ai want toooo!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...