Monday, May 23, 2011

Free Diapers #1 dan #2

Sesetengah ibu bapa mempraktikkan anak-anak kecil tanpa diapers seawal 1 tahun lebih, hingga 2 tahun. Saya sangat kagum, melihat ibu bapa yang mula mempraktikkan hal ini lebih awal. Namun, saya mempraktikkan anak pertama saya, Muhammad Iman Haziq ketika dia berumur 3 TAHUN, dan apabila dia mula bersekolah dalam usia 3 tahun ++, Alhamdulillah, Iman tidak pakai diapers lagi.



Dan kali ini, untuk anak kedua saya, Muhammad Adam Wafiy, saya ingin mempraktikkan lebih awal, iaitu 2 TAHUN 8 BULAN dan ++hari. Bagi saya, rasanya tidaklah terlalu awal, dan tidak terlalu lewat.



Pada hari pertama eksperimen, 21 Mei 2011, pagi2 saya dah mandikan Wafiy. Berkali2 saya pesan, nk kencing, nk berak, pergi toilet. Setiap 5 minit, berpuluh2 kali saya memesan kepadanya. Sehingga penat mulut saya hari itu. Setiap 20 minit saya bawa dia ke tandas. Hheheh. "Ma, Fiy nak yak". Bila dibawa ke tandas, tak nak pula. Haisy, kiranya sepagi/sepetang itu, saya dan Hanapi bergilir2 'uruskan' Wafiy ke tandas. Iman pun membantu saya dan Hanapi. "Adik nak kencing? Adik nak berak?" :-) Sesekali saya akan bertanya Wafiy, "Wafiy nak kencing, pergi mana?" Jawapannya, "Olet". Dan, berilah pujian kepadanya,"Wafiy pandai!"



Kami kena banyak bersabar. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan. Karpet di ruang tamu, saya dah gulung/simpan. Hari pertama tu, pagi tu, sekali saja dia terkucil. "Ama, Fiy ecing!" Tgk seluarnya basah, mengemop la saya. Sabar! Sabar! Dan, tengah hari tu nak pergi kenduri dan ujian taekwando Iman, jadi saya smbung eksperimen free diapers tu, sebelah petang pula.



Hari kedua, 22/5/2011, Alhamdulillah, Wafiy dah pandai beritahu nak buang air kecil. Tapi air besar, belum dapat 'feel' kat tandas lagi kot. Waktu malam, saya masih belum berani untuk tidak pakaikan diapers. Walau bagaimanapun, eksperimen saya dalam dua hari tu, kiranya sudah berjaya 40 %.



Hari ini, saya masih belum beritahu pengasuhnya tentang hal ini. Rasanya, untuk tempoh ini, saya akan mempraktikkan hari Sabtu dan Ahad sahaja. Mungkin apabila nampak kemajuan yang agak membanggakan, saya akan beritahu pengasuhnya nanti.


++(Nota Dieyana: Takziah kepada keluarga/waris mangsa korban tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor. Al-fatihah untuk adik-adik yang syahid. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin. Segala yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah-Nya. Subhanallah!)

7 comments:

IDAZS said...

takpe kak, slow2. Nanti2 dia oklah tu. bab mengemop tu yang tak tahan tu :(

edane said...

kak..3 minggu lepas lbh kurang saya dah prakktik eysraf.. tp taklah full day dia free diapers..so far ok la cuma yg tak tahan dia kejap kejap kata nk encing. hadoi.. tak payah wat keje lain..dok depan tands jerk jadinya! hahahah next wekkk dah tak trainning dahhh lotihlah gitu.. nantilah skit masa try lg

- dieyana - said...

idazs-insya-Allah...

- dieyana - said...

etiey-oo, bagus2. ye lah, awl2 ni, praktik secara santai, dan semangat kita nk praktikkan dia, serta kerajinan kita duk nunggu dpn tandas tu..ehhehe. mmng tk leh wat keja lain, duk ulang alik ke tnds aje lah..;-)

chichi said...

farhana dulu..saya risau sangat2 sebab dia dah nak masuk sekolah tadika 4 tahun.jadi saya ajar dia perlahan masa umur 3 tahun tu..mula2 seksa sebab dia asik lupa memanjang.sekarang dah ok..saya rasa kalau 2 tahun pon dah boleh ajar..sanggup tak sanggup je la bersihkan rumah kan..hahahaha

- dieyana - said...

chici-ye lah, knk2 ni berbeza antara satu sama lain. bab poti tren ni, mmng 'seksa' juga lah, cuma berkat kesabaran dan keikhlasan kita tu lah memberi semngt utk kita terus melakukan poti tren ni. buat perlahan2, jgn tergesa2 sgt, santai2 saja. alhamdulillah, pengalaman diana utk 2 hari ini, tidak membebankan sgt. ;-)

- dieyana - said...

try

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...