Thursday, May 26, 2011

Demam Malam

Malam Isnin (22/5/2011) badan mula panas-panas. Alamak, Iman demam lagi? Baru beberapa minggu lepas Iman demam, tapi demamnya masa tu, hanya 1 hari. Nasib baik ada ubat demam hari tu. Pagi Isnin, demamnya okey, tapi badan masih agak tidak bermaya. Saya tidak benar dia ke sekolah. Dan, saya hantar ke rumah pengasuh, di situ, bolehlah berehat. Di pejabat, saya menelefon pengasuhnya bertanyakan keadaannya. Kata pengasuh, Iman okey, nampak kebah, dah bagi ubat.


Pukul 2 petang, papanya dah ambil dia dari rumah pengasuh. Biarlah papanya pantau Iman. Kata suami, Iman elok2 saja di rumah. Sekali lagi, saya berasa lega. Walaupun siang hari elok2 saja, suami tetap beri ubat demam mengikut masa yang ditetapkan. Tapi bila malam, badannya kembali panas. Lagi sekali, hari Selasa Iman tidak ke sekolah.


Siang okey, malam demam!



Dan tidak terjangka, hari Rabu, demam lagi. Kali ni, saya bercuti, dan ke klinik. Ketika di klinik, suhunya 37, normal. Semalam pun, dalam pukul 3 pagi, badannya panas, waima ubat telah diberi pukul 10.00 malam.


Pukul 6 pagi, hari ni (Khamis-26/5/2011), badannya sejuk. Saya tetap beri Iman makan ubat demam dan antibiotik. Saya berkira-kira, biarlah Iman duduk rumah pengasuh hari ni. Tapi ... "Mama, cuti la, Iman nak duduk dgn mama." Merayu2 tak dibenarkan saya ke pejabat. Tiba-tiba saya berasa sayu pula. Saya pujuk dia elok-elok. Akhirnya dia cakap-"Mama, Iman pergi sekolah lah, Iman tak demam dah." Diukur suhu, memang la normal. Sebenarnya, saya tak benar dia ke sekolah, bimbang di sekolah, berkejar2, nantikan malam, demam lagi, eloklah di rumah pengasuh. "Tak nak, Iman tak nak g rumah tuk! Tak pe mama, betul Iman dah okey."


Erm ... mudah-mudahan hari ini Iman okey di sekolah. Dan moga-moga malam nanti, demam tidak menyerang lagi. Insya-Allah.



(Nota Dieyana: Sangat2 susah Iman nak telan antibiotik tu. Kena paksa makan juga, sampai termuntah2. Memang tak sedap pun antibiotik tu.)

6 comments:

IDAZS said...

semoga iman cepat sembuh, risau juga kalau demam malam ni.

edane said...

kak... rasanya kalau yg jenis demam malam ni agak susah nk baik kan. Pernah terjadi dgn eysraf yg 5 hari warded aritu. naik heran juga.. siang ok tak ada ape.. dok goyang kaki je d spital.. tp bila malam suhu mula naik. nak-nak bila tengah malam... harap iman cepat baik..

- dieyana - said...

idazs, moga2 cepat sembuh, bimbang pulak hari ni g sekolah tu, bila mkn antibiotik tu, rasa yakin skit.

- dieyana - said...

etiey-itulah, dr malam isnin demam, smpi semlm, harap2 mlm ni, jgnlah demam lagi. mlm2, duk ngelap badan biar sejuk badannya. tak tenteram kat opis ni, ingat kat dia...:-( cal satni, dh blik sekolah, okey. uhuhuh

e.l.i.z.@ said...

deme male jah dih..ok gok, siang hari leh g skull hihi

get well soon iman ♥

- dieyana - said...

eliza-ho, rusing deme male nih....:-(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...