Friday, May 6, 2011

Lagi-lagi Majlis 30 April

(Nota Dieyana: Masih entri bergambar)


Hai....salam-bersalam saya hulurkan buat pembaca yang dihormati. Hari ini mood saya masih merah ... merah ... merah. Maaflah ya kepada yang anti-merah ni. Saya suka merah! Kombinasi warna pilihan saya sangat tepat, merah+hitam dan sedikit putih. Bajet lawa lah tu! Chettt! Hahhaha
Sungguh2 saya suka dengan kombinasi warna pilihan ini! Sehingga terkeluar taik mata warna merah!!


Lagi-lagi gambar di sekitar majlis 30 April 2011.

Ultraman datang nak potong kek!

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Iman Haziq, Allah selamatkan kamu." Amin.... Potong kek.....tak de tiup2 lilin ya....;-)


(Saya sangat2 terlupa nak rakam ketika nyanyi untuk Iman ni....:-(






Adakah gambar di atas menampakkan saya yang terlebih2? Hahhaha! Wafiy-cool n steady!
Waktu potong kek ni, tetamu belum ramai, yang ada hanya adik beradik, ipar-duai.


Si kecik tu tetap mencelah nak interprem!


Saya dan birthday boy!


Lebih kurang pukul 4.00 petang, keadaan sedikit kelam kabut , tetamu semakin ramai. Rumah kecik kan, pandai-pandailah bawa diri masing-masing dan pandai-pandai la mencari tempat/sudut yang sesuai ehhehe....


Interprem sikit ... kakak saya yang banyak membantu dalam majlis tersebut. TQ! (ku suka gamba along hok ni, napok cerio!)

Belakang tu, mak cik saya dari Kelantan, kebetulan datang ke KL....
(Sila abaikan objek berserabai di belakang yang tidak patut dilihat! hehheeh)


Baju oren, pengasuh Wafiy, bersama-sama anak dan menantunya. (Tetamu yang terakhir datang ;-).


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik. Namun, ada waktu kemuncak yang menyebabkan rumah kecil tiang seribu saya agak sesak. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan daripada pihak kami. Semasa majlis, tidaklah penat, selepas habis majlis, terasa penat weihhh!. Kepada tetamu yang hadir, terima kasih atas kunjungan semua. Dan, kepada yang terlibat dalam majlis ini, sama ada sebelum, semasa majlis dan selepas, terima kasih semua!

8 comments:

~izan~ said...

meriah nampak,kaler2 yg ceria.izan pun suka merah hitam,smpai dlm rumah mostly kaler tu hehe...

sedapnyer kek,auntie nk tikit boleh? =D

edane said...

sorryy tak dapat pergi. ikutkan hati nak pergi sanagt. tp mas atuh kat seremban.. huhu. happy birthday moga panjang umur. amin.

Nanie-Izailani said...

k.diana comel la wafiy...muka dia fotogenik.

- dieyana - said...

izan-alhamdulillah, meriah juga, penat pun adooo..;-)

- dieyana - said...

etiey-insya-Allah, panjang umur, ada rezeki, lain kali..;-) tq...

- dieyana - said...

nanie-ehheheh....;-)

IDAZS said...

merah gambar jadi cantik!

suka tgk gambar2 tu :)

Iela Fazielah said...

dieyana: baru dpt terjah blog yana... sgt meriah bday party aritu.. rmh u pun sgt cantik... tema kaler yg sgt ila suka....heheh.. hepi belated bday to bday boy ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...