Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010




Salam 2010...

Rasanya baru semalam menyambut tahun baru 2009, dan esok kita akan menyambut tahun baru lagi..2010. Hohoho...cepat betul masa berlalu. Kadang2 rasa tidak seronok pula sebab umur pun akan meningkat, anak2 semakin besar. Aku rasa macam tak nak anak2 besar, aku nak biar macam ni saja, boleh bermanja2. Eh, manusia jenis apakah aku ni, tidak mahu menerima kenyataan hidup. Inilah dunia, realiti kehidupan, yang kecil akan menjadi besar,yang dewasa akan menjadi lebih dewasa, yang lebih dewasa akan menjadi tua... setiap makhluk di muka bumi ini akan melalui semua itu, tidak dikecuali. Cuma ada yang telah dipilih Yang Maha Esa, tidak sempat melalui proses kehidupan, tetapi sudah kembali kepada-Nya. Oh, sekejapan ini aku kembali sedar, yang ini semua adalah ciptaan-Mu. Indahnya ciptaan-Mu, aku bertafakur sebentar.

Macam mana dengan azam tahun baru? Oh, lagi sekali aku terdiam, dan berfikir, apa azam aku kali ini? Macam tak de azam pula..ahahha. Eh, takkan le tak de azam baru, hehehe. Apa-apa pun, aku cuba menanam azam dalam diri aku untuk menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Mampukah aku menjadi insan yang berguna itu. Berguna dari segi apa? Aku cuba sedaya upaya untuk berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Alhamdulillah, dengan kurniaan dan rezeki yang Engkau berikan kepada aku, aku bersyukur kepada-Mu ya Allah. Moga dipanjangkan umur, diberi rezeki yang halal dan menjalani kehidupan dengan aman damai di samping insan2 yang aku sayang. Untuk suamiku, Hanapi Mat Zain, anak2 ku, Muhammad Iman Haziq dan Muhammad Adam Wafiy, doa untuk kalian bertiga tidak pernah putus. Tidak lupa aku memanjatkan doa untuk kedua ibu bapaku, ibu bapa mertua dan adik beradik yang sentiasa di hatiku. Semoga semuanya dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk rakan2 seperjuangan, aku bersyukur diberi kawan2 yang baik hati, dan aku ingin memohon kemaafan kiranya kesilapan yang aku lakukan terhadap kawan2. Dan, aku amat berharap tiada yang memusuhi aku dari belakang, oh, tidak mungkin aku mempunyai musuh dalam selimut! Jauhkanlah, semoga yang baik2 saja mendatangi aku di tahun 201o.Insya-Allah...

Aku juga berazam untuk menjadi pekerja yang lebih berdedikasi..Ehem...heheheh..bla bla..

Okey, apa2 hal pun selamat menyambut tahun baru 2010, semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan! Insya-Allah.. Say Good Bye to 2009!!

Monday, December 28, 2009

Wafiy

Tuh tu tu
ma ma ma
pa pa pa
pah pah pah
Itu antara beberapa suku kata yang disebut Wafiy, baru beberapa hari nih, dia dapat suku kata itu. Umurnya, dah nak masuk 1 tahun 4 bulan, tapi masih belum dapat menyebut sesuatu perkataan. Hemmm..sabar aje lah.... Sebelum ni, aku pernah meluahkan perasaan aku ni kat suami dan kawan2 tentang Wafiy yang agak lambat bertutur. Tapi mereka menganggap itu adalah perkara biasa. Walaupun demikian, apa saja arahan yang aku beri kepadanya, dia faham dan mengikut arahan yang aku beri.

Wafiyah..:-))


Satu perkara lagi tentang Wafiy, dengan umurnya yang masih mentah itu, sudah pandai menunjukkan rasa takut. Yang paling aku tidak berkenan, dia seolah2 memahami perkataan 'hantu". Aduh! Aku dan suami tak pernah menakut2kan anak2 tentang "hantu". Dan, Iman, kenal/tahu tentang 'hantu" di rumah pengasuhnya yang pertama. Aku tidak boleh berbuat apa2, kecuali memberitahu dia, "Iman, hantu mana ada, dalam tv aje...kat sini tk dak hantu". Dan, soalan2 menyusul menyebabkan aku dan suami penat untuk menjawab...huhuhuhu..

Iman: Adik, hantu tu..kat belakang adik tu..ada hantu...

Wafiy berlari2 ke arah aku dgn muka berkerut seolah2 takut.

Mama: Iman! Saper ajar cakap hantu?

Iman: ***! (pengasuh)

Mama: Iman, lain kali jangan cakap gitu kat adik....Bla bla bla

Abaikan kaki kat belakang tu, itu amoi punya kaki



Thursday, December 24, 2009

24 Disember

Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan Nurdiana
Allah Selamatkan kamu....
Insya-Allah, Amin.


Tiada lain yg aku harap, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak2, menjadi anak baik untuk kedua ibu bapa, ditingkatkan iman dalam diri, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat....


-My luvly usband, Mr. Hanapi, terima kasih atas ucapan birthday (adiah mana weiii..belum dapat nih. Jawapannya-"Tadi dah kuar jalan2+makan2, cukup la" Hhuuhuh...isy, akan ku tuntut sehingga ke lubang cacing tau!;-))
- Iman, terima kasih sayang, "selamat ari jadi, mama" (w.pun papa yg ajar, tapi mama terharu bila Iman wish kat mama! Mama sayang Iman n Wafiy!
-Ma n Ba, terima kasih atas ingatan tarikh besday anakmu ini...jauh di mata, dekat di hati.
-Along (kakak), Faiz (adik) juga, terima kasih...

-Dan, kawan2 yang ucap besday, terima kasih semua atas ingatan itu....

Tuesday, December 22, 2009

Shopping Part I-Sogo

Mood: kembali ceria n berbunga2 selepas menghirup udara Sogo tengah hari tadi..ahhahah.... Terkedek2 aku ke hentian teksi dgn selambanya berjalan sorang2, best jalan sorang2...:-)) . Dengan hati yang berbunga2 aku membeli beberapa helai baju basahan dua beradik tuh. Pas tu intai2/jalan2 kat tingkat pinggang mangkuk, best juga. Sale boleh tahan. Aku pun merembat beberapa biji cawan yang comel untuk dihadiah kepada Ma aku. Nak bagi surprise kat Ma, malam ni Ma n Ba, Along(cucu mereka), ngan 2 orang adik aku akan bertolak balik ke Kelantan selepas 10 hari bercuti di KL ni. Emm, malam nanti baru aku nak bagi cawan comel tu kat Ma, pasti dia suka bangat!
- Untuk Ba, aku tak pegi menjelajah baju2 kat Sogo tu, aku pun tak berapa reti sangat beli baju org jantan nih, n ba amat pemilih dalam membeli baju nih. Lagipun, hari tu, kami dah bawa Ba pegi Sogo, n aku suruh dia pilih sendiri, katanya, "tok payoh la na, tak dok hok kene la". Dan, sebagai ganti, tadi aku telah membeli bekas2 comel sebagai hiasan untuk dihadiah kat Ba! Ba memang berminat bab2 dekorasi rumah ni. Harap2 Ba suka dgn pemberian ikhlas anakmu ini.:-))
-Apa-apa pun, mood aku kembali pulih, dan jika diizinkan-Nya, shopping part II akan menyusul..ahaks!

Menjelang 24 Disember




Mood: kurang ceria + mengantuk=Full stop.

Monday, December 21, 2009

Iman n Seragamnya....

Salam 4 Muharam....

Jumaat lepas, kami ke Genius Aulad utk menyelesaikan bayaran tadika Iman, dan ambil baju seragamnya sekali. Tiba di sana, kedatangan kami disambut oleh 2 teacher, Iman pula dgn ramahnya bersembang dgn teacher2 itu. Balik rumah, dgn rasa tidak sabarnya, ckp nk try baju tu. Jom layan gambar Iman.

Peace!

Best!



Baju agak labuh, kena repair skit..:-))


Sebenarnya, aku dan suami amat bimbang dgn persekolahannya nanti. Bimbang kalau2 dia tak nak ke sekolah tu. Tapi kami sentiasa bagitau dia n cuba bagi gambaran tentang suasana persekolahan, kawan2 yang ramai, teacher yang baik hati, sekolah yang cantik, makanan yang sedap. Tengok gaya Iman, dia nak, n seronok bila kami bercerita tentang sekolah barunya itu. Suami cakap, kita try dulu, jangan paksa2 dia, kalau dia rasa seronok, kita teruskan, kalau tak, berhenti aje lah. Jangan kita yang teruja sangat. Nampak gaya, memang kami berdua memang teruja la nk Iman ke sekolah. Apa-apa pun kita tengok Januari depan....

Wednesday, December 16, 2009

Cerita Fenugreek (FNG)

Salam...

Aku nak kongsi cerita. Aku mula telan FNG ni Ramadan yang lepas. Aku kodek2 dalam Susuibu.com, kaum ibu menyusu bincang fasal FNG. Kebanyakannya cerita yg bagus2, FNG dpt menambahkan susu. Aku sangat le teruja utk mencubanya, tapi, harganya agak mahal, dan aku menangguh2 utk mencubanya, sehinggalah mamazarin mengajak aku untuk membeli FNG dgn harga yang berpatutan. Dek kerana bimbang tahap pengeluaran susu bln puasa, akhirnya kami sepakat dan bersetuju untuk membelinya.
Sangat la excited aku utk menelan FNG, dan pada awal percubaan, dalam 2/3 hari aku dpt rasakan peningkatan dalam pengeluaran. Kejap2 aku mesej mamazarin-bgtau perubahan yg agak cepat itu. Aku tak tau adakah FNG punca pertambahan itu atau sampingan2 lain yg kuamalkan seperti kurma, soya n beberapa makanan lain. Apa2 pun aku tetap buat andaian, FNG turut membantu pertambahan susu aku tu. Lebih kurang seminggu selepas itu, aku dapati susu ku semakin berkurangan, dgn keadaan kepala aku yg kejap2 pening/sakit. Aku cuba rujuk sdr penjual FNG itu, dan dia menasihati/memberi pengetahuan ttg FNG. Drpd nasihatnya itu, FNG bukanlah punca susuku merudum.
Beberapa lama kemudian, aku mkn motilium pula, atas cdgn doktor. Alhamdulillah, pengeluaran kembali baik. Dan, aku simpan fngreek itu. Sehinggalah aku lupa sebentar akan kewujudan FNG.
Setelah bekalan motilium kehabisan, aku tak makan apa2 pil. Sehinggalah suatu hari, aku merasakan bahawa aku perlu mengambil supplement untk tenaga dlm badan. Aku kodek2 lagi vitamin apa yg sesuai utk aku amalkan sebagai menambah tenaga dalam badan, di samping tidak menggangggu hasil pengeluaranku. Dalam pada itu, aku teringat fngreek dlm simpanan aku. Akhirnya, aku mengamalkan kembali FNG itu, dgn harapan, dpt menjadi vitamin utk aku, w.pun yg aku tahu fungsi FNG adalah hanya utk menambahkan susu badan. Selain itu, aku tk tau fungsi FNG. Dan, alhamdulillah, dlm 2 minggu aku ambil balik FNG ini, hasil pengeluaranku agak baik. Sebenarnya, aku telan FNG bukanlah mengharapkan susu akan bertambah, tapi kerana rs syg pula bila tgk pil tu berlambak2 lagi dlm plastik, lgpun ia masih elok, belum expired. Hasilnya, agak memberangsangkan, dan susu pun semakin pekat. Tak de la pulak rasa pening/sakit kepala seperti di awal percubaan ku Ramadan yg lepas. Apa yg penting, bila mkn FNG ni, perlu minum air berliter2, sehingga setiap 30 minit aku akan tandas. Hehehhe....
Pada masa yang sama, aku memanjatkan kesyukuran dgn anugerah Allah SWT ini. Dan aku sentiasa berdoa semoga dikekalkan hasil pengeluaran untuk Muhammad Adam Wafiy ini. Janganlah dikurangkan hasil pengeluaran ini, jika ditambah2, aku bersyukur kepada-Mu. Amin.

Rumah Persekutuan, Morib, Selangor.

Salam....

Hari ni baru ada mood nak update blog, semalam kepala agak pusing disebabkan virus selesema yang mengganggu. Alhamdulillah, hari ni beransur pulih, dan mood sedikit ceria, kawan2 sekelilingku pun aku tgk agak ceria, terutama Aleeya, maklum le, nak balik kampung. Ala, tau la awk nak cuti lama ... dan aku pulak cuti tinggal seposen aje...:-)) Aduhai...
Apa-apa pun, entri kali nih, fasal percutian kami di Rumah Persekutuan, Morib, Selangor. Sabtu lepas, famili aku dari kampung datang untuk menghabiskan cuti sekolah. Dan, Ahad kami bertolak ke Morib. Di sana, kami menginap di Rumah Persekutuan - boleh tahan la. Pantai Morib biasa2 sajer, tak teruja sgt untuk mandi pantai, walaupun aku tgk, ada jugak yg mandi pantai dgn keadaan pantainya biasa2 saja. Apa yg penting, rumah yg kami menginap, amat selesa. Aktiviti kami di sana, hanya makan2...ahhaha...borak2...okey la tu. Kami ke sana hanya untuk berehat. Tapi gambar makan2 kami tk snap, sbb masing2 sibuk menikmati makanan, tak kuasa eh nk snap gambar ms tu..:-))
Kita layan aje beberapa keping gambar yang ada nih.

Mama yang sedikit sengal-main buaian

Kat sana Iman dan sepupu2nya, tak reti nak duduk diam, berkejar-kejaran, diam bila time tidur aje. Along n Angah (anak kakak), aktivitinya, tengok tv aje..astro ceria..dua beradik ni bukan selalu jumpa, time cuti sekolah ni lah, baru dapat bermesra. Sorang di timur, sorang di barat, entah bila akan duduk bersama, aku pun tak tau. Wafiy pula asyik berdukung dengan cik sue nya. Adik aku yang bongsu tu memang rajin berdukung2 nih. Dan, kami kaum perempuan, kejap2 masuk dapur, menyediakan makanan untuk bapa2 dan anak2...ehhehe.

Bergambar kenangan sebelum bertolak balik



Wafiy dah start nak ngamuk



Ba n menantunya....




Monday, December 7, 2009

Lagi Iman dan Wafiy




Ini aksi Iman dan Wafiy malam semalam. Kebetulan tengah hari semalam aku buat sup tulang, malam tu aku terus rebus pasta ABC, makan bersama2 sup tuh, bersuap2 dua beradik tu.
Nyum nyum, sedap la mama....
Iman nih agak memilih pasal makanan nih. Nak makan pun ikut mood, macam2 gaya memujuk nak suruh dia makan, tapi pasta ABC nih, menjadi kegemaran Iman dan Wafiy selepas ia diperkenalkan oleh mamazarin.


Nah adik, nganga, abang suap


Ben 10...jom ke sekolah!


Malam Ahad kami ke Alpha Angel, sajer pusing2, entah kenapa suami aku rajin pula keluar hari cuti ni, entah angin apa yang menyerang dia. Aku tak kisah, bila diajaknya keluar, boleh aje, penat/ngantuk-dah tak rasa, asal dapat jalan. Suami cakap, orang ada tahi lalat kat kaki ni memang suka jalan". Perli aku le tu! Anak2 pun mood okey, cukup tidur... so apa lagi, pantang diajak..:-)) Tak de la membeli belah, just jalan2, betul2 cuci mata, almaklum le, tgh bulan, hehehe. Dalam pada itu, Iman telah berjaya memujuk aku untuk mendapatkan beg ben 10 nya, aduhai Iman.

Sabtu

Aksi Wafiy yang tak heran ngan kanak2 lain2
Sabtu lepas, kami sekeluarga ke KLCC, tak rancang pun. Dengan sedikit bekalan yang tak seberapa, kami bertolak ke sana, hampir pukul 11 kami tiba di sana. Nasib baik cuaca tidak debitu panas, kira ok lah.... Kami ke kolam untuk kanak2, Iman apa lagi, seronok lah, ini kali kedua dia mndi kolam di situ, dan kali ni aku dpt snap pic dia mandi kolam. Wafiy pula, buat hal sendiri, tak mempedulikan kanak2 lain yg 'kecebur2' dalam kolam tu..:-))


Selesema n batuk, tapi tetap nak mandi kolam...ermmm


Macam tak de perasaan-sebab kat tgn ada keropok


Yehaaa!


Nyum nyum....


Hati2 sayang!








Bekal makanan ringan kami 4 beranak









Friday, December 4, 2009

Nostalgia


Awal pegnen kan Wafiy

6 bulan-pegnen kan Iman







Yang ni tak ingat, tapi rasanya 8/9 bulan



4 bulan pegnen kan Wafiy


Heheheh/hihiihihi/...pembukaan entri kali ini gelak2 kecil...ermmm...sajer nak gelak, tk de apa maksud tersirat, tapi ada kaitan ngan gambar yang aku nak papar kali ini. Ini adalah berikutan aktiviti aku petang semalam. Semalam, aku duk godek2 pc nih, menengok gambar yang ada kat pc aku nih, sambil mencuci gambar2 yang tak sepatutnya ada dalam pc aku nih, nak ringankan pc aku yang agak lembap nih. Last2 aku terjumpa gambar masa aku pegnen anak pertama...hehehe..So, aku nak abadikanlah dlm blog nih....Buat kenangan le....tapi tak banyak sgt gmbr aku time pegnen. Terkilan gak aku...patutnya, setiap bulan time pegnen tu aku kena amik gambar... (Anak ke-3 lah nanti..heheh.insya-Allah). Time pegnen ni seronok tgk muka aku, ada le chubby skit...walaupun tk banyak..:-)) So, kita layan gambar pegnen aku...Layannnn....
SELAMAT BERHARI MINGGU!!

Wednesday, December 2, 2009

Along


Salam semua....


Ni nak cerita skit pasal anak buah aku, Muhammad Danish bin Roslan a.k.a Along. Along ni anak sulung kakak sulung aku, anak buah aku yang sulung, dan cucu sulung ma n ba. Pada 26 November lepas, Along menyambut besdaynya yang ke-9,
Happy Besday, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Yang uniknya - Along ni, seumur hidupnya selama 9 tahun ni, sebutir nasi tidak pernah masuk ke dalam mulutnya, kecuali semasa dia berumur 6/7 bulan makan bubur nasi. Dan, menu Along setiap hari kebanyakan adalah berasaskan gandum, jeput telur (cekodok), roti canai, roti, itu la makanannya setiap hari. Dan lagi, kalau kami nak makan nasi, dia akan cepat2 menjauhkan diri, agar bau nasi itu tidak meresap ke dalam hidungnya. Sekiranya terpijak sebutir nasi pun menyebabkan dia menggelepur. Kadang kala kami terfikir apa le yang bermain2 dalam fikirannya itu. Pelbagai cara kami memujuknya agar dia makan nasi, ternyata, usaha kami sia2, dan, Along juga cuba untuk menelan nasi tapi, akhirnya muntah, ermmm... Walaupun tidak pernah makan nasi, tapi alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik. Kami sentiasa menunggu saat dan ketika bilakah dia akan menjamah nasi walaupun sebutir... Dan, kami sekeluarga akan buat kenduri kesyukuran sekiranya saat itu tiba (sampai begitu sekali janji kami):-))







Wednesday, November 25, 2009

Aidiladha

Salam untuk semua,

Petang ni, insya-Allah, kami sekeluarga akan bertolak ke Kelantan. Semoga perjalanan kami lancar, dan selamat sampai.... Aduhai...penatnya mengenangkan perjalanan yg jauh ini! Dan, kepada semua umat Islam, selamat menyambut hari raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban. Juga, selamat bercuti! Harap2 cuaca di kampung baik...dan semoga dipermudahkan segala pekerjaan oleh-Nya. Amin. Mudah-mudahan hari raya ini akan menjanjikan yang terbaik untuk kita semua. See u all next week! Happy Holiday!! :-)) Berhati2 di Jalan Raya, ingatlah orang tersayang!!

Monday, November 23, 2009

Dan, Akhirnya....

Alhamdulillah...tengah hari tadi, akhirnya aku dan suami telah mendaftar Iman ke Tadika Genius Aulad...Lega rasa hati...aku pula yang teruja, harap2 Iman rasa seronok ke tadika tu. Aku dan suami akhirnya berjumpa dengan tadika yang menerapkan konsep Islamic-English.
Genius Aulad, yang baru dibuka cawangannya di Wangsa Maju, nak kata dekat ngan rumah aku...tak la sgt..tapi boleh la... Sabtu lepas tadika ni buka pendaftaran...tapi kami berhalangan, so, hari ni aku call teacher Ayu, dan kami ke sana tengah hari tadi...teacher tu brief kami tentang Genius Aulad. Alhamdulillah, kami amat berpuas hati dgn penerangan teacher tu.
Aku harap nanti Iman akan seronok dan mendapat bnyk ilmu di tadika tersebut. Tak sabar nak balik rumah, bagitau Iman tentang persekolahannya nanti! Dan, pasti beg ben 10/ultraman akan dimintanya nanti..ahahhah. Dan aku, pastinya tak sabar menunggu 1 Januari 2010 nanti! Heheheh..macam tak sangka pula, anakku akan bersekolah pada usianya 4 tahun..:-)) Harap2 semuanya berjalan lancar. Insya-Allah (Macam aku pulak yg nak bersekolah..kui kui kui)

Agak Bosan

Salam....
Sabtu dan Ahad lepas agak membosankan ... 2 hari berturut2 suami kursus...haiya...kalu ini macam..duduk rumah juga kami 3 beranak...ermmm..sabar aje lah...bangun-mandikan anak2, tgk tv, mkn...tgk tv, tidur..itu lah aktiviti kami...patah kaki le kalau suami tiada di rumah..apa boleh buat...erm, buat aje lah apa2 yg patut...lipat kain (aktiviti yg plg tidak suka..huuhuhu), basuh baju, dua beradik tu tidur, dapat le kemas apa 2 yg patut...fuhhh...ptg baru suami ku balik...nak ajak dia kuar malam tu pun, tk sampai hati...dia pun nak berehat, iman n wafiy pun, tidur agak awal....tak pe lah...sekali sekala duk rumah..(sedapkan hati weiii..:-))
Nasib la Ahad tu, ada kenduri kawin anak K.Halilah kat kajang, aku pun numpang le K.Yan Abg Meor-oficcemate aku,..thnks sbb tumpangkan kami 2 beranak (wafiy-tinggal umah pengasuhnya-sori syg..mama tk bawak syg)...seronok iman, Abg Meor-suami K.Yan melayan dia pasal ultraman....seronok le Iman...lalalalalala

Friday, November 20, 2009

Jumaat yang Indah!

Lena diulit Intan


Kembar Siam...hehhe

**Selamat pagi anak mama

selamat pagi anak mama

selamat pagi anak mama

lalalallallile..uuuuu!!

matahari mula bercahaya

sang suria riang memancar!

(melodi nyanyi mcm lagu slmt pagi anak negeri...tau tak?:-))



Bangun je pagi ni...

"Mama, tadi Iman nampk ultraman kat sini"-sambil berdiri atas katil kat tingkap.

Sah! mesti mimpi ultraman semalam..hehehe...itu lah Iman, tiap2 malam tidur dgn ultraman kesayangannya...

Si kecik Wafiy pulak, bangun pagi je..sengih2...cam kerang busuk...hehehe...sgt comel!

Thursday, November 19, 2009

Mendidik Anak




Salam...

Blog ni dh macam tempat persinggahan lak, ada yang kata blog ni tempat luah perasaan, lebih kurang macam diari la..(ingat zaman sekolah dulu...tulis diari..hehhe), yg penting bagi aku, blog ni boleh aku coret sesuatu, yang aku nak coret...:-)) Bukan itu yang aku nak cerita kat sini...ini cerita pasal anak2. Semakin bertambah usia anak, semakin banyak perangai yang tidak terjangka oleh aku ni. Pasal anak sulung aku tu, Iman...sekarang dia dh 3 tahun lebih...macam2 perangai yang terpaksa aku terima sebagai seorang mama..yg memerlukan kesabaran yang sangat2 tinggi! Dua tiga hari nih, semakin menjadi2 perangainya...fuh..mencabar betul! Dua hari lepas..dalam perjalanan balik ke rumah..dari rumah pengasuh(perlu melalui beberapa kedai-biasa le umah flat kan, bnyk kdai runcit kat bawah tu).


" Mama, Iman nak beli Choki"

"Iman, mama tak bawa duit, sayang"

"Nak jugak!"


Adoiii..aku dah pening...ditarik2nya aku..dah tk reti mcm mana nk bgtau. Meraung dia kat situ...ditarik2nya tangan aku...aku terus aje jalan...

Dengan nada yang memujuk, "Iman..mama mana ada duit, nanti mamak tu marah mama tak bawak duit. Kita naik rumah dulu, ambik duit."

Sejak bila pandai sebut choki tu (coklat dlm plastik panjang tu)...pengaruh tv/ umah pengasuh le ni dia makan)

Sampai ke tingkat 2..dia menangis2....pujuk2 pun tak menjadi gak...sampai ke rumah jeritannya itu, macam sakit2...


Papa : Ha..ni apa lagi


Aku dah gerun... Dan, "bilik gelap"-stor itu lah tempat diletaknya Iman kalau buat perangai...


"Mama, tolong Iman", dan yang paling aku rasa sayu, "Adik, tolong abang" si adik nya, terkebil2...kat depan pintu stor tu..


Tapi bukan lama pun kat dalam bilik tu...


Keluar aje Iman..nangis2..datang peluk aku..."mama, mama"...aku pulak yang sedihnya...nangis sama..


Suami pulak selalu pesan kat aku, jangan terlalu manjakan anak...dan aku rasa, aku tak de pun manjakan anak..tapi aku rasa semua ibu2 tentu macam aku, sedih/sayu..naluri seorang ibu! Suami aku juga cakap, masa kecik la kita nak bentuk dia...kan dah besar...menjadi2 perangai....Dan, kalau nakal aje, "bilik gelap" itulah tempat yang ditunjuk suami aku, tau la jugak dia takut...dan hasilnya, menjadi juga...:-))


Kadang2 aku kenal pasti punca anak aku tuh kalu dia mula buat perangai...rupa2nya ada bab...antaranya,-letih, tk cukup tidur, lapar susu (makan bnyk still kena minum susu..kalu tk ngamuk le dia). So, kita tak leh nak salahkan anak2 seratus peratus, ada sebab yang menjadikan dia perangai....Kadang2 dia tak dapat apa yg dia nak kat rumah pengasuh...so dia pendam aje...bila blik rumah, dia akan lepaskan perasaan dia tu...Hermmm...memng mencabar....masih jauh perjalanan nih...nak tunggu anak2 besar..macam2 le kena tempuh....Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2!






Tuesday, November 10, 2009

Berat Badan

Salam ceria!
Alhamdulillah, hari ini, semangatku lebih baik drpd semalam....mood agak stabil, dan ada idea untuk menulis sesuatu di sini. Tiba2 cam teringat, dan ingin bercerita..:-)) Ahad lepas aku dan family ke Mid Valley, tujuan utama nak g Fair Education tu, kul 11 lebih aku ke tempat tu, tgk, tk de apa2 tanda pun fair tu, yang ada, fair lain...ala2 pc fair gitu. Isy! Frust juga, tengok Hall 1, tutup aje...so apa lagi blah aje lah, jalan2 cuci mata..tiba2 suami berhenti, oh rupa2nya nak timbang, ahahha, iman pun nyibuk gak nak timbang..heheh, aku pun tumpang jugak le dua kaki, cam confident aje, ... 37 kg! (selepas bersalin aku tk penah timbang). Adoii kurusnya mak! Aku sebenarnya tak le kejut sgt, dh agak, mesti kurang 40 kg. Suami ckp, tambah le skit, biar jadi 40 kg. Apa, ingat ni bleh tambah suka2 hati je ke? Mana tau, makan dah byk, tp still maintain! (Perut ni lapar sokmo..heheh).
Tapi betul juga, aku rasa badan ni cam melayang2, muka pun cengkung aje..tk cun la kalu cengkung sgt...(memang ramai yg tegur aku kurus cekeding). Dari aku anak dara sampai skrang, macam tu lah berat aku. Penah sekali masa aku blajar semester 1, 40 kg, rasa bersorak, muka pun nampak berisi aje, comel aje time tu! Chehh.. Lps tu tak naik2 dah..turun ada le...Masa pegnen pun, paling berat-9 bulan tu, 50 lebih kg aje berat..tk sampai 60 pun...tapi dok ckp, itu normal la...dari 37 kilo...sampai nk besalin, berat badan kena stabil, lebih kurang 12 kilo aje naik...:-))
Tapi, prinsip yg aku pegang ni, mungkin sbb aku bf, itu sbb maintain..:-)) Sebab banyak sumber yg aku peroleh, BF boleh mengurangkan berat badan. Aku setuju dgn fakta tu, sebab aku tgk, kawan2 yg BF anak2, kebanyakan, badan semua maintain, ehhehe...tapi jgn le salah faham pula, kan ada yang fikir, berat badan 70 kilo, kalu BF anak, boleh turun sampai 40 kg...hehhe..itu melampau le. Mungkin dari 70 kg dpt la turun beberapa kg sedikit demi sedikit..ye tak? Setuju tak? So, kepada kawan2 yg sedg pegnen skrang ni, tak payah le susah2 duk fikir ubat apa nk telan untuk kembali langsing lps salin, ni, so, doa2kanlah agar dpt BF anak sepenuhnya lps salin nanti....insya-Allah..badan kalian pasti langsing, cun melecun, jimat kos lagi...:-)) Kuat semangat!!! Chewah...
(*Psttt! Mamazarin, semlm buat yee mee, agaknya, itu sebab cam rs semangat skit hari ni..heheh)

Monday, November 9, 2009

Merepek

Salam...rumah ni rasa macam dah bersarang je. Sepanjang2 ni macam2 gak perkara berlaku, tapi aku biar macam tu saja...nak luah kat blog ni macam tak de mood sgt..so, yg berlalu biarkan ia berlalu...yang sedih2 tu usah dikenang, yang seronok2 tu bleh la dikenang2...:-)) Aku bukan nak fokus apa2 cerita kat blog ni..sajer jenguk dan cuci mana2 yang patut...Nak kata cuci dgn sabun, tak juga, just curah air sikit2..heheh (apa le aku merapu ni). Apa yang penting, aku dah up date blog ni...:-))
Belum terlambat rasanya, aku nak ucap Selamat Pengantin Baru untuk Nanie dan Izailani. Semoga berbahagia selama-lamanya.... Selamat berbulan madu untuk pasangan ini. Tahniah.
Itu aje lah untuk kali ini....(sedikit blur). So aku tinggalkan serangkap pantun untuk tatapan sekalian.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
*(Apa saja aku merepek ni..:-))

Tuesday, November 3, 2009

Jom ke Mid Valley!



EDUCATION FAIR 2009

05 - 09 November 2009

Hall 1

Thursday, October 29, 2009

Antara yang Disukai....

Ehem ehem...lepas ni nk try kasut papa lak....


Alamak, mama dah jeling la....


Kena selamatkan diri nih!



one two three...mama dh dtg!!!



mama, mana ultraman Iman?




Ini la mainan kesayangan Iman....




Ini juga karakter katun feveret Iman...







Monday, October 12, 2009

Jatuh Cinta LAGI!


Hahahah..jangan marah ye..tajuk kat atas tu...tak de kaitan ngan entri nih..hehhe, bikin suspens saje. Sebenarnya, hari ni aku macam suam2 gila..nak tulis entri.Hari ni, dah 3 entri aku tulis, patutnya, aku rangkum je sekali gus, tapi aku wat pecah entri..ntah gila apa aku nih...kejap2 cam terlintas di pikiran nak tulis itu ini...heheh....jgn marah ye! Konon2nya bnyk idea la nih...ehhehe. Suka hati aku le nak tulis banyak2 pun kan...aku punya blog, aku punya jari le..hehehe..sombongnye cik puan ....:-)) Citer aku kat entri ketiga aku utk hari nih adalah bebas. Hemm..walau apa pun, aku bersimpati kat member aku sorang nih..aku tgk dia tak bermaya sgt..ntah apa angin yg melanda dia hari nih, aku cuba2 teka masalah yg dihadapi rakanku itu...aku nih bukan reti nk tanya dia, "nape awak, ada masalah ke?"(cam skema pulak kalu tanya gitu kan).Tapi aku cuba meneka2 sendiri, mungkin dia ngantuk bangat (masalah tidur member aku sorang nih), atau mungkin ada masalah peribadi. Pagi tadi dia ada ckp ngan aku, dia sakit2 badan..cam tak bermaya...dgn selamba aje aku ckp ngan dia, awk mkn le vitamin..hehhe...jgn marah aleeya...kasi hepi skit ye...apa pun masalah yg awk hadapi...pandai2 lah..kalu rasa nk citer kat saya...anytime sy leh dgr...


Lagi aku nak citer....tiba2 aku cam teringat dan sedikit terharu+tak sangka giler yang aku dh hampir setahun aku ke hulu ke hilir dgn beg itam kesayanganku itu....minggu lps aku ada bgtau mamazarin, k.diana ni cam tak sangka....dh lama rupanya kita BF anak kita..ermmm. Alhamdulillah...anugerah Tuhan yang tidak ternilai! Terima kasih Ya Allah, semoga kurniaan ini akan kekal selagi aku terdaya....aku gembira dgn anugerah ini... Dan, fasal beg itam nih, naik turun lrt...aku setia dgn beg ni..aku tak ingat la bulan berapa aku guna beg ni,,,tp yg pasti..lps abis cuti pantang, aku naik keja...aku belum beli beg keramat ni...aku agak2 wafiy 4 bulan aku baru nak kelek beg nih..tak silap aku la. Rasa dah jadi biasa bawak 2 beg dtg keja...aku tak tau apa jadi lps nih, suatu hari nanti pasti aku akan berpisah dgn beg itam keramat ku itu...uwaaaa!! Aku tak sanggup menghadapi saat itu. Aku tak de hand bag yang cantik..cam org lain..yang aku duk bawak sampai skang nih,,beg besar...yg buleh muat macam2 dan beg itam keramat nih..kiranya aku dtg/blik keja dgn 2 beg nih...hehehe...nanti aku upload 2 beg nih...cita2 nak beli handbag yang cantik skit belum tercapai..tk de masa nk g soping ...:-)) Aku rasa bahagia dgn beg itam kesayanganku ini...aku tak kisah apa org nak kata...badan aku dah le kecik..bawak pulak 2 beg..ahahha...tak comel langsung kan? Yang pasti ku bahagia....:-))


Itu aje lah...aku nak tulis...hehehhe...aku tgh tunggu member....nak cari barang dapur...k.fida...calling me kalu jadi nak p tau!!


Wafiy....

Pada masa yang sama, aku duk fikir2 fasal Iman dan Tadika, akhirnya, minggu lepas, Wafiy dah mula tatih2...laju dah...dan cuti sabtu ahad semalam...langkahnya semakin banyak dan siap undur belakang, dan dapat seimbangkan badannya dgn baik...alhamdulillah...Hemm..apa lagi, panjang la langkahnya, tak nak merangkak dah...kecuali kalau nak kejar aku ke dapur/ toilet tak sabar nak sampai cepat...akhirnya mengalah, merangkak jugak sambil nangis2....sengih2 aje dapat jalan...(belum sempat amik gambar wafiy berjalan..nanti2lah). "Up up walking walking"... apa lagi...kedek2 jalan, sengih2 cam kerang busuk...comelnya anakku!
Sekarang ni pula semakin buat perangai, tak nak pisah langsung dgn aku, ada Abang Iman n papa dia pun...tak nak. Abang iman bukan main pujuk adik....tak pakai juga...hem...semakin menjadi2 manjanya Wafiy...hem sabar aje lah....time kecik gini la nak manja2 pun....Dan, sebelum Iman demam, Wafiy yang demam dulu...panas2 badan..mungkin demam nak berjalan...alhamdulillah, hari ni demamnya pulih sepenuhnya, Iman pula yang terkena demam. Dan, pagi tadi aku dah bekalkan ubat demam Iman, dan pesan kat pengasuh kalau demamnya melarat, telefon aku....

Iman dan Tadika II

Tadika St Ronan...aduh...namanya bikin aku cuak....dgr cerita2 macam bagus...tapi namanya tuh..tak berapa nak berani la nak hantar Iman ke tadika tu...so, last week, aku try la telefon...sembang sikit...aku dgr suara2 di belakang...bising2...ermmm.ye lah kan...tadika...suara budak2..dan org yang angkat telefon tuh...cam sibuk...antara butir2 penting yg dia sebut..."kat sini conversation in english..." aduh..memang le bagus anak2 blajar English..tapi yg paling penting..agama tu...aduhai...aku tanya le dia, agama ada ajar ke. dia ckp ada...kalau puan berminat, datang la kat sini..kita bincang2... Hemm...aku citer kat suami..dia ckp...agama, kalau setakat alif ba ta tu..baik tk payah..aku duk pikir2 ermmm...kena cari lain...Dan ada beberapa lagi tadika yg aku google minggu lepas, belum sempat ku kodek2 lagi..huhuuh..aku ni memang beria2 nak hantar Iman ke tadika nih....Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku...

Lagi perbualan aku dan Iman fasal sekolah..

Mama: Iman, nak g sekolah?

Iman: Nanti mama kena tunggu Iman tau...jangan g mana2...nanti mama antar iman, tunggu Iman, balik dgn Iman.

Mama: Okey, tapi hari pertama aje, sekali aje mama tunggu Iman, mama tunggu iman kat luar..Esok tuh, papa antar Iman sekolah..mama g opis, nanti balik, papa amik Iman...

Iman: (Diam ... buat2 tak tau...)

Hemmm.....Iman seolah2 faham dan mungkin dia dpt membayangkan suasana persekolahan...

Semalam Ahad...badannya panas...pagi ni makan ubat demam, kebah...anak2 demam, aku pasti resah gelisah....semoga Iman cepat sembuh...

Dan yang pasti, aku akan terus survey Tadika...:-))

Monday, October 5, 2009

Iman dan Tadika


Salam...

Hari Isnin yang mendamaikan...chewah...nk tau kenapa mendamaikan? Rahsia! Yang pasti Aleya juga tahu kenapa hari ini amat mendamaikan..:-))

Aku bukan nak citer pasal 'mendamaikan' tu, itu just permulaan je. Sebenarnya, dah lama aku pikir benda nih, tapi kemuncaknya dalam 2/3 hari nih...aku dalam dilema nak antar anak aku yg sulung tu-Iman, ke tadika atau tunggu dulu? Tahun depan Iman dah 4 tahun...18 April 2010...aku dan suami tengah berkira2 nak antar dia ke tadika. Empat tahun? Tidak terlalu awalkah Iman ke sekolah dengan umurnya 4 tahun? Kalau ikutkan, aku zaman dulu, 6 tahun baru g tadika, itupun tadika kemas-ehhehe..itu zaman dahulu daa... Tapi ... tak tau nk antar tadika mana la...sekarang ni, misi aku dan suami-survey tadika...antara ciri2 tadika yg kami nak:


- dekat ngan tempat kerja suami/laluan ke tempat kerja-jauh skit dr tempat keja tk pe..tapi skit aje ok...:-))

-pengisian tadika tu perlu seimbang-dunia+akhirat...

-persekitaran yang harmoni-luar dan dalam

-tak nak murah/mahal sgt-yang sedang2...berbaloi-mahal sikit tak pe...demi pendidikan anak2..sanggup berkorban

-cara penyediaan makanan di tadika tersebut

-(tengah pikir2 lagi)


Tapi masalahnya:

-dah bersediakah Iman untuk ke sekolah?

-tadika mana yang paling sesuai


Langkah2 aku dan suami

-survey tadika-:tengok internet, tanya kawan2 berpengalaman

-Ambil pamplets/telefon/terus ke tadika

-membimbing Iman-sebagai persediaan dia utk ke tadika-sentiasa menggalakkan Iman agar mempunyai minat ke sekolah...


Kalau aku ckp je dgn Iman-Iman nak g sekolah tak? Dia tak jawab pun soalan aku tuh, tapi dia cakap-"Iman nak beg ben 10, pencil box ben 10....beg ultraman..." fuh..berapa bijik beg dia mau? ahahha..apa maksud ayatnya itu? Maksudnya nak g sekolah ke...ermmm. Sekarang dah bulan 10...ada 2 bulan lagi untuk ke tahun baru...so dalam masa sebulan ni lah aku perlu buat keputusan untuk anakku itu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...