Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014 Seadanya ;-))

Seawal pagi anak-anak dah bangun, mandi sunat aidiladha, jamah sedikit juadah. Suami, Iman dan Wafiy, jalan kaki dari blok a ke c, menunaikan solat hari raya.

Tahun ni, kami beraya di sentul sahaja ... tak balik pasir mas....



Cik kembar je lah yang sanggup jadi model skrg ni, bila mama cakap, jom bergambar, ha, terus posing peace! kikhihki..anak2 lain...tak nak, mama pun tengok mood nak berselfie..khihkhik..ada shawl baru baru mak ada mood nak berselfie..ahaks!
 
 
 
 
Juadah raya yang sederhana ..alhamdulillah.. rebus nasik impit raya posa lepas (dapat free), serunding daging tu pun raya posa lepas juga, masih elok (itu pun free jugak) hahah! Mama memang tak pandai nak sedia juadah raya, ini je lah yang mampu, mujur ada yang free2 ni, nak. ^__^
 
 

Suami tengah 'pujuk' lembu ... papa nak tunjuk skill tu..kihkhk..gurau je awak.. ;-))




Alhamdulillah trahun ni kami korban 2 bahagian (lembu) (akikah untuk cik kembar)-ini sedikit dibawa balik rumah, bahagi kat jiran-jiran sebelah yang tak balik kampung. Yang lain-lain, suami dan ajk surau kondo tempat kami tinggal tu urus pembahagian, dan ada acara masak-masak dan makan untuk penghuni kediaman kami. Alhamdulillah, walaupun tak balik kampung, terasa juga kemeriahan aidiladha.



Kata wafiy, cepat la mama goreng, wafiy nak makan lembu..;-)) Dahsyat mu nak, makan lembu. ;-))Tengah hari, goreng daging, letak bawang2, letak kicap, mkn nasik panas2...bertambah2 anak2 ^__^


Malam pula, kami 3 beradik (kakak dan adik lelaki makan malam di rumah saya, masak lauk2 simple..ulam - cicah budu..;-))..semua tak balik kampung...;
 
Tetiba teringat perut lembu cicah air asam. Kat kampung, perut lembu ni memang kesukaan ramai! ;-))
 
 
 
 

Tuesday, November 8, 2011

Pagi Aidiladha 1432 dan Cerita Semperit

Salam, tentunya masih ada yang bercuti raya haji ... saya dah kerja hari ni, raya KL lagi tahun ni. Pagi raya haji, goreng aje bihun, ( baru perasan raya haji tahun lepas saya goreng bihun juga ). Biasalah, bangun pagi2 , kemas rumah, goreng bihun (tetiba rasa macam mak-mak pula, bangun pagi2, sediakan juadah hari raya utk suami n anak2 ... cewah! ^__^ Rindu kat Ba dan Ma di Makkah, pastinya mereka seronok beraya di tanah suci)


Iman dan papanya g solat raya ... kemudian, g masjid Flat Dato' Senu, tengok acara korban ... kemudian beraya di rumah pengasuh iman yang lama. Ada juga lah aktiviti raya haji walaupun di perantauan (eh, aktiviti raya tahun ni pun sama dgn aidiladha yang lepas ^__^)

Cuma yang lain skit, raya haji kali ni, ada semperit special (aci gitu?) ... Ini nak cerita skit ni,



Dengan jayanya Nana promote semperit ni, (sehingga buntang biji mata tgk semperit nana yang berwarna-warni ... wakakaka.) Maka, saya pun nak juga la merasa kesedapan semperit ni. Tapi tak de la sampai berbalang2 saya beli, first, try 2 botol kecik la dulu (tak nak tunjuk rakus la konon2 ... bersopan santun gitu ^__^ Sekali makan, rasa tak cukup pula!). Saya order satu balang kecik semperit original, satu lagi semperit perisa campur2. Satu balang kecik harganya RM 15....

Dengan bangganya SMS nana sehari sebelum raya haji, kami jumpa kat stesen lrt jelatek. Apa salahnya beli2 semperit sambil kenal blogger kan (walaupun kejap). Nice to meet u, nana! Lain kali boleh beli lagi, insya-Allah.


Ikhlas dieyana bagitau, semperit nana ni, sedap, gebu aje, rasa lemak2 majerin2, rangup (ada rasa macam sekut suji skit2). Sambil makan, sambil tengok semperit yang comel ni, (macam orang yang tengah menulis entri ni la =^__^=, Eh, tak sedar, balang hampir kosong! Tapi kan nana, dieyana n anak2 lebih suka yang original. Yang perisa campuran tu okey juga, tapi bau yang perisa2 tu, wangi ... dieyana ni cerewet sikit kalau makanan ada bau2 wangi. ^__^ Tapi kalau sesiapa suka dgn perisa strawberi, pandan, coklat dan keladi, Insya-Allah akan suka....



Nak order, silalah ke Blog Nana (Gambar atas ambik kat blog nana, heheh, tq ya!)

Apa2 pun, tq ya nana, lain kali boleh beli semperit original banyakbanyakbanyak...;-)) Kalau tak raya, semperit ni ada ke, nana??


**Nota Dieyana: Uols dapat banyak daging korban?? ^__^ Aisy, tetiba teringin nak makan rendang+pulut kuning....=^__^=

Friday, November 4, 2011

Aidiladha 1432

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha-10 Zulhijjah 1432.



Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

(Sumber: di sini)

(**Nota Dieyana: Tahun ni kami beraya di KL ... apa saya nak masak pagi raya ni ya? :-(

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha 1431

Salam. Hari ini bekerja seperti biasa, cutiku SIFAR! Ulang sekali lagi, SIFAR! Apa nak buat, reda aje lah ... hehehe. Cerita pagi Aidiladha. Bangun pagi2, siapkan apa2 yang patut, sarapan ala kadar (tapi penuh bermakna, hehe). Hanapi menyiapkan Iman. Dan, mereka bertiga (termasuk adik lelakiku), ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat hari raya.

Juadah ringkas di pagi Aidiladha

--Selesai solat, kami menikmati juadah ringkas itu ... agar pagi hari raya kami terisi, kami ke flat sebelah melihat acara korban dilakukan. Sebanyak 14 ekor lembu berjaya ditumbangkan. Si Wafiy, ternganga2, sambil "mbu, mbu". Iman pula, seperti biasa, banyak soalannya, "Mama, lembu tu jahat ke? Orang sembelih dia sebab dia jahat ke? " Mama le tukang jawabnya..ehheh.

--Kemudian menyingah pula rumah pengasuh Iman- menikmati rendang, nasi impit, lontong, laksa penang, puding laici, air oren ... ehhehe, kenyang kami. Alhamdulillah ... terima kasih K.Ida! Kemudian balik rumah dan acara terakhir kami ... tidur! Hahahah, terbayang2 kalau di kampung ni, duk tunggu daging korban, dan ma akan masak2, nikmatnya makan daging korban.... ZZZZ.... Sedar2, sudah pukul 3.00 petang!! Perut lapar minta diisi, terus ke dapur menyiapkan makan tengah hari pula....
*(Soalan yang entah ke berapa ditanyai Iman (sedikit mengganggu emosiku)-"Mama, bila kita nak balik kampung? Kawan2 Iman balik kampung." Jawapan kami, "Kita balik lain kali, nanti ma dgn ba datang rumah kita" Erm ... tak sabar menunggu kedatangan keluargaku awal Disember ini....Insya-Allah).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...