Showing posts with label Zumba. Show all posts
Showing posts with label Zumba. Show all posts

Tuesday, February 6, 2018

Gombak Fit Dance 1.0 by Fitsisters Group!

Fit Sisters telah tubuhkan pada tahun 2016. Kami bermula dan bertemu di kelas zumba di sebuah studio berwarna pink (F3 Studio), di Gombak. Di situ, kami mula kenal dan mesra antara satu sama lain. Sehinggalah suatu hari kami (beberapa orang) berpindah ke Metabolix Gym/Studio di Sunway Batu Caves. Kami adakan kelas sendiri, dan menyewa studio di Metabolix Gym. Selepas Metabolix Gym tutup, kami berpindah dan menyewa pula studio di Zucca Studio di Prima Sri Gombak. Di situ lah kami adakan kelas Zumba dan Salsation, untuk perempuan sahaja.
 
Begitulah serba sedikit tentang FitSisters Group. Giteww ^__^
 
Ya, satu permulaan yang baik untuk FitSisters Group! Alhamdulillah, pada 21 Januari 2018, Fit Sisters julung-julung kali telah mengadakan satu event Zumba dan Salsation iaitu, Gombak Fit Dance 1.0 di Dewan MPS, Gombak, selama dua jam, menampilkan instructor zumba dan salsation yang hebat belaka! Melalui pelbagai rintangan, tetapi berkat usaha dan kerjasama setiap AJK, Alhamdulillah, event ini berjaya! Bukan senang nak adakan satu event besar sebegitu! Dengan pujian daripada peserta2 menjadikan kami lebih bersemangat dan menjadikan ia satu titik permulaan untuk seterusnya. Komen-komen pula, sebagai peringatan kami bersama. Peace no War! ;-))
 
Beberapa foto ciput untuk kenang-kenangan kami ^__^
 


Zum, zum, zum, Zumbaaaa!

 

Yang tengah berbaju hitam, Eka Yahya, Salsation Elite Trainer!






Insya-Allah, semoga bertemu lagi di Gombak Fit Dance 2.0. Yeahhh! Lol!


Yang berdekatan dengan Gombak dan berminat untuk mengikuti kelas Zumba dan Salsation (1 jam-ladies only), boleh walk in ke:
 
Zucca Studio, Prima Sri Gombak, 
Isnin-9.30 malam
Rabu-9.30 malam

Walk in = Rm 12

Come, and join me ... stay fit dan fun with Fit Sisters Group! Lol! ^__^

Wednesday, November 1, 2017

Salsation is Now!

Jom, malam ini, di Zucca Studio, Prima Gombak, Batu Caves!
 
Ladies only (studio tertutup).
 
Boleh walk in.
 
Isnin dan Rabu : Salsation
 
Jumaat : Zumba
 
#salsation #zumba #fitandfun
 

3 Salsation Instructor (SI) LOL!



Salsation Instructor -berbaju hitam, SI Suetila LOL!



Tamat kelas, wajib bergambar. ^__^
 
Nak sihat, nak gembira, jom lah bersama-sama kami!

Tuesday, October 31, 2017

Anniversary Mega Dance to Fit 2017!

Anniversary Mega Dance To Fit
9 Ogos 2017
Stadium Titiwangsa KL
Anjuran My Fit Dance
 
Baru-baru ini kami join event di stadium titiwangsa, sesekali join ramai2 dengan kawan-kawan sealiran, syok!

 
 
^__^
 
 
 
Zumba/Salsation/hip hop macam-macam lah, digabungkan dalam event ni.



Salsation Family! LOL
 
 
Banyak event lagi sampai hujung tahun ni, tapi 'tiket' daripada Pak Encik yang kat rumah tu dah tak de ... tunggu untuk tahun depan pulok, katanya. Hahhaha! Cukuplah kelas yang kat studio tu ^__^
 
Sesiapa nak join kelas di Zucca Studio, Prima Gombak, nanti kita update kelas next entri ya! ;-))
 
 

Wednesday, February 24, 2016

Lemau Badan Tak Zumba! ;-))

Amboi, tajuk bukan main! Tak de lah, sebenarnya rindu kat kawan-kawan 'sezumba' ... Fitsisters Group
 
Gian nak melompat! Melompat sorang-sorang tak best, nak juga melompat ramai2! Tengok kawan sebelah melompat tinggi, tak nak kalah, nak tinggi juga, lepas tu terpeleot! ^___^ Moralnya, jadilah diri sendiri, buat ikut kemampuan masing-masing. Yang penting, hepi!
 
Serius, badan pun lemau semacam ni ... hampir dua minggu tak g kelas.
 
Balik kerja, lewat sampai rumah, penat, makan anak2 tk siap, rumah tunggang langgang, mana sanggup nak keluar zumba dgn keadaan macam tu kan!
 
Sekarang cik kembar pula tak sihat, pagi petang ulang alik ambik gas kat pusrawi (nebulizer)
 
Bila semua sihat, kita sambung zumba balik! Weihuuuuuuuuuu...
 
 
Dua Instruktor Zumba yang best - kecik comey, bila beraksi, mak oii, tak dan nafas akak tau! ^__^
 

Jom, nak sihat, gembira, kita zumba di sini:
 
Metabolixtreme Gym & Fitness
Sunway Batu Caves,
Batu Caves Selangor.
 
Perempuan Sahaja ... Studio Tertutup!
Waktu: 9.30-10.30 malam
 
Walk in: RM 10
Trial for 3 classes: RM 30
Member: RM 110
 
Isnin-Aerodance
Rabu -Zumba
Jumaat -Zumba

 
Inilah masa nak bersosial secara sihat kan. Kat rumah rutin kita sebagai isteri, lipat kain, basuh baju, layan anak-anak, suami etc...  Kena juga luangkan masa untuk kita orang perempuan nak bersosial, tapi secara sihat tau! Ingat laki, anak-anak kat rumah tu ... ingat, bila dah suami izinkan keluar, gunakan ruang ini sebaik mungkin, jaga maruah suami, eh membebel pulok! ^__^ #ingatandirisendiri
Jom Zumba ... nak gembira, hilangkan tension2,  katanya ... lalalalala! ;-))
 
 
 
Berlambak gambar kat galeri ni ha.. setelah ditapis2 cukup yang ini saja disiarkan ;-)) Apa tak berlambaknya, lepas kelas, bergambar, itu belum masuk yang berselfi bagai, uols memang best!
 
 
 
 
Kawan-kawan kepala pengat yang best ... we love Fitsisters!
 
 

Oh no no, tudung hijau tu nenek kebayan eh? Wakaka!
 


Smile!
 

Thursday, October 29, 2015

Zumba: Fitsisters Group di Metabolixtreme & Fitness Studio

Assalam....

Hai!

Jom ke Metabolixtreme Gym n Fitness di Sunway Batu Caves - 2 November 2015, 9.30 malam.

Sama-sama memeriahkan pembukaan Fitsisters Group-kelas zumba n piloxing.

Sempena pembukaan tersebut, kelas pada hari tersebut adalah free! Yes, free!

Keterangan lanjut pada gambar di bawah, let's fun!


**Klik imej untuk gambar yang lebih jelas ;-))

 
Get your trial card at RM 30 to experience the classes from 3 instructors! 

Tak sabar! :-))


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...